Jenguk iklan kat sini

Jumaat, Disember 05, 2014

MASAK AWAL PAGI



Salam..
Hari ni aku bangun awal sikit sebab nak masak untuk anak-anak sebelum pegi kerja.. Dorang nak makan Sambal tumis ikan dan sup kentang bersama suun dan fucuk. Selalunya aku jarang masak awal-awal ni sebab my hubby akan belikan dorang makanan, tapi disebabkan anak-anak nak makan, aku sebagai umi yang prihatin sanggup bangun awal dan keletung kelentang kat dapur memasak. Sofea dah cakap awal-awal semalam sebelum tido supaya kejutkan dia, nak tolong aku masak katanyer.. Good girl.. Dia memang rajin bantu aku masak dan dia memang minat masak. Kalau boleh nak jadi Chef pastry katanyer..  So bangunlah kami berdua. Aku goreng ikan, Sofea tolong rebus kentang dan masak nasi. Lepas habis masak mandi dan bersiap nak pegi kerja.. Sofea nak ikut pulak my hubby hantar aku pegi kerja.. Cuti sekolah ni, relax sikit tak de lah kelam kabut sangat.. Kalau tidak pepagi dah kena kejutkan sorang-sorang suh mandi dan siap nak ke sekolah..
Biasanya aku n my hubby akan bekpes dulu sebelum pegi kerja.. So hari ni seronok la sofea dapat bekpes ngan umi n babah yer..
Aku tengah pikirkan ke mana nak bawa anak-anak berjalan cuti sekolah nie.. Nak bercuti di tepi laut or pantai takut pulak sebab sekarang nie musim hujan dan banjir.. Tak pe nanti umi tanya encik google, kat mana tempat menarik yang boleh kami sekeluarga bercuti.. Aku pun dah tak sabar nak bercuti nie.. dah letih sangat..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan