Jenguk iklan kat sini

Ahad, April 17, 2016

PENANG

Saje bawak dorang jalan kat Penang.. Kami pegi sehari jer.. Lepas semua bangun tido.. Kami siap2 nak jalan kat tepi laut.. Kereta kami park kat hotel n kami jalan kaki jer dari hotel pergi ke tepi pantai.. Sebab tak jauh pun sebenarnya.. Tapi bila jalan rasa jauh pulak, mungkin sebab cuaca panas sangat kot.. Dengan perut lapo lagi.. Mulalah rasa nak sentapss.. Last-last aku suh my hubby amik kereta n jemput kami kat sini jer untuk servey tempat makan, sebab aku tak larat nak patah balik ke hotel..
Sibuk si kecik ni nak bawak motor dia..
Budak kecik ni biasalah.. Tak penat-penat kalau dapat berjalan..
Peace yaall..
Tolong tengokkan adik yer bang.. Kang dia terjun ke laut pulak..
Kami bersantai kat tepi laut ni kejap jer sebab tak tahan panas giler..
My hubby pergi amik kereta kat hotel n jemput kami kat sini..
Then terus melilau cari tempat makan.. Susah jugak nak cari tempat makan melayu kat sini..
Aku rasa memang tak de langsung kot.. Yang banyak kedai mamak n chinese jer..
Kedai makan melayu banyak bukak time malam jer kot..
Last-last kami makan nasi ayam kat kedai di kaki Bukit Bendera..
Standby semua kita dah nak bertolak ni..
Alamakkk.. Mayday, mayday.. ketapi nak bertembung..
Standby semua dengan kesan impact..
Alamakkk.. Dah dekat dah ni...!!
Ehhh.. Tak berlangar ponn.. hehehe
Dah pun sampai di atas Bukit Bendera..
Pergi kemana pun perkara petama yang wajib dibuat adalah posing..
Posing puas-puas dulu baru kita teroka bukit bendera ni..
Eh.. Ramainya adik-adik aku.. haha
Cantik plak bunga ni.. Kalau sekali tengok macam pokok maman  yang orang buat jeruk tu..
Tapi ni spiesis besar kot..
Bunganya warna putih n pink.. Kalau ikutkan hati nak jer aku amk bawak balik..
Wahh.. Ade meriam lah..
Amik gambar ala ala kpop style.. hahaha
Kat tangga pun jadiklah..
Si kecik ni dah mula buli abang.. Dia dah malas nak berjalan.. Dia suh abang kok kong..
Nak hala ke mana Moscow, Australia, Amerika, Barcelona, Korea, Jepun..??
Tunjuk jer, semua ada kat papan tanda atas kepala tu..

Bergambar bersama bunga-bunga yang berguguran..
Kalau suruh senyum, memanjang muka jadi camtu..
Tingginyaaa...  Kalau buat rumah kat sini mesti best kan..

Meh kita bergambar kat teropong ni pulak..
Nak teropong aper ekk..
Okeyy.. buat gaya kpop group lagikk.. Penyanyi utama si kecik kat depan tu..

Phewwiiittt..!! Sorang je kerr..
Gurau tu hati-hati ye.. Kang tergolek kat belakang tu..
Sekejap jer dah jadi anak remaja..
Dulu sama-sama bermain dan berlari-lari sambil pakai pampers.. hahaha
Now dah teenagers...
BFF..
Teman bersembang..
Teman berbincang..
Teman menyanyi..
Teman belajar..
Teman bergurau..
Last sekali teman bergaduh..Huh..!!
Empat hero yang amat disayangi..
Korang buat apa sampai tercabut akar pokok tu haaa..??!!
Meh posing ngan tupai pulak.. Tupai ke tu..??

