Jenguk iklan kat sini

Isnin, Ogos 31, 2015

31 OGOS MERDEKA


MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!



Tanggal Tiga Puluh Satu
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Merdeka Merdeka
Tetaplah Merdeka
Ia Pasti Menjadi Sejarah

Tanggal Tiga Puluh Satu
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Hari Yang Mulia
Hari Yang Bahagia
Sambut Dengan Jiwa Yang Merdeka

Mari Kita Seluruh Warga Negara
Ramai-Ramai Menyambut Hari Merdeka
Merdeka!
Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Hari Mulia Negaraku MERDEKA


Saya BANGGA dilahirkan di MALAYSIA..!!!


Rabu, Mei 13, 2015

ALFATIHAH UNTUK ABAH....

Alfatihah buat abahku yang telah kembali ke Rahmatullah pada 9 Mei 2015 jam 5.37 petang setelah 2 minggu kritikal di Hospital... Banyak kenangan kami sekeluarga dengan arwah abah.. Abah kena stroke pada tahun 2011.. Selama 4 tahun abah lumpuh sebelah kiri kerana serangan stroke.. Keluar masuk hospital memang dah biasa.. Dan Allah lebih menyayangi abah.. Semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amiinnnn...

Aku tak mampu taip panjang entri ini kerana air mataku laju mengalir...




Rabu, Mei 06, 2015

KEMALANGAN DUKE

Ya Allah...
Aku tak tahu nak mula macam mana.. Air mata aku dah mula menitik masa tulis entry ini.. Rasa amat2 sebak dan simpati yang amat mendalam dengan dua anak kecil ini yang telah kehilangan kedua ibu bapa dan adiknya berusia 7 bulan.. Ini semua gara-gara sekumpulan pemandu 'MYVI BODOH' yang berlumba haram di jalanraya dan telah melanggar pajero yang dinaiki suami isteri ini.. Kalau dorang yang berlumba mati takpe gak, tapi orang lain yang menjadi mangsa KEBODOHAN dorang ni..


Sebagai seorang ibu, naluri aku amat-amat tersentuh melihat wajah kanak-kanak ini.. Tak sepatutnya dorang tanggung dugaan seberat ini dikala usia yang masih kecil.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Kita mungkin lihat kanak-kanak ini tersenyum, tapi kita tak tahu apa yang tersirat di sebalik senyuman comel kanak-kanak ini kan..??


Masa menulis entry ini aku terbayang wajah anak-anak aku.. Aku memang selalu berkata pada my hubby.. "Kalaulah apa-apa jadi pada kita berdua, biarlah anak-anak dah besar dan boleh berdikari" Sebab aku tak sanggup anak-anak aku dijaga oleh orang lain.. Bagi aku orang jaga anak kita tak akan sama macam kita jaga anak-anak kita.. Kalau dengan kita, walau senakal mana sekalipun kita pasti akan marah and then kita akan sejuk semula bila lihat wajah anak-anak ketika tidur.. Berlainan jika dibawah jagaan orang lain.. Jika mereka nakal pasti akan dimarah tanpa ada perasaan dan diungkit segalanya semula.. Jadi aku lebih suka jika anak-anakku dihantar ke rumah anak yatim, kerana di situ sudah tentu mereka akan diasuh dengan sempurna, dan pelajaran di dunia dan akhirat juga akan lebih dititik beratkan.. Entahlah mungkin lain orang, lain pendapatnya.. Tapi bagi aku memang tak sanggup rasanya bila memikirkan jika perkara seperti ini terjadi.. Kalau boleh aku tak nak fikir langsung.. Tapi itulah kan.. segala ketentuan ajal dan maut di dunia ini adalah rahsia Allah.. Kalau dah tersurat benda nak jadi, tetap akan terjadi kan..? 

Kadang-kadang masa berbual kosong dengan anak sulung dan anak kedua, Syahmi dan Syasya aku selalu jugak berpesan.. "Kalaulah apa-apa jadi pada umi n babah, korang tinggal di rumah anak yatim dan korang jangan sesekali berpisah enam beradik" dan biasanya anak kedua aku si Syasya akan menangis dan minta supaya aku jangan sebut perkataan tu.. Dan aku akan nasihatkannya supaya kena terima apa juga yang Allah dah tentukan pada kita dan sekurang-kurangnya korang dah alert dengan wasiat umi nie..



