Jenguk iklan kat sini

Sabtu, November 19, 2016

PEKEBUN JAYA

Hari ni my hubby nak jadi pekebun berjaya. hahaha
Nak try tanam terung dan bendi.
Semai dalam bekas telur.
Benih terung dan bendi.
Ini pokok mulberi. My hubby beli untuk tanam dalam pasu besar.
Anak-anak aku suka makan buah ni.
Pokok kecik tapi buah berjuntaian.
Buah Mulberi yang dah masak ranum.
Pokok bunga Mexican Petunia pink.
Aku suka bunga ni sebab senang dijaga dan tahan panas.
Tiap-tiap hari akan mengeluarkan bunga. Kami dah ada warna ungu.
Masa pegi kedai bunga ternampak ada warna pink, apa lagi terus sambar ler.
Petunia Ungu.

Semai anak benih dalam bekas telur.
Ini pokok Syahir. Dia tanam pokok bunga butang.
Okey sekarang kita tunggu benih ni bercambah jer.
Lepas ni tak payah beli sayur di pasar lagi.
Wahh berangannn.......





Khamis, November 17, 2016

RESULT UPSR 2016

Alhamdulillah result UPSR 2016 keluar hari ni. Dari semalam jantung aku berdebar-debar. Sofea pun agak stress malam semalam tapi my Hubby dah pesan jangan terlalu fikirkan sangat lagipun ini hanya peperiksaan kecil jer. Peperiksaan yang sebenar-benar adalah SPM sebab itu adalah hala tuju masa depan, so dia cool balik. hehe.. UPSR 2016 ni agak mencabar sebab 6 subjek dan format peperiksaan juga berbeza dari tahun sebelum ini. Banyak yang kantoi subjek BI Penulisan dan subjek Sains.

Sofea mula-mula macam tak konfident sangat dengan keputusan, sebab dia takut akan dapat C untuk subjek Sains tapi Alhamdulillah sebab dapat 4A 2B. Budak kelas Sofea yang konsisten 6A dari awal tahun pun dapat B untuk subjek BI Penulisan. Memang nampak Frust muka budak tu. Aku ngan my Hubby dah tahu keputusan Sofea lebih awal sebelum cikgu bagi lagi sebab kami semak SMS online. Lega sangat bila dia dapat 4A 2B sebab kami tahu dia dah berusaha untuk mantain dengan subjek yang dia agak lemah. Bukan senang nak mantain subjek killer ni.
Tahniah sayang.
We are proud of you.
Mata merah sebab menangis dan lega dengan keputusan.
Bunga tu my Hubby dah order dari semalam lagi. Buat surprise macam Syasya dapat result UPSR 2014 dulu. Maklumlah anak perempuan 2 orang jer. Kena adil kan? Syasya diraikan dengan bunga, Sofea pun kena diraikan dengan bunga jugak.



Ahad, November 06, 2016

BERIADAH

Time cuti kengkadang malas nak kuar rumah. So beriadah kat kawasan rumah jer lah.
Ini adalah aktiviti hari ni. Apa lagi main beskal ler..

Babah tengah betulkan tayar kasi laju sket. hehehe
Si kecik ni dah berdesup tak pandang kiri kanan dah..
Jangan nak merempit pulak ekk..!!
Tak cukup siang, sambung malam pulak..
Seronok korang ye..

Berpeluh-peluh, padahal baru jer mandi sebelum maghrib tadi.
Kalau dapat main kat luar, tak tido pun takpe..
Lepas ni kena mandi semula ye.. Kalau tak tido kat luar.. haha



Rabu, November 02, 2016

DANDELION

Kat depan rumah aku tumbuh pokok bunga rumput yang cantik. Syasya kata nama bunga ni Dandelion dan dia memang minat dengan bunga Dandelion ni dan dah lama teringin nak tengok depan mata. Rupa-rupanya tumbuh kat depan rumah jer.. Tapi kalau Dandelion original bunganya warna kuning dan besar. Ini spesies yang bau-bau bacang jer ni, walaupun sama tapi tak serupa.. Yang original kat luar negara ada ler.. Takpe lah, dapat tengok yang ni pun jadilah ye daripada takde..

Cantik kan..?
Bunganya bila dah matang akan keluarkan bulu-bulu..
Ini bercabang tiga.. Abaikan pasu aku yang dah pecah tu yer..
Inilah Dandelion original.. Pokok ni adalah sejenis herba..
Daun, akar dan bunganya boleh dimakan..
Tapi jangan pulak makan bunga yang dah jadi bulu putih tu yer.. Nak mamposs..
Bunga kuningnya boleh di rendam dalam air teh.. Daunnya boleh dimakan mentah atau dimasak..
Kalau ada dijual benih kat sini dah lama aku beli ni..
Dandelion ini adalah bunga liar yang senang tumbuh di padang rumput yang luas. Nama dandelion ni diambil dari bahasa Perancis iaitu "Dant De Lion" yang merujuk kepada helaian daunnya yang bergerigi seperti gigi singa.

