Jenguk iklan kat sini

Selasa, Februari 21, 2017

BUNGA BUTANG

Bunga butang yang Shahir tanam dalam pasu dah membesar dengan sihat. Sejuk jugak tangan dia ekk.. Bunga ni senang hidup, ko campak jer benih kat mana-mana tanah, gerenti dia tumbuh punya. Kat celah-celah batu pun dia boleh hidup. Memang mudah dijaga dan cantik pulak tu warnanya dan bunganya tahan lama.
Inilah pokok bunga butang yang Shahir tanam.
Dah tinggi dan mula mengeluarkan bunga sulung.
Baru keluar bunga.
Cinonet jer.
Bunga dah mula bercambah.
Close up
Bunga dah mula lebat.
Bunga yang dah matang.
Ini aku tanam kat tanah.
Berbunga lebat.
Cantik. Aku teringin nak cari warna pink dan putih. Tapi tak pernah jumpa lagi kat Nursery
Rupa-rupanya bunga butang ni boleh dibuat teh. Caranya ambik 5-6 kuntum bunga dan basuh.
Then rendam dalam air panas, bubuh sikit gula kalau nak manis. Madu pun boleh jugak kalau nak letak. Dah sejuk minum ler. Aku tak pernah cuba buat lagi. Ini pun aku tahu dari pakcik google.
Nanti nak try lah.. Jangan mabuk sudah.. hehe
Snap gambar dari bawah.





Sabtu, Februari 18, 2017

KADET

Anak sulung aku si abang @ Farhan Syahmi aktif kadet di sekolahnya. Badan cekeding jer tapi bole pulak dia tahan berkawad di tengah panas. Kesian anak aku.
Dia berbaris di sebelah kiri barisan kedua.


Majlis ikrar gemilang di SMK King Edward VII
Pelajar SMK King Edward VII. Sekolah ni semua lelaki.
Pengetua.
Ni aku tak tau.. hahaha
Dewan sekolah.
Besarnya rimauuuuu...!!

Farhan dan Sofea

Amboi perasan segak leteww..






Ahad, Februari 12, 2017

HOT WHEELS

Anak2 lelaki aku suka kumpul koleksi kereta Hot Wheels. Sebenarnya sejak anak sulung aku kecik lagi memang my hubby suka belikan kereta hot wheels ni. Kereta ni tahan lasak dan setiap model kereta ni memang sebijik macam model sebenar. Ini antara koleksi yang dorang ada.


Sebenarnya ada banyak lagi, semuanya ada dalam kotak khas. Ada yang dah tanggal warna.
Lori dan jentolak tu bukan jenama hot wheels tau.. hahaha
Kereta polis
Ini baru beli. Berkilat lagi.
Siap ada kapal terbang dan jet lagi.

Macam ni la kalau ada 4 orang anak lelaki. Abang yang sulung pun sama naik jugak main mainan ni.
Alahai siannya anak mummy menguap, ngantuk ekk..??
Kadang-kadang aku jadi stress sebab si kecik ni bila main suka sepahkan then aku akan terpijak.
Bila dah terpijak tu mulalah aku jadi tarzan.
Budak ni memang suka main kereta ni sambil baring.






Rabu, Februari 08, 2017

MUKA NAK MINTAK PENAMPOR

Three stoogers ni memang tak boleh berenggang. Selalunya aku kena banyak bersabar dengan karenah 3 abdul ni. Suka bising. Main bising.. Bergaduh lagilah bising.. Siap jerit sebatu boleh dengar. Tapi inilah penyeri rumah kami, kalau dorang takde memang sunyi sepi.
Ini saja jer aku masukkan dalam blog aku ni.
Biar besar nanti dorang boleh tengok balik betapa hodohnya perangai dorang masa kecik.. hahaha
Alien.
Buatlah apa pun asalkan korang bahagia.
Rasa nak tampor sorang sedas jer..!!
Berapa besar lubang hidung daa.. Macam serobong kapal..
Takpe hanya untuk hilangkan stress hahahaha..



Sabtu, Februari 04, 2017

POKOK NAM NAM

Inilah pokok Nam Nam @ Katak Puru. Aku dapat benih ni dari kawan pejabat. Aku semai dua biji, tapi hanya sebiji jer yang berjaya tumbuh. Sekarang dah susah nak dapat pokok ni. Sebab tu aku usaha jugak semai benih dengan harapan anak-anak aku akan dapat tengok pokok ni berbuah nanti. Time aku kecik dulu, bersepah pokok ni keliling kampung, tapi sekarang memang dah tak ada. Masa mula-mula anak2 aku tengok buah Nam Nam ni dorang macam pelik jer. Siap tanya aku boleh ker makan tak racun ker.. hahahaha kesian korang kan? Bila dah makan dorang suka pulak sebab rasanya manis-manis dan masam. So aku harap pokok ni akan membesar dengan sihat.

Dah bercambah.
Dah mula mengeluarkan pucuk baru.
Bila dah tinggi nanti aku nak tanam kat tanah supaya cepat sikit membesar.






Khamis, Februari 02, 2017

TAK SABAR NAK SEKOLAH

Si kecil ni memang minat sangat dengan buku dan tak sabar-sabar nak pegi sekolah. Kadang-kadang habis buku abang dan kakaknya dia ambik dan conteng. So my hubby belikan dia buku dan alat tulis supaya dia boleh conteng apa yang dia nak conteng.

Ini set alat tulis yang my hubby beli kat kedai dua hinggit.
Itu pemadam ler dik. Mana boleh makan.

Suka sangat dapat buku ni. Lepas ni jangan nak conteng buku abang dan kakak lagi yer..!!
Posing konon-konon comel.
Muka memanjang comot.
Rasa cam nak tampor.
Harap anak mummy rajin belajar.
Ini lukisan yang dia lukis.
Ini baru 4 tahun. Kalau dah sekolah nanti ntah apa pulak dia nak lukis.
Lepas tu merengek nak makan megi cup.
Megi cup senang sikit, tuang jer air panas then lepas 5 minit dah boleh ngapp..
Amboii.. Sedap sungguh ekk..