Jenguk iklan kat sini

Ahad, Oktober 02, 2011

KENAL BUAH INI..??

Sekarang ni buah kayu tengah galak berbunga.. Mungkin hujung tahun ni dapatlah makan kan.
So anak2 di rantauan.. bolehlah balik kampung musin buah ni.. Nampaknya menjadi kot buah tahun nie.. Kalau lalu kat tepi2 jalan tu mmg boleh nampak setiap pokok tengah mengeluarkan bunga.

 Buah rambutan tengah lebat mengeluarkan hasil..
Terjuntai-juntai dan melambai-lambai buahnya..
 Ini pulak bunga buah dokong.. lebih kurang macam buah langsat..
Tapi rasanya buah ni lagi sedap kot..
Memercik bunganya.. tak sabar nak makan..
 Rasanya ramai yang kenal dengan buah ini kan..?
Kalau tak kenal memang bukan orang Malaysia lah kan..?!!
 Ini lah putik buah manggis..
 Ini dah besar sikit..
 Buah manggis ni memang sedap.. rasa masam manis..
Isinya boleh buat jem..
Sekarang ni manggis dah dikormesialkan.. kulitnya boleh buat produk yang baik untuk kulit..
Jus manggis pula dijadikan produk kesihatan
 Pokok ni pulak, tahu ke..?
Pokok ni saling tak tumpah macam pokok manggis..
Tapi putiknya lain sikit..
 Bila dah beso.. beginilah rupa bentuk buahnya..
Buahnya bila dah masak berwarna kuning..
Tapi isinya tak macam manggis..
Manggis isinya ada ruas-ruas kan..
Tapi buah ini isinya macam pisang kaki.. cuma rasanya masam sikit
Namanya ialah Buah Cerupu.. dah susah nak cari buah ni..
Hanya di kawasan kampung jer yang ada..
Itu pun tak semua kampung ada tanam pokok ini..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan