Jenguk iklan kat sini

Sabtu, Januari 07, 2017

TOLONG DADDY BAKAR SAMPAH

Hari ni Operasi mengemas rumah. Segala benda yang dah rosak semua kami keluarkan untuk dibuang dan dibakar. Kalau tak buat macam ni serabut aku tengok kat rumah dengan barang2 yang dah rosak ni. 
Macam biasa si kecik ni yang akan menyibuk dulu.
Si kecik ni memang over. Pantang tengok api.
Siap pakai sarung tangan lagi.
Seronok anak mummy yer..


Rajinnya tolong daddy.
Awan dah mula mendung.
Tengah syok membakar hujan dah mula turun.
Dah dia mandi hujan pulak.
Lebat giler hujan.
Seronok ye dik..??
Api dah nak terpadam.
Tak pe esok kita mulakan lagi operasi mengemas dan membakar.






Selasa, Januari 03, 2017

SOFEA TINGKATAN 1

Hari ni first day Sofea lapor diri di sekolah Convent sebagai pelajar tingkatan satu dalam kelas Rancangan Khas. Sekejap jer dah form 1. Dia belajar sesi petang dan kakaknya Syasya form 3 sesi pagi. Tahun depan baru sesi pagi sebab kelas rancangan khas hanya setahun jer sesi peatang.

Buku teks masih belum dapat lagi. So bawak beg ni jer.
Belajar rajin-rajin yer nak..!!






Ahad, Januari 01, 2017

KPOP TAK HABIS HABIS

Anak perempuan aku ni minat sangat dengan Korean Group (KPOP). Masing-masing kumpul koleksi dan gambar2 group kpop yang dorang minat. Aku tak kisah pun sebenarnya sebab aku dulu pun pernah remaja gak, so pernah gak minat ngan penyanyi dan group luar negara. Tapi time aku dulu aku minat dengan rock dan aku membesar dengan group rock seperti Search, Wings, May, Spring, Sting Slam, Lefthended, U-Topia, Medicine, Blackrose.. Banyak lagilah, jenuh pulak kalau aku nak senaraikan kat sini.. Kalau artis luar negara pulak aku minat dengan artis2 Hong Kong.. Chow Yuen Fat, Aaron Kwok, Jackie Cheung, Andy Lau, Leon Lai Meng.. hehe
Group orang putih pulak aku minat ngan Back Street Boys, New Kids On The Block, All 4 One, Bryan Adam dan banyak lagilah.. So aku tak pernah nak rasa jengkel atau nak kutuk bila budak2 zaman sekarang suka ngan artis dorang.. Ini zaman dorang so tak patutlah kalau kita nak kutuk benda yang budak2 zaman sekarang minat kan? Sebab kita dulu pun camtu gak. Kalau orang kutuk kita pun kita marah gak kan?
Ini dorang tengah operasi gambar2 group kpop..

Ini sebahagian gambar yang dah dilekatkan kat dinding bilik dorang..
Group 100%
Group Boyfriend
Nasib baik ada 2 jer anak pompuan.. Kalau ramai maunya pening aku nak layan minat dorang ni..
Budak ni suka sibukkkkk jer..
Kat mana-mana mesti ada dia.. Tampor kang..!!
Lanyak Pikachu pulak..


Penat letewww..








Selasa, Disember 20, 2016

RESULT PT3 2016

Alhamdulillah result PT3 dah keluar semalam dan syukur sangat anak sulung aku, Farhan Syahmi dapat score straight 10A. Malam sebelum result keluar dia wat lex wat peace jer. Main game sampai pukul 4 pagi hinggakan my hubby tegur tak risau ker pasal result? Time nak keluar rumah my hubby tanya dia "Abang, abah nak tanya kali terakhir.. Abang rasa boleh score berapa A..??" dia jawap selamba jer "Rasa-rasa tujuh or lapan kot.."  hai lah anak aku..!!
10A
Alhandulillah.. Terima kasih Ya Allah. Kami sampai kat sekolah jam 9.30 pagi. Tak ramai lagi yang datang dan masa kami tengah tunggu tu ada cikgu pompuan tegur kami. Dia tanya nama anak aku. Then aku n my hubby bagitau nama Farhan Syahmi. Cikgu tu ngan excited terus sebut nama penuh anak aku. Kami pun mengiyakan sambil tanya kenapa. Cikgu tu terus bagitau yang Farhan adalah satu-satunya student yang dapat straight A. Kami semua macam blur kejap n tanya cikgu tu sekali lagi. Betul ker cikgu?? hahaha Cikgu tu cepat-cepat keluarkan file dalam bag dia dan tunjuk kat kami senarai nama calon PT3. Memang betul 10A. Tetiba terkeluar air mata aku n my hubby. haha Tapi cikgu tu pesan jangan bagitau pada Farhan lagi. So kami pun suh di berbaris ikut kelas. Tapi tengah berbaris tu cikgu tu pulak yang pecah lubang kat dia.. hahaha Dia macam tak percaya sebab dia sorang jer dapat 10A. Bila aku peluk dia baru nampak mata dia berkaca-kaca sambil cover senyum selamba badak jer. hahaha
Masa ni baru sampai. Syasya n Sofea ikut sekali.
Budak kecik ni dah tentulah ikut sekali gak.
Syahir n Aril jer tak ikut sebab Syahir baru lepas bersunat n dalam tempoh berkurung.
Aril lak kena temankan Syahir kat rumah. Dorang lagi seronok tinggal berdua, dapat main game tanpa ada orang lain kacau.
Berkumpul ngan kengkawan kelas.
Macam kakak ngan adik kan.. Phuihhh..!!
Si kecik ni asyik mengekor abang jer. Dia memang kesayangan si abang pun.
Tengah layan semut.
Time ni kami dah tahu result, so my hubby dok sibuk whatsapp ngan saper tah.
Aku pun tak tau kami tengok aper sambil aku dok pegang dagu.
Dorang dah mula berbaris ikut kelas.
Ini semua kawan kelas Farhan.
Calon semua ada seratus lebih.

Time ni semua dah dapat keputusan.
Si kecik ni tetap menyibuk.
Adik buat mata juling.
Bergambar dengan rakan sekelas. Si kecik ni menyibuk jugak kat sini.
Tak berenggang langsung ngan abang.
Kena buli tak duduk atas kerusi walaupun dapat straight A.
Dah selesai dan dah boleh balik.
Semua budak dapat file ni. 8A ke atas dapat warna hitam.
Yang lain dapat warna merah.





Ahad, Disember 18, 2016

BELAJAR GOSOK GIGI

Si kecik ni kalau dapat main air, satu jam pun takpe. Selalu sebelum tido aku akan gosokkan giginya. Tapi kali ni dia tak nak dan nak gosok sendiri. So kita biarkan.
Sebelum tu kena posing dulu.
Mula-mula kumur
Then kita gosok gigi depan, tepi, belakang dan bahagian dalam.
Waahhhh.. dah segar.. Lepas ni boleh tido nyenyak dengan teddy bear ni..