Jenguk iklan kat sini

Sabtu, April 29, 2017

JAPAN ROSE

Bunga ros jepun atau bunga pukul 10 dah mula bercambah dan berwarna warni. Seronok betul tanam bunga ni, sebab senang hidup dan mudah dijaga. Hari-hari berbunga lebat. Ia akan mula kembang pada pukul 10 pagi. Bila cuti aku suka belek bunga ni, rasa damai jer bila tengok berwarna warni dalam pasu. Tapi kalau tanam atas tanah lagi cantik.

 Aku semai bercampur warna dalam satu pasu.
Ada kaki makhluk asing pulak kat tepi.
 Menyibuk betul laa si kenit semua ni. Dorang memang suka sibuk sikit tiap kali aku dok belai pokok. Semuanya akan datang dan masa tulah  dorang nak cium bunga lah nak bergumpal sampai tertendang pokok lah. Aku tampor pulak ko kang..
 Warna kuning dan peach.
 Warna merah hati.

 Berjuntai-juntai.

Tiga pasu dan dalam perancangan nak tambah beberapa pasu lagi.
 Sedang galak berbunga.


 Putih dan sebelah kanan kelopaknya tidak berlapis.
 Pink dan yang besar kelopaknya tak berlapis.
 Oren dan warna merah kelopaknya tak berlapis.
Warna merah.
 Oren dan merah.
 Ini warna peach.
Kuning
Oren dan Kuning
 Biasanya dua minggu sekali aku akan cantas dan tanam semula batang yang dicantas kat pasu lain.
Dalam masa seminggu jer akan bercambah pucuk lain dan akan mula berbunga.
 Si kenit yang muka macam nak mintak penampor..
 Dia lagi.. Kaki sibuk sungguh laaa...








Isnin, April 24, 2017

MY CHEF MENU TODAY

Hari ni my hubby kata teringin nak makan ikan sweet sour. So kami pegi pasar cari ikan siakap tapi tak de. Yang banyak ikan kembung jer. Ikan kembung pun bolehlah.

So inilah hasil masakan dari Chef untuk hari ini. 
Berselera sungguh anak-anak aku makan. Memang favorite dorang pun.

Ikan kembung sweet sour.
Sayur campur.
Ikan tongkol goreng.
Sambal belacan.
Ulam pudina.

Alhamdulillah rezeki untuk hari ini.

Thanks to my Chef@Hubby





Sabtu, April 22, 2017

ANUGERAH CEMERLANG SMK KING EDWARD VII 2017

Hari ni kami dijemput ke Majlis Anugerah Cemerlang Murid SMK King Edward VII. Anak sulung kami Farhan Syahmi akan menerima Anugerah Cemerlang dan Biasiswa kerana dapat 10A dalam PT3. Alhamdulillah.

Ini penerima pertama kerana cemerlang dalam STPM 2016
Skrin kat belankang tu dah terpampang gambar anak aku.
Hensem dow.. hahaha
Standby sebelum nama dipanggil.
Dianugerahkan biasiswa Dato Haji Mohd Razak Akram
Senyum simpul pulak. Yang menyampaikan anugerah adalah YDP PIBG.
Bekas student SMK King Edward dan sangat baik orangnya.
Standby untuk terima anugerah yang kedua pulak.
Anugerah Terbilang kerana cemerlang dalam PT3 tahun 2016.
Yang menyampaikan anugerah adalah Encik Syafik  pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah.
Alhamdulillah semoga anak umi dan babah terus berusaha menjadi manusia yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat.. Aminn..
Bergambar dengan student yang cemerlang dalam olahraga.
Bapa dan anak.
Dah selesai, jom kita balik. Sekarang aku akan terasa semakin kecil bila berdiri sebelah anak sulung aku ni. Sekejap sangat membesar. Rasa macam baru jer aku dok dukung dan kendong dia bawak kehulu kehilir. Dia anak yang sangat baik dan tak banyak ragam masa kecil dulu. Ko bawak lah kemana pun dia takkan buat perangai atau nakal langsung dan sangat berani dengan semua orang yang dia jumpa. Masa kecil dulu dia suka menyanyi dan melukis. Sampai sekarang pun dia memang minat melukis. Kadang2 hati rasa sayu jer bila fikirkan bila dia dah tamat sekolah nanti dah tentu dia tak tinggal dengan kami lagi. Dia akan sambung belajar, kemudian bekerja pulak. Aku dah tak selalu akan nampak dia depan mata. Anak sulung aku ni jenis tak banyak cakap tapi dia suka mengusik aku. Kadang2 ada jer benda dia akan buat dengan tujuan nak bagi aku pot pet kat dia. Bila aku jeling dan bising jer dia akan buat senyum2 kambing. Kadang2 dia buat-buat menari sambil senyum2 nak bagi aku sakit hati. Kadang2 aku tengah tengok tv sambil baring, tiba2 dia datang baring sebelah aku. Perangai masih macam budak2 lagi dan manja. Tapi kalau kat luar dia tak tunjukkan manja dia pada aku. Agaknya takut nampak tak macho kot.. haha.. Inilah anak harapan aku dan my hubby. Umi dan babah sentiasa berdoa Allah lindungi dan pelihara anak2 umi. Umi juga harap Paan akan menjadi pelindung pada adik2 bila umi dan babah dah takde ye sayang.





MULBERRY

Pokok mulberry yang hidup segan mati tak mau.. haha..
Mula-mula beli subur giler daunnya.. Bila dah besar mati pulak dahan sebelah kiri tu..
Then aku geram terus zasss.. potong dahan tu dan dahan yang tinggi ni aku buang daun di bahagian bawah, biarkan daun kat pucuk jer.. Lama-lama tumbuh pucuk daun baru dan ada putik buah sekali..
Nak pulak ko berbuah yer..


Lebat pulak buahnya..
 Dahan bawah pun berbuah jugak..
Kita tengok berjaya atau tidak buah ini kekal di pokoknya..
Harap-harap dapatlah makan buahnya nanti..





Jumaat, April 07, 2017

MINUM SUSU

Anak bongsu aku memang suka minum susu. Hari tu aku ada mintak sampel susu then hari ni kat pejabat dapat pos laju. Aku ingatkan pos laju ape lah sebab aku tak pernah pun beli barang online. Bila bukak jer.. Owhh sampel susu dari Lactokid rupanya.. Thanks Lactokid.

Inilah sample susunya. Cukuplah untuk dibancuh 6 kali.
Dah tak sabar nak suruh aku bancuh.
Satu gelas susu suam.
Alamak ada bayang hantu tengah ambik gambar.
Dah siap..!!
Senyum simpul bila dapat susu.
Emmm.. Yummy..
Misai putih