Jenguk iklan kat sini

Ahad, Oktober 23, 2016

JUARA DUNIA MUAY THAI

Hari ni bawak dorang pergi Aeon, sebab nak tengok kawan Syahir n Aril buat persembahan Muay Thai. Kawan dorang ni namanya Iskandar Zulkarnain umur 12 tahun dan dia adalah Juara Dunia dalam Muay Thai dan diberi gelaran sebagai Khuntab Iskandar. Guru Besar sekolah dorang minta tolong My Hubby untuk membantu beliau untuk memastikan kelancaran persembahan nanti.. My Hubby ok jer memang no hal lah.. So di sini korang boleh tengok gambar-gambarnya. Bukan senang nak dapat gelaran juara dunia.

Tengah bersiap sebelum persembahan..
Iskandar ni darjah 6 tapi badan kecik je..
Kecil-kecil cili padi..

Baju biru ni adiknya.. Satu kelas dengan Aril, darjah 3..
Dorang akan beraksi berdua atas pentas..
Sengih jer.. Dorang nie berminat gak dengan Muay Thai ni..
Bergambar bersama nenek Iskandar..
Persembahan bermula..
Sesi panaskan badan dulu..



Latihan bersama ayahnya..





Sesi berlawan berdua adik beradik..


Si adik kena belasah dengan abang..


Nampak jer kecik tapi tak nak mengalah..



Selepas persembahan diadakan soalan kuiz.. Siapa yang dapat jawab akan dapat hadiah..

Hadiah disampaikan oleh Guru Besar dan Khuntab Iskandar..
Senyum seronok dapat hadiah..
Amboi babah pun gumbira nampaknya..
Untung berniaga???
Dah selesai.. Sesi bergambar pulak..
Bergambar kenangan sekeluarga bersama Juara Dunia Muay Thai Khuntab Iskandar.
Anak sulung aku jer takde dalam gambar ni..
Aku pun nak bergambar ngan juara dunia gak..
Aril bersama best friend muay thai..

BFF bergambar kenangan.
Ini juara nak mintak lempang..
Okay chow chin chowww...
Dekat rumah dorang ber 'Muay Thai' berdua pulak dahh..
Berangan ler korang..



Sabtu, Oktober 15, 2016

TERJEBAK HASUTAN LAGI...!!

Baru balik dari pasar tani. Budak berdua ni asyik nak mengekor jer keje dorang. Aku kalau pergi pasar tani ni paling tak leh tahan bila tengok bunga yang dijual. Dalam hati dah nekad tak nak beli, tapi bila dah nampak depan mata terbeli lah pulokkk.. haha... Kengkadang bila aku tak nak beli, my hubby plak dok racun otak aku suh beli.. Dia kat cantiklah, uniklah, warna camni tak pernah ada lagilah.. Last-last aku pun terpengaruh dan terjebak oleh hasutannya.. So bukannya salah aku tapi kena salahkan dia.. hik hik hik..



Dua budak comot..
Inilah rose yang berjaya mempengaruhi otak aku supaya dibeli..
Bunganya besar giler.. 
Aku beli dua jenis.. warna merah dan ungu..
Ini warna merah.. belakang kelopaknya putih..
Ini warna ungu..
Cantik giler...
Ini pokok strawberry.. my hubby yang beria-ia nak beli..

Lepas ni tak payah beli strawberry.. Petik jer dari pasu.. hahahaha





Isnin, Oktober 10, 2016

GOOD LUCK FOR PT3

Hari ni anak sulung aku si Farhan akan menduduki PT3. Umi n Babah harap Farhan akan dapat melalui peperiksaan ini dengan tenang ye.. Umi, Babah dan adik-adik akan sentiasa doakan kejayaan abang..

GOOD LUCK FOR YOUR PT3 2016..!!






Isnin, September 05, 2016

UPSR 2016

Hari ini bermulalah peperiksaan UPSR 2016.. Aku yang rase gemuruh tak tentu hala.. Pagi-pagi lagi aku n my hubby asyik pesan kat Sofea jangan lupa baca doa sebelum masuk dewan, selawat banyak-banyak time buka kertas soalan.. UPSR tahun ni agak mencabar sikit sebab 6 mata pelajaran.. Hope Sofea dapat laluinya dengan tenang dan aman.. Aku sebagai seorang ibu sentiasa doakan kejayaan setiap anak dan selebihnya serahkan pada Allah.. Tak kisahlah apa keputusan yang bakal dia dapat kelak.. Masa depan anak-anak masih panjang dan masih banyak lagi liku-liku yang harus dorang hadapi nanti.. Kami sebagai ibu bapa akan sentiasa beri sokongan pada anak-anak.. Aku n hubby tak pernah push anak-anak dalam pelajaran.. tak nak dorang stress.. Kalau stress apa pun tak boleh.. haha


Good Luck sayang...!!
We are alwanys support you dear..!!
All the best..!!