Jenguk iklan kat sini

Jumaat, Januari 27, 2017

KFC

Hari ni bawak dorang makan KFC.. Dah lama teringin nak makan bebola keju.. So hari ni kita layann..
Si abang tengah syok layan kiub rubik.. Pegi mana-mana tak pernah tinggal kiub rubih kesayangan dia tu..
Syahir tengah layan si kecik..
Kalau bergambar bukan main lagi ko yer..
Batman..
Dorang ni very close.. Tapi kadang-kadang sentap dan bergaduh jugak..
Tapi biasanya kalau bergaduh atau berbalah pendapat, si abang akan lebih banyak mengalah.. Sebab dia tau, yang pompuan berdua ni takkan mengalah punyer.. Asyik nak menang jer..
My hubby selalu kata, macam perangai aku kalau bergaduh tu asyik nak menang jer..
Pompuan lah katakan, mana boleh tunjuk kelemahan.. Kalau tak, kena buli ngan lelaki.. hahaha
Babah tengah order makan kat kaunter..
Makanan sudah mariii...!!
Yummy.. Ayam goreng belum sampai lagi.. tengah masak dalam 10 minit..
Kita makan bebola keju ni dulu..
 Taarriikkkkkkk.............!!
Sedap ke dik..?
Wallaweiii..!!
Tu diaaa... Punya panjang hang tarikkk no..
"Sedapnya mummy'"

Sabar ye nak.. Jap lagi ayam gorang sampai..


Dia dah mula main bawah meja..
Budak poyo..








Jumaat, Januari 13, 2017

MEXICAN PETUNIA

Ini antara koleksi bunga yang aku suka sebab senang hidup dan senang dijaga. Tiap-tiap hari akan berbunga dengan banyak. Suka pada cahaya matahari.
Nak tanam pun senang jer.. Melalui keratan batang atau biji benih.
Cucuk jer batangnya atau tabur jer biji benihnya kat tanah atau pasu. Gerenti hidup subur punya.
Sedang galak berbunga.
Tanam di tepi pagar.. Bunga Ungu besar sikit berbanding bunga pink.
Pokoknya pun lebih tinggi.
Cantik sangat ciptaan Allah Taala. Serba sempurna tiada cacat cela.
Purple Mexican Petunia
Pink Mexican Petunia
Kuncup bunga pink.
Seronok sangat bila ia mengeluarkan bunga yang banyak dan subur.
Pagi-pagi aku asyik dok belek-belek bunga ni.
Rasa tenang jer bila tengok warnanya.






Selasa, Januari 10, 2017

BUNGA RUMPUT

Bunga rumput pun kalau kita rajin belek dan tengok secara dekat, sebenarnya cantik juga. Sejak dua menjak ni  aku suka pulak tilik rumput.. Hahaha.. Bunyi macam mental jer.. Tak kisahlah janji aku bahagia. Selama ni bagi kita rumput ni hanyak menyemak jer kan..? Tapi kalau dilihat secara dekat sebenarnya rumput juga ada bunga yang cantik.. Cuba lihat bunga-bunga rumput yang aku snap kat sekeliling rumah aku ni..

Aku tak tau nama pokok ni.
Kalau ambik gambar dekat, cantik pulak.
Ni pun cantik
Kalau tengok lagi dekat makin cantik. Bunganya putih.
Ini pun aku tak tau nama apa.
Warna ungu dan memang cantik.
Ini kecik cenonet jer
Close up
Ini kalau tak silap aku bunga pokok maman.
Bunganya macam orkid, tapi kecik jer.
Ini memang banyak tumbuh kat keliling rumah.
Cantik jugak bila tengok dekat-dekat.
Ini bunga pokok semalu.
Berbulu dan berwarna pink.
Ini pulak pokok dukung anak.
Pokok ni boleh buat ubat dan sejenis pokok herba.
Tersusun jer buahnya di bawah daun.
Ini dukung anak warna merah.
Buahnya warna merah. Belalang memang suka makan daunnya.
Ini aku panggil rumput bunga api, sebab bentuk bunganya macam percikan bunga api. hahaha
Ini pun aku tak tau namanya. semuanya aku tak tau. hahaha
Bunganya halus jer berwarna putih bersih.
Ini spesies dendelion.
Bunganya lonjong dan warna ungu.
Bila dah matang akan bertukar jadi warna putih dan berbulu.
Ini bunga rumput.
Bila diamati secara dekat, cantik jugak sebenarnya.
Ini belalang kunyit. Lepak kat pokok cili padi
Pokok cili padi terbiar, tapi lebat jugak buahnya.