Jenguk iklan kat sini

Isnin, Oktober 24, 2011

PENYAKIT HATI...


HASAD DENGKI

IMAM AL-GHAZALI TELAH MERUMUSKAN BAHAWA TERDAPAT 7 SEBAB MENGAPA TIMBULNYA SIFAT HASAD DENGKI DALAM DIRI MANUSIA, IAITU :

PERTAMA : Perseteruan Dan Kebencian - ianya merupakan sebab yang paling kuat dan paling jelas. Seseorang yang disakiti kerana suatu sebab tertentu, ataupun yang tidak disetujui oleh orang lain di dalam sesuatu hal yang bercanggah dengan kehendak peribadinya, maka perasaan marah akan mengatasi kesabaran di dalam dirinya sehingga boleh mencetuskan perseteruan dan kebencian. Orang yang sedemikian akan merasa gembira apabila apa sahaja kesusahan atau bencana yang menimpa ke atas diri orang yang dimarahi dan dibencinya, sebaliknya dia akan rasa berdukacita dan bersedih jika orang yang dimusuhinya mendapat nikmat dan kesenangan. Firman Allah s.w.t, yang bermaksud :

"Jika kamu memperoleh kebaikan, nescaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira kerananya..."
( Surah Ali Imran : Ayat 120 )

KEDUA : Bangga dengan Kedudukan dan Kemuliaan - iaitu terasa begitu berat dalam hatinya atau terasa begitu sakit dalam hatinya dengan sebab orang lain lebih atas darinya. Jika ada di antara mereka yang setaraf dengannya mendapat sesuatu yang lebih darinya, sama ada tentang pangkat atau ilmu pengetahuan ataupun harta kekayaan, maka dia merasa bimbang kalau-kalau teman setarafnya itu bersikap angkuh atau takbur ke atas dirinya. Dia rela kalau temannya itu terus berada dalam keadaan atau kedudukan yang sama taraf dengan dirinya, sebaliknya tidak rela kalau temannya itu lebih mengatasi darinya.

KETIGA : Angkuh (Takbur ) - angkuh serta meninggi diri dengan memperkecil-kecilkan apa yang dimiliki oleh orang lain dan mengharapkan agar orang lain yang diperlekehkannya itu terus mengikut serta menuruti kehendaknya. Beliau sentiasa bimbang dan takut jika orang lain yang diperkecilkannya itu tidak lagi menurut ataupun mengikut segala kehendak hatinya. Sifat hasad yang berpunca daripada takbur ini adalah suatu sifat yang dipunyai oleh kebanyakan orang bangsawan Arab Jahiliah.

KEEMPAT : Ta'ajub - rasa ta'ajub atau rasa hairan dengan kenikmatan, kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri. Boleh juga disebut sebagai bangga diri, tetapi tidak sampai kepada tahap angkuh dan sombong. Orang yang sedemikian akan sentiasa menceritakan kebaikan dirinya di khalayak ramai dan suka orang lain membodek serta memuji dirinya ( suka diampu ). Akan lahir rasa sakit dalam hatinya jika ada orang memuji orang lain yang lebih baik darinya.

KELIMA : Bimbang dan Takut Cita-Cita Tak Tercapai - perasaan ini terkhusus bagi mereka yang saling berlumba untuk merebut satu tujuan atau cita-cita yang yang sama, seperti adik-beradik yang berhasad dengki sesama mereka bagi mendapatkan kepercayaan bapanya. Perasaan ini juga banyak terdapat di kalangan orang-orang politik yang sentiasa bersaing untuk mendapatkan pengaruh daripada pemimpin atasan. Jika sampai ke tahap orang lain itu boleh menyekat cita-cita ataupun menghalang matlamatnya, maka hasad dengki akan menguasai dirinya bagi membolehkan dirinya berjaya dan pesaingnya gagal.

