Jenguk iklan kat sini

Jumaat, Oktober 07, 2011

KEK BATIK UNTUK ANAKKU

Cikgu anak aku dari kelas Prasekolah nak adakan sambutan hari jadi untuk murid yang lahir pada bulan Julai, Ogos & September 2011.. So dorang minta sumbangan atau kuih muih dari parents untuk dibawa ke sekolah dan dijamu pada murid2.. Mula2 aku dok pikir2 gak nak bawak ape ekk..?!! At Last terlintas di kepala aku nak buat kek batik jer.. senang. .bahan pun tak banyak.. anak aku pun suka makan.. So apa lagi lepas balik kerja terus pegi beli bahan2 untuk dibuat kek batik ni.. Sampai je kat rumah terus masuk dapur.. tapi nasib baik 2 orang anak perempuan aku tolong.. dorang cuma tolong patah-patahkan biskut marie jer untuk bubuh dalam adunan..

 Memula masukkan 1 setengah cawan milo, 1 buku butter, sebiji telur ayam yang telah dipukul, setengah cawan gula & satu tin susu cair ke dalam kuali.. Ini bahan untuk  satu adunan,,
kalau dua adunan, double kan jer bahan-bahannya..
Sila abaikan kualiku yang hitam tu yer.. Kuali hitam tu lah petua untuk sedapkan masakan
 Kacau kesemua bahan2 tadi di atas api yang perlahan..
Sentiasa kacau supaya tidak berketul dan hangit..
 Masak hingga pekat dan berkilat.. lebih kurang setengah jam..
Biskut marie yang telah dipatah empat..
 
 Setelah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie..
 Kacau biar sebati dan rata..
 

 Masukkan ke dalam loyang ketika masih panas..
 Ratakan dengan sudu..
 Pastu tekan supaya padat.. Proses ni kena buat semasa adunan panas,,
Kalau tak biskut susah nak melekat antara satu sama lain..
 Setengah orang suka taburkan badam hancur..
Tapi aku suka bubuh coklat rice berwarna-warni..
Sebab my kids suka kalau kek ni nampak cantik..
 Ini adalah tangan2 my kids.. semua pakat sibuk nak tolong tabur..
Tabur jangan tak tabur ye...
Tadaaaa.. Dah siap pun kek batik..
 
 Close Up sikit... Yum yum.. sodappp..
Masuk bakul angkat sendiri.. huhuhu
 
 Aku buat dua adunan sebab satu nak bawak ke sekolah & satu bekas haruslah nak makan kat rumah..
Anak aku kan ramai..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan