Jenguk iklan kat sini

Khamis, Mac 02, 2017

ROSE UNGU

Koleksi ros ungu
Ini baru lepas kerat batang.
Daun baru dah mula bercambah.
Putik bunga dah kelihatan.
Kuncup bunga dah mula keluar.


Kuncup bunga.




Nampak macam warna pink tapi sebenarnya ungu.
Kembang sepenuhnya.



Bersaiz besar.

Aku suka sangat sebab saiz bunganya besar dan wangi.
Tengah subur berbunga.








Si kecik ni suka cium sebab wangi katanya.





Rabu, Mac 01, 2017

WHITE ROSE

Koleksi ros putih.
Baru mula berbunga.








Sedang galak berbunga.
Tengahnya warna kekuningan.
Bila kembang penuh warnanya akan jadi putih bersih.
Kecik jer bunganya.





Isnin, Februari 27, 2017

KUCING GELANDANGAN

Hubby aku ni dia suka kat kucing, tapi dalam masa yang sama dia geli pulak kat kucing. Camne aku nak explain ekk.. Contohnya camni, dia pantang tengok kucing, tambah2 kalau kucing tu gebu. Tapi kalau tetiba kucing tu datang dan nak bertenggek kat dia, dia akan terkejut beruk, silap haribulan kucing tu boleh terpelanting.. hahaha So kalau ada kucing dia hanya akan usap2 kepala or badan kucing tu, tapi jangan sesekali kucing tu nk duduk atas riba dia.. dia geli.. dia kata dia tak suka rasa tajam kuku kucing tu bila panjat atas dia.. pelik pulak aku ngan laki aku ni. Aku dan anak anak pulak kalau ada kucing, kami jenis yang suka gomol dan cium kucing tu. Anak aku jenis yang suka tonyoh2 hidung dorang kat hidung kucing tu. Kalau boleh nak dukung jer kucing tu 24 jam sampai kucing tu pulak tension n menyampah.. So ari tu aku, sofea ngan hubby terjumpa kucing ni kat tepi jalan, kesian pulak asyik nak mengekor dan mengiau jer. My hubby belikan makanan dan bagi kat dia, gelojoh giler dia makan. Time nak balik tu my hubby dok bagi hint hint nk bawak balik kucing tu. Sofea apa lagi.. seronok giler la kan. Aku pulak tak sampai hati tengok muka kucing tu, then kami ambik dia bawak balik. Penuh giler kurap kat telinga. Dua hari kemudian kami bawak pegi klinik haiwan cucuk ubat kurap. Selepas seminggu bersih terus telinga dia. So inilah kucing baru kami. Jantinanya betina. Masa bawak balik tu aku dah terperasan perut dia macam mengandung jerk. Tapi doktor kat klinik haiwan tu kata tak pasti dia mengandung atau tak bila dia tekan tekan perut kucing tu. Tapi aku yakin dia mengandung sebab aku dah banyak pengalaman bela kucing ni sejak aku kecik lagi dan aku membesar dengan dikelilingi kucing. hahaha

Inilah kucing gelandangan yang kami bela. Namanya Ciko.
Sedang berehat di depan pintu rumah. Pantang bukak pintu jer laju dia keluar.
Memang tepat tekaan aku dia mengandung..
Boleh jadi doktor haiwan dah aku ni.. Ini dia tengah berehat dengan nyaman.
Sebijik macam ular sawa kenyang baru lepas telan kambing.. hahaha
Hodoh giler perangai ko yer ciko..?! Penat sangat lah ni..
Berapa ekor agaknya lam perut ko yer..
Ko ingat cantik sangat gaya posing gini..??




Khamis, Februari 23, 2017

BIRTHDAY SOFEA

Hari ni birthday sofea yang ke 13 tahun. Aku n hubby dah bincang nk hadiahkan patung kakao talk ke aper nama tah sbb syasya kata dia sukakan patung tu. So aritu aku ada nampak patung tu kat kedai barang2 korea, sebab patung tu memang made in korea. Bila aku n hubby pegi sekali lagi dah tak der lah pulak patung tu.. Takde rezeki. So fikir punya fikir syasya kata dia minat gak kat patung naga hitam yang dalam citer 'How to tran your dragon'.
Inilah patungnya. Night Furies Dragon.
Dalam filem tu namanya Toothless.
My hubby gantung kat cermin dalam bilik dorang.
Lepas dia mandi dan pakai baju dia kuar dari dalam bilik gelak2 then tetiba nangis plak. hahaha
Suka sangat dia dapat patung ni. Kat tempat lain tak de jual. Hanya ada kat kedai Speedy video jer..
Itu pun time aku ambik patung ni, penjual budak melayu tu siap tanya lagi "patung ni patung ape kak? Tak tau pulak ada filem patung ni".. hahaha
Ko ni dik, ko keje kat kedai jual vcd tapi ko boleh tak tahu pasal filem ni..?!
Hitam giler tapi comel. Tak de yang besar, kalau tak aku dah rembat dah.
Suke lah tu..
Happy 13th Birthday sayang we love you so much.