KEENAM : Gilakan nama dan Kemasyhuran dalam Bidang-Bidang tertentu - seperti seseorang yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan atau untuk menjadi juara dan jaguh dalam satu-satu bidang tertentu yang tidak ada tandingannya, ataupun yang berusaha agar rekodnya tidak dapat ditandingi oleh orang lain dengan tujuan supaya dirinya sentiasa disanjungi dan dipuja oleh orang ramai. Orang yang sedemikan, jika mendengar berita tentang terdapatnya orang lain yang mampu menandingi serta mengatasinya maka akan sakitlah hatinya. Ianya lebih suka jika pencabarnya itu diragut maut atau hilang keistimewaan yang dinikmatinya, supaya dia kekal sebagai juara tanpa ada tandingan atau saingan.
KETUJUH : Busuk Hati - hasad yang berpunca daripada busuk hati ini payah untuk dirawat kerana sifat busuk hati ini semacam sudah sebati dalam dirinya. Orang yang hasad kerana busuk hati adalah seorang yang paling bakhil, kerana ia beranggapan bahawa orang lain yang mendapat kelebihan darinya itu telah meragut sesuatu dari miliknya, sedangkan apa yang diperolehi oleh orang lain itu adalah datangnya dari milik Allah. Orang ini cukup bakhil dan busuk hatinya kerana apa yang hendak diberi oleh Allah kepada orang lainpun beliau sanggup mempertikaikan Allah kerana memberi kenikmatan kepada orang lain.

KESIMPULAN : Jika dalam diri kita bermaharajalela hawa nafsu yang berpunca daripada ketujuh-tujuh sebab ini, maka akan lahirlah perasaan hasad dengki dan khianat dalam diri kita. Jika ianya tidak dapat dihindarkan ataupun kita tidak berusaha untuk menepisnya keluar dari dalam hati kita, maka hasad dengki dan khianat ini akan sebati dalam darah daging kita. Justeru, cara merawatnya supaya sifat hasad dengki ini terhindar dalam diri kita ialah dengan kita melakukan tindakan-tindakan positif yang bertentang dengan maksud ketujuh-tujuh punca kejahatan yang disebutkan di atas.


" Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu adalah dari diri kita sendiri "

Sekadar RENUNGAN agar BERSYUKUR..



SETIAP KEPAYAHAN ADA KENIKMATAN


Tiga orang pemuda bersedia untuk memetik mangga di sebuah kebun. Pemilik kebun tersebut tiba bersama peralatan. Dia meminjamkan sebuah galah yang panjang kepada pemuda pertama. Di hujung galah terdapat satu lingkaran bulat yang diikat bersamanya jaring membentuk serkup. Untuk dua lagi pemuda yang sedang menantikan peralatan mereka, dipinjamkannya kayu yang tidaklah panjang mana namun turut mempunyai serkup di hujungnya. Pemilik kebun itu menyatakan dia akan memberi upah setimpal dengan hasil pungutan mangga yang diperolehi.

Pemuda pertama memulakan kerja. Dengan mudah dia menyerkup buah-buah mangga yang bergantungan di pokok-pokok. Pemuda kedua terpaksa memanjat sedikit bagi membolehkannya memetik kerana ‘galah pendek’ yang diberikan pemilik kebun tadi menyukarkannya untuk memetik mangga semudah pemuda pertama. Pemuda ketiga turut mencuba, dia terasa susah. Pemuda ketiga memandang betapa mudahnya pemuda pertama memetik buah-buah mangga tersebut.

Pemuda ketiga itu tidak berpuas hati dan memaki pemilik kebun yang padanya sengaja mahu menyusahkannya. Dia membuang galah kontotnya dan berlalu pergi sambil merungut. Dia persoalkan betapa tidak adilnya pemilik kebun tadi kerana sudah tentulah pemuda pertama dapat mengaut upah lebih banyak tanpa perlu bersusah payah. Dia rasa dizalimi.

Setelah selesai memungut semua mangga-mangga maka pemuda pertama dan kedua tadi pun kembali bertemu pemiliknya dengan hasil pungutan. Pemuda pertama memperoleh lima bakul mangga. Pemuda kedua sekadar memperoleh tiga bakul.

Pemilik kebun memberikan pemuda pertama upahnya. Dia kemudian menghulurkan pemuda kedua upahnya. Pemuda kedua terkejut melihat upahnya sama dengan pemuda pertama sekalipun jumlah pungutan berlainan. Rupanya pemilik kebun yang sangat pengasih dan pemurah itu memberi pemuda kedua lebih sedikit upah kerana mengambil kira kesusahan tambahan yang dirasai pemuda kedua berbanding pemuda pertama.

PEMUDA KETIGA YANG KALAH

Pemuda ketiga itu adalah gambaran orang yang tewas kerana kesusahan yang menimpa dirinya. Dia melihat orang yang lebih senang daripadanya dan menjadikan apa dilihat itu sebagai lesennya untuk merungut merasa sangat susah. Walhal pemilik kebun itu merupakan seorang yang sangat pengasih dan penyayang. Masakan dia tidak akan mengambil kira kesusahan yang dilalui lalu tiada upah lebih akan diberi.

