Jenguk iklan kat sini

Selasa, Disember 20, 2016

RESULT PT3 2016

Alhamdulillah result PT3 dah keluar semalam dan syukur sangat anak sulung aku, Farhan Syahmi dapat score straight 10A. Malam sebelum result keluar dia wat lex wat peace jer. Main game sampai pukul 4 pagi hinggakan my hubby tegur tak risau ker pasal result? Time nak keluar rumah my hubby tanya dia "Abang, abah nak tanya kali terakhir.. Abang rasa boleh score berapa A..??" dia jawap selamba jer "Rasa-rasa tujuh or lapan kot.."  hai lah anak aku..!!
10A
Alhandulillah.. Terima kasih Ya Allah. Kami sampai kat sekolah jam 9.30 pagi. Tak ramai lagi yang datang dan masa kami tengah tunggu tu ada cikgu pompuan tegur kami. Dia tanya nama anak aku. Then aku n my hubby bagitau nama Farhan Syahmi. Cikgu tu ngan excited terus sebut nama penuh anak aku. Kami pun mengiyakan sambil tanya kenapa. Cikgu tu terus bagitau yang Farhan adalah satu-satunya student yang dapat straight A. Kami semua macam blur kejap n tanya cikgu tu sekali lagi. Betul ker cikgu?? hahaha Cikgu tu cepat-cepat keluarkan file dalam bag dia dan tunjuk kat kami senarai nama calon PT3. Memang betul 10A. Tetiba terkeluar air mata aku n my hubby. haha Tapi cikgu tu pesan jangan bagitau pada Farhan lagi. So kami pun suh di berbaris ikut kelas. Tapi tengah berbaris tu cikgu tu pulak yang pecah lubang kat dia.. hahaha Dia macam tak percaya sebab dia sorang jer dapat 10A. Bila aku peluk dia baru nampak mata dia berkaca-kaca sambil cover senyum selamba badak jer. hahaha
Masa ni baru sampai. Syasya n Sofea ikut sekali.
Budak kecik ni dah tentulah ikut sekali gak.
Syahir n Aril jer tak ikut sebab Syahir baru lepas bersunat n dalam tempoh berkurung.
Aril lak kena temankan Syahir kat rumah. Dorang lagi seronok tinggal berdua, dapat main game tanpa ada orang lain kacau.
Berkumpul ngan kengkawan kelas.
Macam kakak ngan adik kan.. Phuihhh..!!
Si kecik ni asyik mengekor abang jer. Dia memang kesayangan si abang pun.
Tengah layan semut.
Time ni kami dah tahu result, so my hubby dok sibuk whatsapp ngan saper tah.
Aku pun tak tau kami tengok aper sambil aku dok pegang dagu.
Dorang dah mula berbaris ikut kelas.
Ini semua kawan kelas Farhan.
Calon semua ada seratus lebih.

Time ni semua dah dapat keputusan.
Si kecik ni tetap menyibuk.
Adik buat mata juling.
Bergambar dengan rakan sekelas. Si kecik ni menyibuk jugak kat sini.
Tak berenggang langsung ngan abang.
Kena buli tak duduk atas kerusi walaupun dapat straight A.
Dah selesai dan dah boleh balik.
Semua budak dapat file ni. 8A ke atas dapat warna hitam.
Yang lain dapat warna merah.





1 ulasan:

  1. Wow. Tahniah kepada adik yg dapat 10A..
    Saya nk tahu macam mane berjaya dlm pt3.
    Saya harap awak blh beritahu macam mane cemerlang dlm pt3.. Share lah tip awak itu.. Harap beri kerjasama... Saya nk sangat tahu macam mane...

    BalasPadam