Jenguk iklan kat sini

Jumaat, April 15, 2016

BERSANTAI DI JOHNNYS

Bawak dorang makan kat Johnny's hari ni.. Lepas maghrib terus keluar ke Aeon sebab masing-masing dah lapar.. Memula dok pikir gak nak makan kat mana.. My hubby tanya aku nak makan kat mana.. Aku cakap tak kesah and tanya anak-anak dorang nak makan kat mana.. My Hubby pun tanya dorang nak makan kat mana.. (eh.. banyak pulak perkataan makan kat mana.. hihi) Bila dah tanya dorang mulalah kami pening lalat sebab macam-macam tempat makan keluar dari mulut dorang.. Anak yang ni nak Mc Donald, anak yang ni nak makan KFC, anak yang ni nak makan Chicken Rice Shop, anak yang ni nak makan makanan korea.. Huarrrggghhh..!! Semputtt...!! Last-last babah dorang jugak yang pilih tempat makan.. Bila babah sebut Johnny's jer semua setuju.. Bagussss anak-anak.. Sehati sejiwa.. hehehe

Sebelum makanan sampai, wajib posing dulu...
Tiga Abdul..
Kengkadang elok jer main bertiga n abangnya layan baikk jer..
Bila abang dah mula bosan nak layan mula la dorang bergaduh pulak..
Dua orang puteri ni pun lebih kurang perangi ngan tiga abdul tadi..
Time baik, elok jer bersembang n kengkadang siap memekak nyanyi lagu korea..
Tengah elok-elok pun boleh sentapsss.. hehehe
Pompuan khenn.. Tu sebab my hubby suka kata cam perangai aku, kuat merajuk n sentapss..
Budak ni senang.. tak de geng.. Dia yang buli abang ngan kakak..
Dia ganggu orang tak pe.. Jangan orang ganggu dia.. Nanti gua sengattt..!!
Memang samseng kampung kebun sebelah kampung dusun...
Eh.. Tertido pulakk.. Dia sebenarnya dah letih n nak tido sebab seharian dia tak tido lagi..
Mata tu dah merah menahan ngantuk.. Time orang makan dia makan sikit jer n sibuk cakap adik dah tired nak sleep.. Tu lah sape suh melasak n tak tido petang tadi..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan