Jenguk iklan kat sini

Selasa, April 04, 2017

PELANGI PETANG

Sekarang ni kerap pulak pelangi muncul. Tiap2 petang hujan renyai2 so time tu anak aku akan cari pelangi kat luar rumah.. hahaha 

Dah hampir waktu maghrib.. Cantik sangat langit petang..
Maka pelangi petang pun muncul di awan.
Hari tu separuh jer.. Kali ni lengkungan penuh.
Baru lepas mandi tak sempat pakai baju, terus capai basikal suh aku amik gambar dia ngan pelangi..
Taksub sunguh dia ngan pelangi..
Cantik sangat langit senja.. Sayu n sedih jer bila pandang langit cantik camni..






Ahad, Mac 26, 2017

CEKOR CEKOR AH, CEKOR CEKOR IH

Ini pokok cekur yang aku tanam dalam bakul. Kongsi dengan pokok temu lawak sebelah kanan dan anak pokok bunga petunia pink. Dah lebih 3 bulan aku tanam dan dah gemuk dan subur.

Ini gambar semalam 25/3/2017.
Ini gambar hari ini 26/3/2017.
Tetiba aku tengok ada bunga, padahal semalam tak nampak pun pucuk bunga.
Bunganya warna putih bersih dan ada jalur warna ungu di tengahnya.
Cantik pulak bunganya. Macam bunga orkid.





Sabtu, Mac 25, 2017

ROS OREN MEKAR LAGI

Bunga ros oren kembang lagi. Kali ini empat kuntum sekaligus dia kembang. Mungkin aku kerap siram dengan air beras kot sebab tu dia subur giler. Aku jugak try buat baja dari kulit telur yang dijemur then ramas kulit tu kecil2 dan tabur jer kat tanah.

Empat pucuk baru.
Dah mula nak kembang.
Cantik giler warnanya.

Ambik gambar lepas hujan.
Dah kembang sepenuhnya.

Kali ni bunganya besar sikit.
Puas hati betul bila dapat lihat hasilnya bila kita jaga dan tatangnya dengan penuh kasih sayang.. hahaha.. Hanya orang yang minat dengan bunga jer yang faham perasaan ni.
Geram rasa macam nak picit jer.
Warnanya oren campur pink.


Oren lebih besar dari putih.
Budak poyo suka main hujan.
Ciumlah nak asalkan ko tak patahkan bunga tu sudah..
Taman rose yang tak berapa nak rupa macam taman.




Khamis, Mac 23, 2017

RAINBOW

Tengah lepak-lepak tengok tv sementara nak tunggu maghrib, tetiba anak aku si kecik panggil aku dengan excited macam nampak awek cun. "Mummy, mummy cepat keluar mummy" Bila keluar rupanya dia nak tunjuk pelangi.

Terang betul warna pelangi ni. Kalau tengok betul-betul kat bahagian atas ada satu lagi pelangi, tapi yang satu lagi tu kelabu sikit.
Memang jelas warnanya bila close up.
Siap posing lagi si kecik ni.
Seronok betul si kecik ni bila dapat bergambar dengan pelangi.





Jumaat, Mac 17, 2017

14 HARI

Hari ni dah 14 hari usia anak ciko. Ini antara gambar-gambar yang aku ambik. So... layannn..

Tido jer kerjanya
Siap jelir-jelir lidah lagi..
Rasa nak tarik jer lidah tu.. haha
Tengah mimpi la tu..
Bukan main nyenyak lagi dia tido, sampai terlipat leher.
Aku dah siapkan tilam yang empuk, kat atas paper jugak nak tido ekk..?!
Anak ciko ni jenis yang tak banyak ragam. Tak pernah bunyi pun. Asyik tido jer.
Sampaikan aku tanya kat anak aku2 kucing ni bisu ker? Tapi anak2 aku kata kalau dorang angkat dia bunyi jer. Mungkin si ciko ni bagi susu cukup kot, pasal tu anak2nya asyik tido jer. Kenyang kan..?
Tido atas tilam yang empuk lagi.
Kaki sampai naik ke muka. Kurang ajar la tu.
Bila tengok tido macam ni, rasa nak picit jer..





Khamis, Mac 09, 2017

ROSE JEPUN

Pokok ros jepun ni pun aku suka jugak tanam sebab senang hidup. Nak semai, patahkan jer batangnya dan cucuk jer kat tanah, then dia akan mula bercambah.

Satu pasu dua warna.
Kelopak selapis.

Kelopak berlapis.
Warna putih.
Pokok ni sukakan cahaya matahari. Kalau dapat cahaya matahari yang cukup memang banyaklah bunganya. Untuk baja aku selalu siram dengan air basuhan beras jer.




Jumaat, Mac 03, 2017

BABY CIKO

Ciko dah beranak. Pandai pulak dia cari tempat ekk. Dalam laci almari. Aku balik kerja syasya cakap dia tak nampak ciko sehari suntuk hari ni. My hubby kata agaknya dia dah beranak kot. Aku suh check laci almari tapi syasya kata dia dah tengok tapi tak de, so aku try check laci bawah. Bukak jer memang sah ada baby cat ni. Syasya tengok laci belah atas memanglah tak de.

Nasib baik laci ni hanya ada baju yang nak dibuat kain buruk jer.
Lima ekor sekali ko beranak yer ciko. Patutlah perut ko besor giler. Tapi semuanya warna hitam.