Jenguk iklan kat sini

Jumaat, April 30, 2010

Bahagianya memiliki anak ramai..

Siapa kata anak ramai ni menyusahkan..? Bagi aku anak ramai ni amat membahagiakan dan menceriakan hidup aku.. Kekadang keletah dan karakter dorang nie berbagai2.. adakalanya memeningkan kepala jugak.. Kekadang tu bengang juga dengan karenah dorang nie.. Tapi anak2 aku ni pandai ambil hati.. kalau hari nie aku balik dari kerja membebel2 dengan dorang sebab rumah bersepah... esok pulak bila aku balik dari kerja tengok rumah bersih je.. pastu masing2 pakat masuk bakul angkat sendiri, mengaku die yang kemaskan rumah.. maklumlah nak dipuji.. ho, ho, ho,

p/s : kalau nak badan mantain kurus, beranak ler ramai macam aku nie..!! hehehe
aku kuat makan tapi berat badan tak leh naik lar..!!

Inilah keluarga besau aku..
dari kiri depan, Fahrin Syahir, belakang Farhan Syahmi, atas riba Farish Syahril, kanan belakang Fadzlynn Syasya, kanan depan Fadhlina Sofea
Belakang sekali my hubby terchenta ley Rashid
Inilah hero dan heroin kesayangan aku yang selalu membingitkan rumah...!!
Dah nak sama beso ngan uminyer..
lagi 2, 3 taun maunyer dorang lebih beso dari aku.. he he he
Syahmi dengan gaya machonya...Anak Sulung..
Syasya dengan gaya manjanya...Anak Kedua..
Sofea dengan gaya modelnya...Anak Ketiga..
Syahir dengan gaya riangnya...Anak Keempat..
Syahril dengan gaya poyonya.... hahahaha..Anak Bongsu..
Seronok benor kalau dapat bogel...




Rabu, April 28, 2010

MY LOVE

Tarikh 24 April 2010 adalah tarikh ulangtahun perkahwinan kami.. Bermakna dah genaplah 10 tahun kami melayari perkahwinan.. Cepat benar masa berlalu.. Kami dah pun memiliki 5 anak yang sihat2 dan meyempurnakan serta melengkapkan hidupku di dunia ini..
 Kekadang kalau aku dok sorang2, terpikir gak camne ler kalau tetiba Allah amik anak2 aku or my hubby...?
Isyyk... rasanya tk sanggup aku... tapi kalu dah ditakdirkan nak wat camner kan..?
Aku selalu berdoa, mudah-mudahan Allah panjangkan usia aku ngan my hubby, sampai kami dapat nengok anak2 membesar, masuk U, Bekerja, Berkahwin then dapat anak (cucu)...
Harap2 Allah makbulkan permintaan aku ekk.. Insyaallah..
Kekadang kalau aku ngan my hubby dok bersantai berdua-duaan sambil nengok tv (maklumlah anak dh tido) selalu gak kami berbual tentang masa depan kami ngan anak2..
Kelakar gak bila my hubby kate kalau boleh bior le anak2 kami tak beso2.. bior ler dorang kecik camni jerk sampai bila2.. sebab kalau memasing besor nanti tinggal ler kami berdua..
Maklumlah kan bila dorang tu dah besor, dah tentu dorang ade kehidupan memasing...tentu sunyi kan..? huhuhu.. betul gak kata my hubby kan..?

Inilah harta dan kekuatan hidup aku.. tanpa anak2 dan suami hidupku tak bermakna..

Abang kalau kau tiada hidupku akan suram dan kucar-kacir kerana :
Siapa yang akan gosok baju ayang ngan anak2.. Sebab ayang memang benci gosok baju.. hehe
Siapa yangg akan tolong ayang masak..
Siapa yangg akan tolong ayang basuh n sidai baju..
Siapa yangg akan layan karenah anak2..(sbb ayg tk sabar bila berdepan ngan karenah anak2)
Siapa yang akan bangun malam2 jika anak demam dan meragam..
Siapa yang akan usik & main ngan anak2.. 
Siapa yang akan bergurau ngan ayang... walaupun kekadang guarauan abg agak menyakitkan hati.. hehehe..
Siapa yang akan layan karenah ayang yang kuat merajuk n sentap nie..
Siapa yang akan ketuk pintu bilik sambil pujuk bila ayang merajuk n marah..
Siapa..?? Siapa..?
Sesungguhnya kaulah suami dan ayah terbaik buatku dan anak2..

Walau apa pun org kata tentang dirimu.. aku tak pernah peduli kerana hanya aku, anak2 dan Allah sahaja yang mengetahui kebaikan dan kelebihan dirimu..
Biarlah apa pun tanggapan orang terhadapmu sama ada baik atau buruk, akan ku tetap mencintaimu dan menghargaimu kerana hanya diriku dan Allah sahaja yang mengetahui liku2 kehidupan yang telah kita tempuhi.. Abg telah banyak berkorban demi anak2 dan ayang..
Cuma ayang tak pandai melontarkan kata cinta di hadapan abang kerana ayang kan brutal sikit.. hehe..
Berlainan ngan sikap abang.. penyayang dan romantik..
Walaupun ayang tak pandai mengungkapkan kata2 cinta n romantik pada abang,
ketahuilah olehmu yang ayang amat menghargai dan amat mencintaimu..
Walaupun banyak dugaan yang hampir2 menggegarkan syurga kita, tapi berkat kesabaranmu dan keikhlasanmu kita berjaya menghadapinya..
Kau telah banyak mengajarku tetang erti kesabaran...
Kau juga telah banyak memberiku kekuatan..
Disini ayang coretkan lirik lagu yang memang memberi gambaran hati ayang buat abang...

MY HEROES..

AKU TETAP AKU
Aku tetap di sisimu selalu
Di dalam susah di dalam senang
Aku tetap menyayangi dirimu
Begitulah peganganku
Biar apapun yang melanda
Aku tetap diriku bagai dulu
Aku tetap insan yang kau kenali
Kasihku tidak berbelah bagi
Aku tetap memberi yang termampu
Sepenuh jiwa ragaku
Tiada yang lebih bahagia
Bila aku melihat kau gembira
Di… duga diuji
Tiada sekali kali aku mengalah
Berundur pergi
Biar… apa terjadi ku tetap
Percaya…
Kasih padamu kasih yang satu
Ku tetap aku
Tak inginku melihat kau derita
Tak sanggup aku merasakannya
Biar hebat dugaan yang mencabar
Aku tidak pernah gentar

Kaulah Teman untuk ku berbicara
Kaulah Kekasih untuk ku bermanja
Kaulah Suami untuk ku bermesra

KAULAH SEGALANYA UNTUKKU
KAULAH CURAHAN HATI INI
TAK MUNGKIN KU MELUPAKANMU
TIADA LAGI YANG KU HARAP
HANYA KAU SEORANG

'...I LOVE U SO MUCH...'