Ya Allah Ya Rahman..
Kau peliharalah dan lindungilah keluargaku..
Hanya kepadaMU kami bermohon dan berlindung..





Sabtu, Mei 02, 2015

KISAH PUTERI DAN PUTERA

KISAH DONGENG PUTERI DAN PUTERA POKOK


Pada suatu hari sang Puteri duduk di bawah pokok sambil menuggu sang Putera..
Ketika duduk Sang Puteri merasa bosan..
Sang Puteri memanggil Sang Putera kerana dah bosan duduk seorang diri terlalu lama..
" Wahai Sang Putera, kenapa kamu masih tidak muncul lagi.."
"Saya sudah bosan menunggu di bawah pokok ini.."
Tiba-tiba muncullah Sang Putera di hadapan Sang Puteri.. Lalu Sang Putera pun bertanya..
"Wahai Sang Puteri, kenapa kamu memanggil saya turun dari pokok ini..?"
Jawap Sang Puteri.. "Owh.. Takde apa-apa, saya cuma bosan duduk di bawah pokok ini je.."
"Ciss.. Buang masa saya saja.." Kata Sang Putera.
Tiba-tiba Sang Putera melompat semula ke atas pokok..
"Owh mentang-mentang lah kamu boleh melompat ke atas pokok.."
Kamu eksyen dengan saya yer..!!" Kata Sang Puteri



Selasa, April 28, 2015

15 th Anniversary

Alhamdulillah..

Hari ini genap 15 tahun usia perkahwinanku bersama suami.

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau berkatilah kehidupan kami..
Kau kuatkanlah ikatan perkahwinan kami..
Kau murahkanlah rezeki kami..

Doaku buat suami tersayang...

Ya ALLAH.. Terima kasih atas keselamatan dan penyertaanMu atas suamiku hingga hari ini.. Berkatilah suamiku, lindungilah dia.. Berikanlah suamiku kesihatan dan kelancaran dalam menjalankan tanggung jawabnya.. Berilah kesabaran dan ketabahan dalam memimpin kami.. Berilah kebijaksanaan dalam menjalankan tugasnya.. Pimpin langkahnya agar mata hatinya sentiasa tertuju dalam kehendakMu.. Sampaikan berjuta sayangku untuknya.. Sampaikan sejuta cintaku padanya.. Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati.. Maka kabulkanlah doaku..Amiinn Ya Rabbal `Alamiin.. 
Ya Allah.. Engkau yang telah mempertemukan kami dalam suatu ikatan yang suci dan indah.. Buat Suamiku.. Terima kasih kepadamu yang mampu dan mahu selalu disisiku.. Memberikan hidupmu untuk melindungiku kerana Allah.. Yang mahu dan mampu berusaha mencintai diriku kerana-NYA... Ya Allah.. Berilah semua balasan dengan cinta-Mu atas kebaikan mahupun amarah suamiku.. Ya Allah..Tak terbatas rasa syukur dan terima kasih padanya yang telah bersedia bersatu denganku.. 
Ya Allah.. Sesungguhnya engkau mengetahui apa yang ada dalam hatiku.. Jika aku rindu, jagalah diriku padanya agar tidak lalai merindukan syurga-Mu... Ya Allah.. Kukuhkan ikatan kami.. Abadikan cintanya untukku kerana-Mu.. Berilah petunjuk setiap langkahnya.. Sinarilah hati kami dengan cahaya-Mu yang abadi.. Bantulah kami untuk melapangkan dada dengan keimanan dan ketaqwaan pada-Mu.. Terimalah dan kabulkanlah doa hamba-Mu ini Ya Allah... Amiinn Ya Rabbal Alamin...

Buat suamiku..
Terima kasih kerana menjadi suami yang amat baik untukku dan babah yang amat penyayang pada anak-anak.. Terima kasih juga kerana sentiasa memaafkan  segala kesalahan dan kesilapanku dan menutup segala kekuranganku.. Terima kasih kerana sentiasa menasihatiku dan memelukku ketika aku berada dalam keadaan emosi dan tekanan dari orang sekeliling yang tak pernah senang melihat kebahagiaan dan keikhlasan kita hidup bersama.. Hanya Allah yang tahu betapa ku amat menyayangimu..

