Jenguk iklan kat sini

Selasa, Oktober 25, 2016

DRAWING

Anak lelaki sulung aku ni memang minat sangat dengan lukisan. So my hubby belikan dia buku lukisan untuk dia conteng segala apa yang nak dilukis. Sebelum ni dia asyik melukis atas kertas A4 jer. Kali ni kita bagi kat di kertas lukisan supaya dia puas melukis.

Inilah kertas lukisan yang my hubby belikan untuknya..
Kulitnya tebal..
Isinya pun tebal gak..

Inilah antara lukisan yang dah dilukis oleh Farhan.. Sebenarnya banyak lagi tapi aku malas nak ambik gambar.. So aku tunjuk sebahagian jer lah.. Dia minat melukis macam-macam benda.. Gambar rumah, gambar bangunan, gambar orang, gambar galaksi, gambar kereta cangih-cangih, macam-macam lagi lah yang dia rasa nak lukis.

Ini gambar galaksi
Ini gambar Park Cho Rong kumpulan Apink korea..
Aku ingatkan dia tekap dan lukis, rupanya tidak.. Kalau tekap mesti sama besar kan..?
Ok laa.. not bad sebagai pelukis sambilan.. hehe
Masin belum lengkap lagi.. Nak touch up sikit lagi lagi katanya..
Ini gambar ruang tamu dalam rumah. Belum diwarnakan lagi.
Ini gambar rumah banglo katanyer..
Ini pun banglo jugak..
Ini pun rumah banglo. Tapi dia tak warnakan lagi..
Ini aku tak tau, mungkin lukisan untuk lepaskan tekanan kot..
sebenarnya banyak lagi nanti aku masukkan dalam entry yang lain..
Farhan ni minat sangat melukis dan dia bercita-cita nak jadi arkitek..
InsyaAllah mudah-mudahan tercapai impian anak umi.. Aminnn...!!




Ahad, Oktober 23, 2016

JUARA DUNIA MUAY THAI

Hari ni bawak dorang pergi Aeon, sebab nak tengok kawan Syahir n Aril buat persembahan Muay Thai. Kawan dorang ni namanya Iskandar Zulkarnain umur 12 tahun dan dia adalah Juara Dunia dalam Muay Thai dan diberi gelaran sebagai Khuntab Iskandar. Guru Besar sekolah dorang minta tolong My Hubby untuk membantu beliau untuk memastikan kelancaran persembahan nanti.. My Hubby ok jer memang no hal lah.. So di sini korang boleh tengok gambar-gambarnya. Bukan senang nak dapat gelaran juara dunia.

Tengah bersiap sebelum persembahan..
Iskandar ni darjah 6 tapi badan kecik je..
Kecil-kecil cili padi..

Baju biru ni adiknya.. Satu kelas dengan Aril, darjah 3..
Dorang akan beraksi berdua atas pentas..
Sengih jer.. Dorang nie berminat gak dengan Muay Thai ni..
Bergambar bersama nenek Iskandar..
Persembahan bermula..
Sesi panaskan badan dulu..



Latihan bersama ayahnya..





Sesi berlawan berdua adik beradik..


Si adik kena belasah dengan abang..


Nampak jer kecik tapi tak nak mengalah..



Selepas persembahan diadakan soalan kuiz.. Siapa yang dapat jawab akan dapat hadiah..

Hadiah disampaikan oleh Guru Besar dan Khuntab Iskandar..
Senyum seronok dapat hadiah..
Amboi babah pun gumbira nampaknya..
Untung berniaga???
Dah selesai.. Sesi bergambar pulak..
Bergambar kenangan sekeluarga bersama Juara Dunia Muay Thai Khuntab Iskandar.
Anak sulung aku jer takde dalam gambar ni..
Aku pun nak bergambar ngan juara dunia gak..
Aril bersama best friend muay thai..

BFF bergambar kenangan.
Ini juara nak mintak lempang..
Okay chow chin chowww...
Dekat rumah dorang ber 'Muay Thai' berdua pulak dahh..
Berangan ler korang..