Sekiranya ramai orang yang senang hidupnya bisa tewas dengan sikap tidak bersyukur, orang yang ditimpa kesusahan pula lazim tewas kerana merungut tentang kesusahannya. Lebih dasyat jika diletakkan Tuhan di kandang tertuduh kerana menjadikan nasibnya susah. Tidak akan mampu terlepas daripada kedua-dua kekalahan besar itu melainkan apabila ia faham tentang fungsinya diciptakan dan faham adanya kehidupan selepas mati.

Perlunya kewujudan alam selepas mati bagi menjustifikasikan keadilan. Seorang pembunuh yang menamatkan ribuan nyawa tidaklah adil sekiranya nyawanya hanya ditamatkan sekali. Keadilan dirasakan tercapai hanya apabila nyawanya ditamatkan beribu kali sesuai dengan kesalahannya. Maka ini hanya dapat dicapai pada hari pembalasan, pada kehidupan selepas mati dan bukan di alam ini.

Atas dasar keadilan dan sifat pemurah Tuhan juga, maka sesiapa yang telah bersusah-susah untuk patuh pada Tuhannya ketika di dunia, Tuhan Maha Pemurah ingin memberi balasan nikmat yang infiniti pada merek a. Nikmat infiniti yang ingin Pencipta alam ini kurniakan mustahil boleh wujud di dalam dimensi ini yang segalanya tidak kekal. Maka sekali lagi, alam selepas kematian perlu untuk itu.

Bicara tentang fungsi.
Pencipta sudah menjelaskan siapa kita dalam firman-Nya yang masyhur tentang tujuan diciptakan manusia. Allah Subhanau wa Ta’ala berfirman:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu. [az-Zariyat 51:56]

Jelas manusia hanya hamba. Hamba yang melalui ujian-ujian untuk tunduk, patuh dan berserah diri kepada Penciptanya. Dewan ujiannya adalah di dunia ini ketika manusia itu hidup.‘Passing mark’nya pula adalah kesabaran dan berserah diri kepada Penciptanya.

Semua telah ‘dibocorkan’ oleh Allah Subhana wa Ta’ala di dalam firmannya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. [al-Baqarah 2:155-156]
Tubuh badan, keluarga, kesihatan, nyawa, segalanya hanya pinjaman untuk melalui ujian yang akan memberikan ‘markah’ sebagai bekalan berjumpa Pemilik alam ini. Kehilangan ahli keluarga, kesihatan, harta dan sebagainya bukanlah bererti kita kehilangan sesuatu milik kita, tetapi kita cuma kehilangan pinjaman yang diberikan!

Setiap individu mungkin memperoleh pinjaman yang berbeza-beza kuantiti atau kualitinya untuk melalui ujian di dunia. Seperti juga galah yang dipinjamkan dalam cerita tiga pemuda pemetik mangga diatas. Seseorang mungkin diuji dengan kesihatan yang baik untuk melihat sejauh mana ia bersyukur dengan kesihatan itu dan menggunakannya untuk kebaikan sejagat. Ada pula yang mungkin diuji dengan penyakit kronik. Untuk melihat sejauh mana ia akan bersyukur dan bersabar.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [al-Baqarah 2:286]

Mungkin ada perkara yang kelihatan sebagai kelebihan bagi mereka yang sihat tubuh badan. Sedar atau tidak, ada juga ruang ganjaran yang tidak mampu diperolehi oleh orang sihat tetapi orang yang tidak sihat mampu menggapainya.

BAGAIMANA IBADAT SI MISKIN MAMPU SETANDING SI KAYA?

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, katanya:
Orang-orang fakir Muhajirin datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu mereka bekata: “Orang-orang kaya sudah meraih darjat tinggi serta kenikmatan kekal abadi.” Tanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam: “Kenapa begitu?” Jawab mereka, “Mereka solat seperti kami, berpuasa seperti kami dan mereka bersedekah sedangkan kami tidak dapat bersedekah, mereka memerdekakan hamba sedangkan kami tidak (mampu) memerdekakan hamba. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sukakah kamu aku ajarkan kepada kamu amal perbuatan yang dapat memperoleh pahala orang-orang terdahulu serta mendahului pahala orang yang sesudah kamu? dan tidak ada yang lebih utama daripada kamu melainkan orang yang mengamalkan seperti amalanmu” Mereka menjawab: “Baiklah, wahai Rasulullah.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Hendaklah kamu bertasbih, bertakbir dan bertahmid selepas solat 33 kali.” Berkata Abu Shalih: Orang-orang miskin dari kaum Muhajirin kembali kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata: “Saudara-saudara kami yang kaya mendengar apa yang kami lakukan, maka mereka melakukan hal yang serupa.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Itulah kurniaan Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya” [Sahih Muslim – no: 595]

