Jenguk iklan kat sini

Khamis, Oktober 03, 2013

Pokok bunga raya putih tapi berbunga pink..

Aku ada tanam pokok bunga raya putih. Lagipun orang kata pokok bunga raya putih ni ada khasiat dari segi perubatan kan? Tapi baru-baru ni pokok bunga raya putih ni mengeluarkan bunga warna pink.. Aku pun tak tau kenapa mungkin pokok ni dah dikacukkan kot.. Bunganya bukanlah warna pink kesemua kelopak, tapi hanya satu kelopak bunga jer warna pink.. Cantik pulak..




Cuba tengok perbezaan bungan atas ngan bawah..
Yang atas tu kelopaknya warna pink..
Ini warna putih..
Ini pulak campur kelopak pink..
Cuba tengok perbezaannya..
Cantik khenn..



Ni sajer aku letak dalam air..
Bagi bunga ni berendam..


Aku rasa bunga raya ni mungkin dah dikacukkan kot.. dorang kawinkan pokok bunga raya putih ngan warna pink.. sebab tu dia jadi warna camni.. Agaknya lah kott.. Aku pun tak tau..



Isnin, September 30, 2013

TUNGGU HELIKOPTER TIMBALAN PERDANA MENTERI LANDING

Salam.

Hari ni nak citer pasal Timbalan Perdana Menteri datang kt tempat aku.. So pepagi lebih kurang kul 8 kami bawa anak-anak ke padang sekolah menengah untuk tunggu TPM datang ngan helikopter.. My kid dah excited giler nak tunggu heli landing.. So lebih kurang kul 9.30 pagi heli askar berlegar-legar di ruang udara n then landing ler kad padang.. Tapi tak de sesapa turun pun.. dorang duduk jer dalam heli tur.. Anak aku tanya "kenape tak de orang turun pun? Kata TPM nak datang" My Hubby kata "Mungkin TPM terlepas heli ni kot. Pastu naik heli lain" hahaha.. boleh camtu..? sengal punya jawapan.. Lebih kurang 10 minit tetiba ada sebuah lagi heli berlegar-legar. Heli ni kecik sikit. Heli pasukan Maritim Malaysia. Heli ni landing n matikan enjin jer terus berpusu-pusu orang pegi ke arah heli tu.. Owh rupanya TPM naik heli Maritim. Heli askar tadi cuma jadi pengiring jer.. Untuk tujuan keselamatan kot..



Helikopter Maritim Landing..
Aku malas nak amik gambor TPM sebab ramai sangat yang serbu..

Lepas TPM kuar jer kitorang apa lagi terus pegi kat Heli Maritim tu..
Anak aku dah tak sabo dah nie..
Kualiti gambar kurang memuaskan..

Bergambor dulu..
Anak lelaki aku memang minat sangat kat Helikopter..




Makin lama makin dekat pegi kat Heli tu..


Ambik gambor kat bahagian ekor pulak..





Pramugari Helikopter.. hehehe


Si abang memang teruja sangat..
Siap tanya kat abang tu macam mana nak jadi juruterbang heli..
Abang tu cakap matapelajaran Matematik, BI dan Sains kena pandai..
Itu memang subjek kegemaran abang pun khenn..?

Abang belajar pandai-pandai, lepas tu nak jadi arkitek ker juruterbang ker sumer boleh..




Inilah Helikopter saya..

Ada sesiapa nak tumpang..




Wah siap berangan lah pulak korang yer..
Dorang ni memang peminat Helikopter n kapatebang..
Kalau beli mainan tu memang heli n kapatebang menjadi pilihan..
Korang belajar jer pandai-pandai n hidup berjaya dan banyak duit..
Pastu korang beli heli sorang sebijik n landing kat rumah..
Umi n Babah nak p mana-mana tak payah susah-susah.. hahaha
Verangan tak sudah..






Jumaat, Julai 05, 2013

MAKAN PIZZA

Hari ni pergi makan Pizza ngan kengkawan sbb member belanja lepas dapat duit tanggung kerja.. hehehe.. Kami pegi time rehat hari Jumaat.. Memula ingat nak makan KFC, tapi tak jadik.. So decide pegi makan Pizza jer lah.. Lagi sodap khenn..

My friend.. Umo sebaya tapi dia senior aku dalam pejabat..
Bekerja ngan member sebaya ni best sbb tak banyak songeh..
Lagipun kengkadang sekepala n sengal boleh tahan.. hahaha
Akak sebelah kanan tu ler yang belanja kitorang.. tengkiuuu..
Akak sebelah kiri tu yang bawak kitorang ngan keretanya.. ngeh ngeh ngeh..
Pinggan sudah marii...
Pizza pulak sudah mariii..
Amboii.. Tak sabor dah yer..
Wah gelojoh nampakk..hahahaha
Time makan pun nak posing..
Nyam.. Nyam.. Nyam..
Sedapnya orang belanja..
Wah..!! Sampai licin ko kebas yer labuuu..
Apa boleh buat encikkk.. Rezeki Allahh...!!
Dah kenyang pon posing lagikk..
Muka aku dah lah sememehh..


Khamis, Mei 23, 2013

Bakal Arkitek Kapal Terbang

Mayday.. mayday.. kapal tebang n heli nak berlepas.. sila beri kebenaran..

Ini helikopter tempur..
Tapi yang peliknyer kenapa kapal terbang n heli ni tak de tayar ekk...!!??
Inilah dia kapal terbang n helikopter ciptaan anak sulung aku..
huhuhu... Habis buku sekolah ko koyak buat kapal terbang n heli ye bang..??
Padahal dah banyak mainan kapal terbang n heli dah ada.. tak cukup ke bang..?
Inilah dia si pereka kapal terbang n heli kertas..
Kreatif jugak rupanya ko ni ye bang..?
Nampaknya umi n babah tk yah beli mainan lagi lah lepas ni..
Sebab abang dah boleh rekacipta sendiri khennn..!!?
Lepas ni kalau cina nak sembahyang n bakar kertas boleh order ngan abang jer kan..??
Selalu dorang bakar kertas bentuk rumah n kereta jer kan..
Lepas ni boleh la bakar kertas kapal terbang n heli pulak kann..??
Good idea.. boleh buat bisnes ni.. hahahar.. Sempuuutttt...!!!