Buat gaya cepat..
Cantik pemandangan kat sini.. Mendamaikan..
Kalaulah ada rumah yang ada pemandangan camni kan..
Me & hubby
Amik gambo gaya bebas..
Ape ke hal muka aku camtu plakk..
Okeyy.. dah puas teroka Bukit Bendera.. Moh ler kita turun..
Seronok giler si kecik ni dapat naik ketapi bukit bendera ni..
Sebab dia memang minat sangat bila tengok ketapi..
So tak dapat naik ketapi panjang, dapat naik ketapi kontot ni pun jadilah kan..
Muka excited tunggu ketapi bergerak..
Tak takut n tak rasa gayat langsung.. Aku pulak yang rasa gayat bila tengok landasan curam tu..
Anak dara.. Tahun ni UPSR.. Harap dapat score 6A yer sayang..
Dua hero ni tak boleh berenggang.. Asyik berkepittt jer..
Okeyy.. Standy ketapi dah nak jalan..
Good bye Bukit Bendera.. Ada rezeki kami datang lagi..



Jumaat, April 15, 2016

BERSANTAI DI JOHNNYS

Bawak dorang makan kat Johnny's hari ni.. Lepas maghrib terus keluar ke Aeon sebab masing-masing dah lapar.. Memula dok pikir gak nak makan kat mana.. My hubby tanya aku nak makan kat mana.. Aku cakap tak kesah and tanya anak-anak dorang nak makan kat mana.. My Hubby pun tanya dorang nak makan kat mana.. (eh.. banyak pulak perkataan makan kat mana.. hihi) Bila dah tanya dorang mulalah kami pening lalat sebab macam-macam tempat makan keluar dari mulut dorang.. Anak yang ni nak Mc Donald, anak yang ni nak makan KFC, anak yang ni nak makan Chicken Rice Shop, anak yang ni nak makan makanan korea.. Huarrrggghhh..!! Semputtt...!! Last-last babah dorang jugak yang pilih tempat makan.. Bila babah sebut Johnny's jer semua setuju.. Bagussss anak-anak.. Sehati sejiwa.. hehehe

Sebelum makanan sampai, wajib posing dulu...
Tiga Abdul..
Kengkadang elok jer main bertiga n abangnya layan baikk jer..
Bila abang dah mula bosan nak layan mula la dorang bergaduh pulak..
Dua orang puteri ni pun lebih kurang perangi ngan tiga abdul tadi..
Time baik, elok jer bersembang n kengkadang siap memekak nyanyi lagu korea..
Tengah elok-elok pun boleh sentapsss.. hehehe
Pompuan khenn.. Tu sebab my hubby suka kata cam perangai aku, kuat merajuk n sentapss..
Budak ni senang.. tak de geng.. Dia yang buli abang ngan kakak..
Dia ganggu orang tak pe.. Jangan orang ganggu dia.. Nanti gua sengattt..!!
Memang samseng kampung kebun sebelah kampung dusun...
Eh.. Tertido pulakk.. Dia sebenarnya dah letih n nak tido sebab seharian dia tak tido lagi..
Mata tu dah merah menahan ngantuk.. Time orang makan dia makan sikit jer n sibuk cakap adik dah tired nak sleep.. Tu lah sape suh melasak n tak tido petang tadi..



Ahad, April 10, 2016

BUDAK KPOP

Budak kecik ni pun dah dipengaruhi kpop.. Kalau bergaya nombor satu.. Dah mula terikut-ikut kakak ngan abangnya yang sukakan korean pop group.. Kalau kakak n abangnya pasang lagu kpop mulalah dia pun ikut menyanyi jugak.. hai fening fening.. Gambor kat bawah nie dia nak cuba bergaya ala ala kpop.. hahahaha.. Bucuk acam mummy ni..




안녕하세요 - annyeonghaseyo

Geram rasa nak gigit jer budak bucuk ni..


사랑해 - saranghae




Rabu, April 06, 2016

100 % SINGLE

We are 100% single but married.. hahaha.. Yang sebenarnya baju nie my hubby beli untuk 2 orang anak pompuan aku sbb nak mengusik dan kenakan dorang.. Budak berdua tu memang minat sangat ngan group kpop 100% nie.. So bila ternampak tshirt ni kat salah satu kedai di Aeon, apalagi terus my hubby rembat.. Then kami dah berpakat pakai baju nie time jemput dorang kat sekolah.. Kami siap pakai baju lain kat luar lagi.. So dua lapis kami pakai baju.. hahaha.. Bila dah jemput dorang semua kat sekolah kami buat-buat pegi toilet.. Kami tukar baju n jalan beriringan berdua pegi kat kereta.. So bila nampak jer kami pakai tshirt ni, apalagi menjerit-jeritlah dorang berdua tu.. Tak senonoh tul perangai budak berdua ni.. Kebetulan jer ada tshirt tertulis 100% ni.. Bukannya tshirt group kpop tu pun.. Sbb group kpop tu sebenarnya 100%  jer.. Tak de single-single ni.. Tapi bolehlah dari tak de kan..? Nak kenakan anak punya pasal..