Dalam menghuraikan maksud dan faedah-faedah hadis di atas, ulamak memberikan pelbagai interpretasi. Antara interpretasinya adalah bahawa sebenarnya setiap pihak di dalam hadis tersebut mempunyai kelebihan. Yang kaya dengan kelebihan amalan yang disebutkan di atas, ibadah bersifat harta dan tentu sekali disertakan dengan ujian kesyukuran. Yang miskin pula dengan kelebihan menjadi sebab terdedahnya amalan penuh berkat tersebut kerana mereka bertanya. Bukankah bagi mereka yang memulakan kebaikan, dia memperoleh pahala amalan tersebut dan pahala orang yang mencontohinya? Seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:

Sesiapa yang memulakan dalam Islam sunnah yang baik lalu ia diamalkan selepas itu, ditulis untuknya (pahala) seperti pahala orang yang mengamalkannya tanpa dikurangkan pahala mereka (para pengamal itu) sedikit pun. [Sahih Muslim – no: 1017]
Dan tentu sekali kemiskinan mereka itu disertai dengan ujian kesabaran terhadap kesukaran hidup. Kedua kelompok mempunyai kelebihan dan ujian mereka tersendiri.

Begitulah Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa adil. Setiap manusia tidak kira apapun keadaan mereka sentiasa ada ruang untuk mencapai redha-Nya dan memperoleh ganjaran terbaik buat akhirat.

Kita bukanlah dizalimi sekiranya dihinggapi penyakit kronik, miskin, kurang upaya dan sebagainya. Tetapi sebenarnya diuji. Dan dalam ujian berat itu ada ruang yang boleh kita gunakan untuk menggapai redha Tuhan. Yang mungkin ruang tersebut tak mampu ditemui orang yang tidak ditimpa masalah seperti kita.


 JIKA KITA RASA HIDUP KITA SUSAH, RAMAI LAGI YANG LEBIH SUSAH DARI KITA. SEKURANG-KURANGNYA KITA DIBERI ANGGOTA BADAN YANG CUKUP SIFAT DAN MASIH BOLEH BERGERAK BEBAS KEMANA SAHAJA KITA MAHU.
BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA.

Hotel di Aloq Staq

Tahun ni kami sekeluarga pergi ke Alor Star.. Kat sini ada beberapa keping gambar kenangan.. Kami ke sana sebab kenduri kawin anak buah aku... So kami semua dah disediakan hotel..

Tiga Abdul..
Berlatar belakangkan Menara Alor Star
Babah sibuk mengemas.. korang sibuk menghuru-harakan..
Seronok sungguh dapat bergumpal-gumpal..
Duyung..
Dugong..
Breakfast time..
My Mom and Dad..
My dad lumpuh sebelah badan kiri sebab stroke..
So kena duduk atas kerusi roda..
Nak berjalan memang dah tak boleh langsung..
Makanan kat sini ok laa.. not bad..
Sambil makan pun mata aku tak lepas pandang anak-anak aku..
Kalau tak kang hilang tah ke mana.. Suka berlari kesana sini..
With my mom and dad..
Sushi telur ikan salmon.. Sedap..
Dah kenyang.. Merayau..
Masuk bilik hotel semula.. rehat jap.. Diaorang sibuk nak mandi kolam..
Aril bersantai dengan tok wan..
Wah berlagak engko yer..
Sembang-sembang dan gossip ngan my big family..
Tu dia.. si abang dah siap bukak baju.. nak mandi kolam..
Syahir pun dah standby dengan seluar dalamnya..
Syasya dan Sofea tengah menyorok nak salin baju..
Terpaksa pinjam baju syahmi dan syahir.. sebab tak bawa swimming suit..
Tak terfikir yang hotel ni ada kolam..
Yo Yo .. mari kita terjun kolam..
Cantik pemandangan dekat kolam ni..
boleh nampak menara alor star dari cemin tepi dinding..
Ada dua kolam.. satu untuk budak dan satu untuk dewasa..
memang luas.. puas la anak-anak aku berkubang kat sini..
Diaorang ni kan pantang nampak air..
Perasan macho..
Blah laaa...
Tolong.. poya tak pandai berenang..
Seronok sungguh korang ye.. mandi sampai malam pun tak pe ni..
Dua ekor dugong jantan..
Terbanggg..
Ni terjun ke menari gelek ni..??!
Si abang gaya dah macam anjing laut pulak ye..??! hehehe










  Tengah belajar berenang ngan pakwe ensem..