Inilah daun dandelion yang dikatakan seperti gigi singa.

Bunga dandelion, dilihat sangat rapuh tapi kuat dan indah. Kuat menentang angin, boleh terbang tinggi dan menjelajah udara sehingga akhirnya ia singgah di tempat baru dan tumbuh pula menjadi kehidupan baru.

Fakta Menarik tentang Dandelion:
1. Dandelion adalah tumbuhan herba yang boleh mencapai 17 inci tinggi. Batangnya adalah berongga.
2. Dandelion mempunyai 2 hingga 10 inci daun hijau panjang yang membentuk roset pada pangkal batang. Daun bergigi di tepi.
3. Dandelion mempunyai bunga kuning-oren, bunga kecil dikenali sebagai florets ray. Bunga akan kembang pada waktu subuh dan ditutup pada waktu malam.
4. Bunga kuning bertukar menjadi bola puff yang terdiri daripada sejumlah besar buah-buahan  (benih) dipanggil achenes. Benih dandelion mempunyai sambungan cakera di atas yang bertindak seperti payung terjun dan memudahkan penyebaran oleh angin.
5. Seed (benih) boleh melakukan perjalanan 5 batu sebelum ia akhirnya mencapai permukaan tanah.
6. Dandelion menyerupai matahari, bulan dan bintang pada bahagian-bahagian tertentu dalam kitaran hayatnya. bunga kuning kelihatan seperti matahari, kepala bulat dengan benih kelihatan seperti bulan manakala bersurai benih kelihatan seperti bintang.
7. Nama dandelion berasal dari perkataan Perancis "dent de lion" yang bermakna gigi singa. Nama ini diberi kerana daunnya bergigi seperti gigi singa.
8. Dandelion adalah sumber yang kaya dengan vitamin A, C dan K. Ia juga mengandungi tahap yang tinggi zat besi, kalsium dan kalium. Dandelion digunakan terutamanya dalam masakan Asia, sering dijadikan sebagai bahan salad dan sandwic.
9. Akar dandelion boleh digunakan dalam pengeluaran wain dan bir. Akarnya juga boleh digunakan sebagai pengganti kopi.
10. Dandelion digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat jangkitan dan gangguan hati. Teh yang dibuat daripada dandelion bertindak sebagai diuretik (memudahkan perkumuhan air kencing).
11. Haiwan seperti burung, serangga dan rama-rama makan madu atau benih dandelion.
12. Getah cecair yang dihasilkan dalam batang mengandungi lateks (bahan yang serupa dengan getah). Ahli-ahli sains mencipta spesies baru dandelion yang menghasilkan susu getah yang berkualiti tinggi dalam jumlah yang lebih besar. jenis getah ini mempunyai potensi untuk menggantikan getah dalam pengeluaran tayar dalam masa terdekat.
13. Sesetengah orang mungkin mengalami tindak balas alahan (dermatitis) selepas menyentuh atau memakan dandelion.
14. Dandelion berguna dalam taman-taman kerana ia meningkatkan kualiti tanah dengan meningkatkan kandungan nitrogen dan mineral lain.
15. Beberapa spesies dandelion boleh hidup selama dua tahun, manakala yang lain boleh hidup lebih lama lagi.
16. Sesetengah masyarakat percaya jika meniup Dandelion ke udara segala hajatnya yang terpendam akan dibawa oleh Dandelion tersebut.
Okey sekarang sesi meniup bunga Dandelion..
Si kecik ni pun nak meniup jugak.. Dahlah togel tak pakai baju..




Ahad, Oktober 30, 2016

BAPA KEJAR ANAK

Anak sulung aku ni memang suka menyakat sikit.. Kengkadang dia suka bagi sakit hati.. Muka selamba jer tapi dalam selamba tu ada jer dia nak mengusik orang.. Ini aku tak tau apa yang dia sakat my hubby sampai my hubby kejar dia keliling taman..

Adalah tu yang tak kena.. 
 Running Man...!!!
Stoppp.. !! Amik gambar kat pokok ni jap..
Cantik pulak pokok ni..
 My hubby datang join jer, si Farhan dah mula standby nak lari lagi..
1, 2, 3 Cheeseeeee.......!!
My hubby memang suka melayan dorang ni.. Tu pasallah dorang suka buli dia..
Tengok tu keliling pokok dorang berlari.. Yang lain masih tegak pandang kamera nak ambik gambar..
Sekali lagi acara Running Man bermula.. Dah macam kejar Kwang Soo pulak..
Kuat sikit lari tu babah..
Babah dah semput.. Separuh jalan jer dapat kejar.. hahahaha



Sabtu, Oktober 29, 2016

PIKACHU

Hari ini 29.10.2016 adalah birthday Syasya.. Dia minat sangat Pikachu.. My hubby dah planning lama nak belikannya patung pikchu.. Rupa-rupanya kawan chinese dia pun belikan patung pikachu jugak.. haha.. Rosak plan.. Kawannya bagi patung yang kecik comel jer..
Inilah patung pikachu yang kawan sekolahnya bagi..
Comelll.....
Yang besor tu my hubby belikan, then senyap-senyap letak kat sebelah Syasya time dia tengah tido..
Bangun pagi dia ingatkan dia peluk pikachu kecik.. Rupanya peluk yang besor punyerrr..
Suka giler dia..
Tengah baca kad ucapan birthday dari adik-adiknya..
Ini kad dari Sofea.. Lukisan tak berseni langsung.. hahaha
Ucapan dari Sofea..
Ini dari Syahir.. Siap ada duit lima posen lagi..
Ayat touching giler.. Tulisan.. emm no comment.. haha
Dalam perjalanan nak pegi breakfast.. Pikachu ni jer dah penuh kereta..
Breakfast kat gerai jer.. Makan roti canai telur sorang 2 bijik..
Aku makan nasi dagang..

Then dorang nak pegi main badminton kat lake garden..
Tengah berjalan nampak pokok ni.. Bunga warna ungu.. Cantik sangat..
Macam pokok bunga sakura..


Terus dorang excited nak bergambar..
Cuaca pulak mendung dan sejuk jer..
Terus feeling macam duduk bawah pokok sakura kat Jepun.. haha
Berangan lah korang
Bunga berguguran
Daun tak banyak sangat tapi bunga punyalah lebat
Cantik bunganya, macam bunga loceng
Tiga abdul main badminton


Dua lawan satu

Macam terror benor
Aril pandang apa tu? Macam cemas jer..
Oh.. Ada monyet rupanya


Dua anak dara ni memang tak boleh berenggang ngan babah..
Cuaca kat tasik ni mendung dan sejuk tapi tak hujan.. Nyaman jer..
Tetiba nampak banyak giler pepatung..
Agaknya pepatung ni nak bertelur dalam tasik ni kot..
Si kecik ni excited bila nampak monyet.
Jangan dik monyet tu garang, kang di cekaunya ko dia bawak lari..

Masing-masigng melayan perasaan
Samseng giler ni.. Tak takut kat orang langsung..
Kita pulak takut kat dia..
Siap berdiri lagi.. Usha ape agaknya..
Dua BFF yang selalu make my blood go upstairs.. hahaha
Babah tu dah kenapa..??? Joging ke nak menari??
Ku kejar bayang yang berliku.. Macam hero gila-gila remaja lak gayanya..
My heroes in my hearts

Bergambar kat bunga janda kaya..
Cantik jugak bunganya.. Tapi kenapa namanya janda kaya..?
Mungkin asalnya dulu janda kaya jer yang suka tanam kot.. hehe
Cantik kan??
Kelopaknya warna pink dan lebar. Ada pulak bunga kecil warna kuning yang menambahkan seri.
Aku suka gambar ni..
Terserlah keakraban dan kasih seorang ayah terhadap anak.
Dari kecil asyik mengekor babah jer..
Ni operasi mengendap.. Si kecik kat belakang pun bersekongkol ngan babah.
Pilih pokok masing-masing untuk posing ekk..
Okey sekarang terapi kaki.
Berjalan di atas batu akupunture. Eh.. betul ke aku eja ni..? Ahh..lantaklah janji paham.. hehehe
Standy sebelum berjalan atas batu ni.
Yang besar boleh tahan lagi.. Kalau yang kecik punyalah sakit bila nak pijak..
Macam duri..
Dorang saja susun tajam camni..

Try jalan tengok.. Babah pun tak leh nak kontrol sakit..


Si kecik ni jugak cerdik.. Dia pakai kasut jer.. Rilek jer jalan atas batu tu..


Syahir n Sofea try lompak pulak
Babah dera Syahmi
Tengah cuba sedaya upaya untuk tidurkannya di atas batu ni..
Akhirnya berjaya dengan bantuan Syahir
Kasut Syahmi disorok oleh babah.. Asyik kena buli ngan babah.
Kalau babah tak buli dia.. dia pulak yang buli babah
Akhirnya Mr Cinderella berjaya jumpa kasutnya setelah berpeluh-peluh mencari..
On the way nak balik ternampak pokok bunga ni pulak..
Cantik sungguh dengan bunganya yang berketul-ketul.

Apa nama bunga ni aku pun tak tau.
Bunganya lebih kurang macam bunga belimbing.. Warna pun lebih kurang sama.
Alamak ada kerta kecik parking sebelah laa..
Oh cik Pikachu rupanya..