Jenguk iklan kat sini

Jumaat, Januari 13, 2017

MEXICAN PETUNIA

Ini antara koleksi bunga yang aku suka sebab senang hidup dan senang dijaga. Tiap-tiap hari akan berbunga dengan banyak. Suka pada cahaya matahari.
Nak tanam pun senang jer.. Melalui keratan batang atau biji benih.
Cucuk jer batangnya atau tabur jer biji benihnya kat tanah atau pasu. Gerenti hidup subur punya.
Sedang galak berbunga.
Tanam di tepi pagar.. Bunga Ungu besar sikit berbanding bunga pink.
Pokoknya pun lebih tinggi.
Cantik sangat ciptaan Allah Taala. Serba sempurna tiada cacat cela.
Purple Mexican Petunia
Pink Mexican Petunia
Kuncup bunga pink.
Seronok sangat bila ia mengeluarkan bunga yang banyak dan subur.
Pagi-pagi aku asyik dok belek-belek bunga ni.
Rasa tenang jer bila tengok warnanya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan