Jenguk iklan kat sini

Ahad, Januari 10, 2016

AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Hari minggu kengkadang malas nak kemana-mana.. Tapi boring pulak dok rumah, so ajak dorang sarapan kat taman tasik jerlah..


Tuan belog..
Budak kecik rambut serabut ala-ala kpop..
Nie lagi serabut.. Baju dia pakai sendiri.. 
Dah sampai kat taman baru aku perasan dia butangkan baju senget.. 
Dah macam pak uda pi mai pi mai tang tu lah pulak.. hahahaha
Wah dah macam hero tamil orang kat belakang tu..
Tiga anak dara.. ehh dua anak dara yang dah meningkat remaja..

Macam sebaya jer kan.. Puiii..!! Kan dah kata aku ni tak makan tua tapi aku makan nasi.. hahaha
Muntah hijooo...
Wajah kesayangan hamba..
Bawak makanan dalam bakul jer.. Ada roti canai, kit kat, oreo, roti gardenia ngan madu n kaya dan kek coklat n velvet.
Babah buat perangai loqlaq..
Yeahh.. Adik dah ready nak bawak kereta ronda-ronda taman tasik ni..
Umi lempang kang..!!
Pemandangan cantik kat taman tasik ni..
Bergambar kat pokok hantu..
Peace ya all..!!
Cepat jalan... Hati-hati nanti eksiden..
Posing jap..
Pantang nampak air korang ni kan..!
Dua anak dara yang punya minat sama.. Kpop tak habis-habis..
Sampaikan kalau dalam kereta tak boleh dengar lagu lain..
Asyik lagu kpop jerk.. Minat sangat ngan korea..
Siap boleh baca tulisan korea pulak tu.. Dorang belajar sendiri..
Nanti nak masuk universiti, korang pegi belajar kat korea nun..
Kesian babah kena tinggal bawak bakul makanan..
Dah malas nak kendong bakul.. Kereta ni jadik mangsa tolong bawak barang..
Korang pulak kontrol kereta ni yerr..
Ini dua ekor pantang nampak air.. Kalau bagi kebenaran mandi, dah lama dorang terjun dalam sungai tu..
Kami berdua muda remaja lagi.. Baru lapan blas taun tau.. 
Mak aaii.. Aku dah kemetot kat dalam gambar nie..
Cepat betul korang besar ekkk.. Korang makan aper haaa..??
Babah kene pau beli aiskrim pulakk..
Hahahaha.. Babah dah garu kepala.. Setiap sorang nak dua batang aiskrim... Kopakkk..!!
Lawan baling batu.. Saper yang baling paling jauh..
Jangan kena kepala orang kat seberang tasik tu dah le yer..
Siap pegi kutip batu pulak tu..
Aikk..!! Babah pun nak join jugak..?? Aku ingatkan dia nak larang anak-anak..
Rupanya dia yang lebih-lebih.. Siap ambik batu besar pulak tu..
Tengok perangai laki aku.. Dia yang lebih dari budak-budak nie..
Lantak koranglah.. Jangan sampai benjol kepala sudah..
Si abang kena gigit pacat.. Bukannya dia geli.. Siap boleh main-main lagi ngan pacat tu..
Korang berdua layanlah abang main pacat yer.. Umi geli..
Tengok tu, Syahir siap gentel-gentel pulak pacat tu.. Kesian ko pacat..
Saper suruh ko hinggap kat anak aku.. Memang ko takkan selamatlah wahai pacat..
Seronok jugak sekali sekala jalan-jalan kat taman tasik nie kan..
Dah lama tak bawak dorang beriadah..
Dua budak Poyo..
Si abang yang selalu kena buli oleh dua budak pompuan ni..
Kengkadang bergurau tepuk tampar lama-lama bergaduh..
Tapi yang senangnya dorang boleh belajar sama-sama..
Kalau si adik tak paham, si abang akan ajar sampai adik paham..
Sampai stress si abang mengajar dorang.. Asyik melawan jer..
Okey jom balik.. Wah kuat betul awek ni.. Siap angkat motor lagi..
Babah nak buat loqlaq lagi..
Bawak kereta melintas guna remote kontrol..

Okey kat sini ada bonggol.. So kereta ni kena angkat..
Sambung balik menuju ke tempat parking..
Ok.. Done.. Dah boleh balik..
On the way balik, nampak pulak brother chinese nie tengah melukis..
So berenti jap tengok.. Anak-anak aku memang suka..
Cantik betul lukisan dia..
Dia lukis pemandangan nie.. Dah seminggu dah katanya dia lukis pemandangan nie..
Memang terbaik bro...
Sampai rumah teringat ada beli salad n sayur-sayuran..
So kita rebus-rebus buat macam johnnys jer lah..
Broccoli & karot
Sawi cina, isi ketam, sosej dan cendawan putih..
Kita rebus jer ngan kiub pati ayam.. Then boleh makan.. Yummy..!!
Lepas makan berendam pulak..
Takpe asalkan korang bahagia..



Isnin, Ogos 31, 2015

31 OGOS MERDEKA


MERDEKA..!! MERDEKA..!! MERDEKA..!!



Tanggal Tiga Puluh Satu
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Merdeka Merdeka
Tetaplah Merdeka
Ia Pasti Menjadi Sejarah

Tanggal Tiga Puluh Satu
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Hari Yang Mulia
Hari Yang Bahagia
Sambut Dengan Jiwa Yang Merdeka

Mari Kita Seluruh Warga Negara
Ramai-Ramai Menyambut Hari Merdeka
Merdeka!
Tiga Satu Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh
Hari Mulia Negaraku MERDEKA


Saya BANGGA dilahirkan di MALAYSIA..!!!


Rabu, Mei 13, 2015

ALFATIHAH UNTUK ABAH....

Alfatihah buat abahku yang telah kembali ke Rahmatullah pada 9 Mei 2015 jam 5.37 petang setelah 2 minggu kritikal di Hospital... Banyak kenangan kami sekeluarga dengan arwah abah.. Abah kena stroke pada tahun 2011.. Selama 4 tahun abah lumpuh sebelah kiri kerana serangan stroke.. Keluar masuk hospital memang dah biasa.. Dan Allah lebih menyayangi abah.. Semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Amiinnnn...

Aku tak mampu taip panjang entri ini kerana air mataku laju mengalir...




Rabu, Mei 06, 2015

KEMALANGAN DUKE

Ya Allah...
Aku tak tahu nak mula macam mana.. Air mata aku dah mula menitik masa tulis entry ini.. Rasa amat2 sebak dan simpati yang amat mendalam dengan dua anak kecil ini yang telah kehilangan kedua ibu bapa dan adiknya berusia 7 bulan.. Ini semua gara-gara sekumpulan pemandu 'MYVI BODOH' yang berlumba haram di jalanraya dan telah melanggar pajero yang dinaiki suami isteri ini.. Kalau dorang yang berlumba mati takpe gak, tapi orang lain yang menjadi mangsa KEBODOHAN dorang ni..


Sebagai seorang ibu, naluri aku amat-amat tersentuh melihat wajah kanak-kanak ini.. Tak sepatutnya dorang tanggung dugaan seberat ini dikala usia yang masih kecil.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Kita mungkin lihat kanak-kanak ini tersenyum, tapi kita tak tahu apa yang tersirat di sebalik senyuman comel kanak-kanak ini kan..??


Masa menulis entry ini aku terbayang wajah anak-anak aku.. Aku memang selalu berkata pada my hubby.. "Kalaulah apa-apa jadi pada kita berdua, biarlah anak-anak dah besar dan boleh berdikari" Sebab aku tak sanggup anak-anak aku dijaga oleh orang lain.. Bagi aku orang jaga anak kita tak akan sama macam kita jaga anak-anak kita.. Kalau dengan kita, walau senakal mana sekalipun kita pasti akan marah and then kita akan sejuk semula bila lihat wajah anak-anak ketika tidur.. Berlainan jika dibawah jagaan orang lain.. Jika mereka nakal pasti akan dimarah tanpa ada perasaan dan diungkit segalanya semula.. Jadi aku lebih suka jika anak-anakku dihantar ke rumah anak yatim, kerana di situ sudah tentu mereka akan diasuh dengan sempurna, dan pelajaran di dunia dan akhirat juga akan lebih dititik beratkan.. Entahlah mungkin lain orang, lain pendapatnya.. Tapi bagi aku memang tak sanggup rasanya bila memikirkan jika perkara seperti ini terjadi.. Kalau boleh aku tak nak fikir langsung.. Tapi itulah kan.. segala ketentuan ajal dan maut di dunia ini adalah rahsia Allah.. Kalau dah tersurat benda nak jadi, tetap akan terjadi kan..? 

Kadang-kadang masa berbual kosong dengan anak sulung dan anak kedua, Syahmi dan Syasya aku selalu jugak berpesan.. "Kalaulah apa-apa jadi pada umi n babah, korang tinggal di rumah anak yatim dan korang jangan sesekali berpisah enam beradik" dan biasanya anak kedua aku si Syasya akan menangis dan minta supaya aku jangan sebut perkataan tu.. Dan aku akan nasihatkannya supaya kena terima apa juga yang Allah dah tentukan pada kita dan sekurang-kurangnya korang dah alert dengan wasiat umi nie..



Ya Allah Ya Rahman..
Kau peliharalah dan lindungilah keluargaku..
Hanya kepadaMU kami bermohon dan berlindung..





Sabtu, Mei 02, 2015

KISAH PUTERI DAN PUTERA

KISAH DONGENG PUTERI DAN PUTERA POKOK


Pada suatu hari sang Puteri duduk di bawah pokok sambil menuggu sang Putera..
Ketika duduk Sang Puteri merasa bosan..
Sang Puteri memanggil Sang Putera kerana dah bosan duduk seorang diri terlalu lama..
" Wahai Sang Putera, kenapa kamu masih tidak muncul lagi.."
"Saya sudah bosan menunggu di bawah pokok ini.."
Tiba-tiba muncullah Sang Putera di hadapan Sang Puteri.. Lalu Sang Putera pun bertanya..
"Wahai Sang Puteri, kenapa kamu memanggil saya turun dari pokok ini..?"
Jawap Sang Puteri.. "Owh.. Takde apa-apa, saya cuma bosan duduk di bawah pokok ini je.."
"Ciss.. Buang masa saya saja.." Kata Sang Putera.
Tiba-tiba Sang Putera melompat semula ke atas pokok..
"Owh mentang-mentang lah kamu boleh melompat ke atas pokok.."
Kamu eksyen dengan saya yer..!!" Kata Sang Puteri