Jenguk iklan kat sini

Selasa, Jun 13, 2017

PASANG PELITA

Hari ni dorang exsited nak pasang pelita. Aku n hubby balik jer, terus tanya bila nak pasang pelita?
Jom pasang kata my hubby.

Si Snow yang matanya dah bersih. Sebelum ni masa mula2 my hubby bawak balik kotor dan bertaik mata. Bagi mandi baru nampak putihnya menyerlah sikit.
 Si kecik ni yang seronok lebih. Mula2 dia ingat pelita tu mercun. haha..
Maklumlah dia mana pernah tengok pelita sebab sebelum ni tak pernah pasang pun.
Dia asyik tanya bila daddy nak pasang mercun yang besar tu?
So aku pun kata, itu bukan mercun la dik tapi pelita. Dia tanya aku balik pelita tu aper?
Kesiannya anak aku, pelita pun tak kenal. hahaha
Ini operasi cucuh api kat pelita. Babah nak pi terawih pun tak senang korang ni kan?
 Kesian babah, sebelum pegi terawih terpaksa layan dorang dulu.. haha
 Jangan ko tiup pulak api tu nak oiii..
Okey dah habis cucuh api.
 Sekarang baru dia tau pelita tu aper.. hahaha
Dia dah mula main api pulak
Makhluk asing ada di mana-mana
Si abang pun nak join.

 Wah seronoknya adik main bunga api ekk..
 Main mercun.


Anak dara tak dibenarkan main mercun. So kena main bunga api jer lah..
 Mercun das..
 30 das
 Dah habis..
 Asalkan korang gembira.. Umi n babah dah rasa bahagia.. haha
 Wah Aril pun main mercun das jugak..
Ini pun 30 das
SAYA DAN KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN KEPADA YANG BALIK KAMPUNG, BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU AGAR SELAMAT MENUJU KE DESTINASI.


p/s : Alamak ada photo bom makhluk asing pulak kat belakang tu...



Sabtu, Mei 27, 2017

SELAMAT BERPUASA 2017

Bangun sahur jam 5 pagi. Lepas turun bawah dok melepek kat sofa lagi. Berat sungguh nak buka mata. Nasib baik awal puasa kali ni sekolah dah mula cuti pertengahan tahun selama dua minggu. So tak delah aku n hubby terkejar-kejak sangat waktu pagi. Alhamdulillah..
BFF yang mata masih melekat lagi.
Syahir tak lalu nak makan, so babahnya buatkan air coklat.
Kami paksa makan pun taknak. Tak lalu nak makan nasi katanya.
Nampaknya nak kena belikan oat bagi dorang selera untuk sahur.
Oiittt..!! tak bangun lagi ker? Kesiannya anak umi..
Belum puasa sebulan lagi dan tinggal rangka..
Anak bujang dan anak dara sedang bersahur. Aril dok menung lagi.
Babah belikan nasi goreng kat kedai jer untuk sahur korang sebab dia malas masak.
Memang sejak dorang kecik lagi kalau tiba bulan puasa, my hubby yang akan sediakan sahur.
Dia akan bangun awal untuk masak nasi dan panaskan lauk jika masih ada baki lauk.
Terima kasih sangat pada suamiku. Cewahhh.. tapi memang dia sendiri yang sukarela demi anak-anak dan isterinya yang manja ini (pemalas sebenarnya).. hehehe







Rabu, Mei 10, 2017

GELAGAT SI KENIT

Hari ni cuti dan bosan tak de apa nak dibuat, so layan si kenit ni jerlah hari ni..
Bergambar bersama ros ungu..

 Snif.. Snif..


 Bersimpuh sambil tengok bunga.
 Terjelir lidah dah kenapa..?


 Hidu bunga.. Emmmm.. Wanginyaaa...

 Gatallah pulak..

Ni jilat bunga ker apa ni..??
"Haii.. Saya baru lepas mandi"
"Saya nak cium bau ros ni.. sama tak wanginya dengan saya"
"Eemmmmm...."
"Wanginyaaaaa...!!"
Hahahahahaha...!!




Isnin, Mei 08, 2017

BUNGA SYAHIR

Anak keempat aku si Syahir ni minat jugak menanam. Dia memang rajin tolong aku semai pokok bunga. Kalau hari cuti dia siap ajak aku menanam dan tentukan pokok mana yang nak ditanam. Aku memang suka sangatlah sebab kalau ada ulat ker cacing ker aku akan pas kat dia sebab aku geli dengan binatang ni. Kalau ada dia senang sikit kerja aku, sebab dia tak takut dan geli langsung dengan segala jenis binatang. hahaha
Pokok ni dia ambik kat tepi hutan. Mula-mula dia kata kat aku "cantik la pokok berbunga kuning kat hutan tu umi, kita ambik tanam nak..?" tapi aku tak bagi dia pegi sebab susah nak ambik memandangkan kedudukan pokok tu kat dalam macam ada rumput panjang dan berair sikit. Aku takut dia jatuh jer. Tapi tengah aku dok cangkul-cangkul tanah tetiba dia dah ada kat belakang aku dengan pokok ni. Entah bila masa dia ambik pun aku tak tau.
So aku tanam jer kat tepi pagar luar rumah.
Eloklah tu baju kuning bunga yang dia tanam pun kuning..
 Cantik jugak bunganya.
Macam bunga kacang.
 Ini kekacang boleh buat benih.
Bunga ni aku panggil bunga Syahir sebab dia yang tanam.. hahaha






Ahad, Mei 07, 2017

MULBERRY DAH BOLEH DITUAI

Akhirnya mulberry dapat dituai hasilnya.

Dah masak ranum..
 Sebenarnya boleh dibiarkan sehingga warnanya bertukar kehitaman..
Tapi anak aku hari-hari asyik dok tanya dah boleh makan ke buah ni mummy..?
So terpaksalah dituai awal sebelum warnanya kehitaman.
Setiap dahan ada buah.

 Dah tak sabar nak rasa buah ni..

 Dia dah siap ambik bekas dan gunting dah pun..
 Ambik je lah dik..
 Gunting elok-elok.. Jangan ko gunting pokok tu pulak yer..
 Sampai senget-senget mulut..
Gigih..
 Sedapnya.. 
 Sebelum makan ambik gambar dulu..
Yummyyy.......!!