Sabtu, April 18, 2015

ANUGERAH CEMERLANG SMK KING EDWARD VII

Hari ini my hubby kena hadir ke Hotel SSL Traders sebab anak sulung aku dalam tingkatan 2 dapat Anugerah Cemerlang dalam pelajaran. Alhamdulillah. Harap abang dapat score 8A exam PT3 untuk tahun 2017 nanti ye sayang.. Tapi kalau tak dapat 8A pun tak pe asalkan abg dah berusaha dan tak berputus asa.. Umi n Babah sentiasa doakan kejayaan anak-anak.. Kalau anak-anak berjaya pun bukannya untuk umi dan babah, tapi untuk diri korang sendiri jugak kan..? Umi n babah akan cuba berikan yang terbaik dan cari duit untuk anak-anak, tugas korang hanya belajar di samping tak lupa berdoa pada Allah agar dipermudahkan semuanya.. Aku tak ikut so tak boleh nak cerita banyak.. Layan jerlah gambar di bawah ni ekk..

Tu diaa.. Satu bas sudah mari.. Ini student dari asrama SMK King Edward..
Lobi Hotel tempat pendaftaran.. Ramai jugak yang hadir..

Suasana dalam dewan hotel..
Pasukan kompang untuk sambut tetami VIP..
Tetamu VIP masuk ke dewan dengan diiringi paluan kompang..
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Hj. Muhammad Amin bin Zakaria,
Pengerusi Jawatankuasa  Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Perak..
Tukang bawak bunga manggar.. Eh dik apsal pejam mata..?? hehehe
Pengetua SMK King Edward VII..

Amboi babah dok baca apa tu.. Bercermin mata macam superman.. hahaha
Babah gosok hidung ker korek hidung tur..??
Dah boring letew sbb ayang tak ikut kan..??
Antara student yang akan terima anugearah..
Abang with his friend..
Wah seronok sambil melambai pulak ko yer bang..
Pasukan pancaragam sekolah..
Berapa besar trompet daa...
Dah penat berdiri.. duduk pulak.. berat giler nampaknya trompet tu khen..
Tuan Pengetua sedang beri ucapan..
Yang Berhormat pulak beri ucapan dan kata-kata semangat pada student yang hadir..


Majlis penyampaian Sijil Anugerah Cemerlang..
Apasal la ko bukak kot pulak ni bang..
Panas ekkk..??
By the way.. Tahniah pada abang aka Farhan Syahmi di atas penganugerahan sijil Anugerah Cemerlang dalam pelajaran.. We are proud of you.. We love u so much..


Khamis, April 16, 2015

DUA BUDAK NAKAL

Dua budak nakal yang selalu 'make my blood go upstairs'.. hahaha... Budak berdua ni memang rapat.. Tapi dalam masa yang sama suka bergaduh.. Kalau dorang duduk diam-diam dalam bilik berdua tu ada la benda yang dorang tengah buat yang kengkadang boleh buat aku nak naik angin.. Tapi cepat-cepat istighfar.. Sebab bila dorang tau aku nak marah jer, mesti cepat-cepat dorang kemas macam lipas kudung n laju-laju keluar dari bilik, tak toleh kiri kanan n tak berani pandang pun muka aku.. Terus aku tak jadi nak bebel.. hahaha.. Nakal kan korang ni..?

Muka masing-masing mintak lempang..!!
Bergaduh macam mana pun tetap ke hulu ke hilir berdua..
Tapi senakal-nakal dorang nie, tetap manja..
Kalau tengok tv, dua-dua kalau boleh nak tidur atas peha aku or my hubby..
Kengkadang kalau aku tengah baring pun suka benor nak menghimpit n tonyoh-tonyoh muka kat celah ketiak aku nie (Ketiak umi wangi kan..??)..
Mat bunga..
Gediks..
Nak tunjuk garang leteww...!!
 Tapi bila dua-dua tengah tidur, rasa sayu pulak tengok muka..
Sebab tu aku tak boleh nak marah lama-lama dorang nie..
Apalah yang dorang tahu kan..?
Yang dorang tahu makan, main n tido je kerjanya..
Saaayang sangat ngan dua Budak Nakal nie..