Pakwe ensem ni anak buah yang kedua dalam kuarga aku..
Anak kakak sulung aku.. Masih single..
Seronok betul korang ekk..??!!
Tersengih macam kerang busuk..!!
Pakwe ensem yang ajar berenang mesti cepat pandai ni..
Yeyy.. Syahmi dah pandai berenang la umi..
Kolam ni tak dalam sangat, eksyen ko ye..
Seronok betul korang ekk..!!
Ini kalau dibiarkan, maunya tak nak balik ni..
Dah cukup la tu.. tak nak balik ke..?!
Kalau ada rezeki kita datang lagi..
Time ni sumer orang dah balik ke bilik hotel memasing..
Tinggal anak-anak aku jer tak nak balik lagi..
So terpaksa la aku sensorang tunggu dorang sampai puas mandi baru dorang nak naik..
Hantu air betul..



Jumaat, Oktober 21, 2011

PARI-PARI BIRU..

Majlis perkahwinan anak buah aku tahun ini telah diraikan di Dewan Maktab PDRM Cheras. Dua puteri aku telah ditugaskan menjadi pari-pari pengiring. Bukan main suka lagi diaorang. Wah wah memang seronok la dorang ni.. Memang suka berangan jadi puteri dan pari-pari pun.. Tema warna adalah biru terquois.. Eh betul ker ejaan aku.. Lantak lah.. hahaha

  Bergambar di sebelah kek pengantin.
 
Masing-masing excited. First time diberi tugas jadi pari-pari.
 Ini adik pengantin lelaki. Pengapit pengantin..
Klon Shahir AF..
 Tema warna ialah biru, so kami anak beranak pun jadi biru..
Menunggu dengan sabar..
My Father dan My Mother..
 Ketibaan pengantin..
               Mempelai melangkah masuk ke dewan..
Pari-pari sedang menjalankan tugas..
Pengantin bertudung litup, pari-pari seksi you..!
My father terharu tengok cucu sulung naik pelamin..
Tugas dah selesai.. Pari-pari duduk tepi pelamin.. bergosip.. hehe
Mempelai bersanding atas pelamin biru..
Pengapit pengantin perempuan anak buah aku jugak..
Anak abang kedua aku..
Makan beradap.. bersuap-suap.. Nyum nyumm..
My hubby dijemput makan bersama pengantin..
Jadi orang penting lah katakan..
Bergelak ketawa pulak ngan mak aku..??! Terlebih sudah..
 Acara potong kek plak..
Yum yum sedappp..
2 budak nakal dah mula main bawah meja..
Bergambar ramai-ramai..
Aikk..?! Pari-pari nak tidur ke..?
Pari-pari Poyo..
Pari-pari yang seksi.. Pari-pari ni tak ada sayap.. So tak leh terbang..
Blue boys n girls..
Kesayangan umi n babah..
Ultraman kosmos biru..
Pengantin dah selesai bersanding.. 
Sekarang giliran pari-pari pulak nak bergambar ye..
Kalau berposing tak yah disuruh.. pandai kemain ekk..!
Bersama bunga biru..
Dengan anak-anak kakak aku yang kelima..
Empat dara pinggitan..
My kids with cousin..
Main piano dan nyanyi ramai-ramai..
Do re mi fa so la ti doooooo...!!
Wah abang tengah mainkan lagu getaran jiwa.. hahaha
ke lagu sakit jiwa..?
Puteri Bunian..
Majlis dah tamat.. Masing-masing angkut barang-barang..
Tadi bertugas angkat vest pengantin.. Sekarang kena angkat besi pulak...
Kesian kat pari-pari ni.. Kena buli.. huhuhu
Tunggu kenderaan masin-masing..
Sempat lagi nak bergaya.. siap angkat-angkat kain pulak..
Comel kak.. boleh jadi model untuk baju pengantin..
Majlis dah tamat..
My dad n my mom naik kereta adik aku balik ke rumah kakak sulung aku..
Adik aku ni polis sebab tu cam tomboy sikit.. hehehe
Belakang tu my sister no lima.. Aku no enam dalam kuarga n adik aku ni no tujuh paling bongsu..
Kami semua 7 beradik..
Okey.. chow chin chawww..