Muka aku tak sememeh.. Penat berjalan n shoping tadi kat Aeon.. Aku amik cuti hari ni..
Lepas jer hantar dorang semua kat sekolah, terus kami breakfast ngan si kecik tu n tunggu sampai Aeon bukak.. Sbb nak cari barang sikit..
Cantik jugak tshir ni ekk..?!
Dah buncit perut laki aku.. Ada hati nak mengaku single.. hehe
Dua-dua baju ni saiz S sebab tu nampak ngam-ngam jer bila pakai..
Inilah group 100% kpop kegilaan 2 anak dara aku.. Sampai aku pun kengkadang terlayan jugak bila dengar lagu kpop ni.. Dah hari-hari dorang dok dengor lagu kpop jer.. Lagipun muzik n bahasa dorang sedap jugak bila dengar ekk..





Khamis, Mac 31, 2016

UCUK ACAM DAH KEBAH

Amboi, amboi, amboi.. Mentang-mentang dah kebah demam, bukan main lagi demand ngan babah suh bawak jalan-jalan yer.. Time nie my hubby bawak di di playground nak bagi dia ceria sikit.. yang lain semua sekolah.. Aku plak keje.. So my hubby dating berdua ngan dia.. Ni semua gambor yang my hubby sent kat aku time aku tengah keje..



Naik kapaltebang..





Muka masih sembab lagi.. Tak berapa nak ceria..


Nasib baik demam tak lama.. Aku takut jugak sebab sekarang ni musim denggi..
Kengkadang simptom denggi ni amik masa jugak kita nak kesan kan..??



Selasa, Mac 29, 2016

UCUK ACAM DEMAM

Kesiannya anak umi@mummy demam.. Si kecik ni dah lama tak demam.. Malam tadi dah rasa badan dia suam then aku try rasa tapak kaki dia.. Suam gak.. Comfirm dia nk start demam.. Aku terus amik air dalam bekas n tuala kecik, rendam dalam air n lap seluruh badan dia lepas dia makan ubat.. Memang baik si kecik ni.. tak merengek langsung.. Aku pulak yang risau bila dia diam tak merengek bila demam.. hahaha... My hubby bawak g klinik tadi sebab aku kerja.. Doktor check suhu 40 darjah celcius.. Mak aiii.. risau aku.. Nak kena beli air kelapa bagi dia minum.. Dah lah cuaca panas gila sekarang ni.. Pandai bodek si kecik ni, kalau aku marah jer.. dia buat mata terkebil-kebil then cepat-cepat datang cium aku sambil kata "mummy ucuk acam". Dia panggil aku umi n kengkadang mummy.. ikut sedap dia nak sebut.. 

Nie gambar yang suami aku antor kat aku.. Dia tengah tido.. Kesiannya ucuk acam mummy nie..


Rabu, Januari 20, 2016

PENGAWAS CYBER

Sofea dilantik sebagai Pengawas Cyber untuk tahun 2016.. So hari ni ada watikah pelantikan untuk pengawas.. Ibu bapa dijemput hadir untuk menyarungkan west kepada anak masing-masing.. So hari ni my hubby datang khas untuk sarungkan west pada anaknya..

Ni semua pelajar-pelajar yang telah dilantik sebagai pengawas..
Aku suh my hubby jer yang pakaikan west pengawas cyber kat sofea..
Aku jadik camerawoman jer..
Lepas sarungkan west, butangkan elok-elok..

Butangkan sampai ke bawah ye..
Okey senyummm..
Tahniah sayang.. Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi..