Jenguk iklan kat sini

Selasa, Ogos 21, 2012

Raya Balik KL

Petang raya pertama kami bertolak balik ke KL rumah family my hubby. Seminggu jugakla kami kat sana. So macam biasalah, kalau dah balik kl, anak2 aku ni memanjang nak p klcc.. ntah apa yang dorang suka sangat pun aku tak tau.. My hubby ikut jer kerenah anak2 ni..


Tapi sebelum pegi KLCC kami singgah rumah kakak my hubby dulu..
Anak-anak aku nak jumpa sepupunya..
Anak kakak ipar aku tiga orang dan semuanya perempuan so anak lelaki aku
tak de geng laa kat sini.. hehehe
Inilah anak kakak ipar aku, sepupu kesayangan kedua anak perempuanku..
Maklumlah anak kakak ipar aku ni rajin melayan dorang berdua ni.. tu yang suka sangat tu..
Lepak-lepak jap sambil tengok tv.. pastu choww ke KLCC..
Gemuksnyer aku dari belakang..
Takpe lepas bersalin nanti gerenti aku kurus balik.. hik hik hik
 KLCC... GUA DATANGGG...!!
Dah besar anak-anak umi yer...






Si kakak tengah asyik ngan handphone..
Aksi-aksi mat rempit..


Mat rempit KLCC..
Babah melayan Ipad je kejenyerr..

Main game leteww..
Kat air pancut, taman KLCC..
Hero Malaya..









Dah puas berjalan kat luar.. kita jalan kat dalam pulak.. Nak p tengok wayang Ice Age 4..
Terserempak ngan Afdlin Shauki (boboyot).. Dia pun bawak anak-anaknya tengok wayang..
Apa lagi anak2 aku teruja nak ambik gambo..
Tapi nak cepat punya pasal time snap tu tangan bergoyang sikit.. Sebab tu gambo kelabu..
Lepas tengok wayang pusing-pusing lam klcc lagi.. Ambik gambo lagi..
Umi dah letih laa.. Dah la bawak baby lam perut nie..
Dua anak dara yang dah makin membesar..
Tiga anak teruna ni pun dah makin membesar..
Babah jer mantain badan walaupun anak dah 5 dan nak tambah sorang lagi baby hujung tahun nie..
Apa rahsianya..?? ce citer ce citer...
Bersusun macam tangga.. Lepas ni ada sorang lagi hero bakal muncul dalam familyku..
Insyaallah Disember nanti..




Ahad, Ogos 19, 2012

PAGI RAYA 2012..

Tahun ni tema warna raya adalah cream.. Nampak suci murni jer pagi raya pakai warni nie.. hik hik hik.. Kami tiap tahun memang suka pakai sedondon sebab rasa cam best jer kalau pakai sama kaler nie khenn.. 


Boys..
Girls..
Sweet couple.. Sweet ker..? haha
Selamat hari raya darling.. Maaf jika ada salah dan silap yer..
Eh cam tak ikhlas jer mintak maaf.. hehehe

Selamat Hari Raya Kepada Semua yang mengenali or tidak mengenali keluargaku ini..
Ampun dan maaf dipinta jika ada terlanjur kata mahupun perbuatan..




Isnin, Ogos 13, 2012

BIRTHDAY FAHRIN

Anakku si Fahrin Syahir genap 7 tahun pada 13 Ogos 2012. Birthdaynya kali ni jatuh pada bulan puasa. Tapi nak juga kek. Kami memang selalu belikan kek bila tiba hari lahir setiap anak. Kali ni kami order kek dari Secret Recipe.. Bukan main suka lagi dia.. Aku ingat kecik jer kek ni.. Rupanya besor bebenor.. Puas makan.. Ini New Arrival punyer kek, so mahal sikit lah.. Tapi tak pe janji dia happy.. Sila abaikan gambar yang agak berserabut di belakang sebab langsir takde, aku bukak untuk basuh.. Maklumlah dah dekat nak raya ni khenn..

Kebetulan dia pakai baju sama pulak ngan kek..
Memang canti kek ni rasa sayang pulak nak makan..
Cream dia tebal ko..
Okey kita taruk lilin 7 batang..
Nyalakan api..
Peacee..
 Satu, dua, tigaaa.. tiup lilinnn..
Happy birthday sayang.. We love u soooo muchhh..!!






Sabtu, Julai 07, 2012

Mood Mendung...

Dah lama tak update blog. Mood x berapa nak ok .. Mood pregnant yg keenam.. huhuhu... Tapi sib baik hubby amat memahami.. Sumer keja umah dia yg bereskan.. Keja aku hanya makan, tido n  rehat jerk.. Aku pun tk sangka pregnant lagi... Allah nak bagi rezeki... Alhamdulillah Syukur.. Anak2 aku happy sangat bila dengar nk dapat baby.. Dorang tau seronok jer.. Tak tau yg uminya ni kekadang ok kekadang tak ok.. Tapi kali ni aku tak de la morning sicknes teruk sangat.. cuma yg tak tahan tu asyik sakit kepala jer.. celik mata jer berdenyut-denyut kepala.. kekadang my hubby kena sediakan roti ngan air oren tiap2 pagi.. sbb aku kena jamah sikit sebelum bangun.. kalau tak mmg tak boleh tahan pusing kepala pening ni.. Kesian gak tengok my hubby buat sumer keja umah, tapi dia mmg tk penah merungut pun.. Ate dia mmg excited nk dapat baby kann..?! hehehe.. So kena layan ler kerenah aku yg mmg mengada-ngada ni kan..?!

So nanti mood aku ok, aku update ler belog aku ni.. Skang aku nk rehatttt....................!!!!!!!!!


Khamis, Jun 28, 2012

HAPPY BESDAY MY LOVE


Happy Birthday my COACHNIKE28 ...
28 JUN 2012

SEMOGA PANJANG UMUR, SENTIASA SIHAT DAN CERIA SELALU..

You're not just my husband, you're also my best friend.
I am so lucky to have a husband like you.
 Thanks for all the support that you have given to me and family.
Happy birthday dear.
PEACEEEE..!!

WE LOVE U SO MUCH..!!



KAJIAN METAFIZIK BAGI TARIK LAHIR 28.06.68

ELEMENT TENAGA DIRI DAN 5 JENIS TENAGA ASAS YANG MEMBENTUK/MEMPENGARUHI PERSONALITI ANDA

1.      Elemen Tenaga Diri anda adalah KAYU/POKOK – Kekuatan anda adalah
         pada ilmu, minda dan tindakan.
2.      Ilmu dan perancangan, kehidupan, pandai, bijaksana, suka ilmu@merancang, ada nilai seni, boleh dipercayai, pandai masak.
3.      Sosial, berkawan, bertuah, menarik sokongan/penyokong, menarik wanita/lelaki, ‘suka keluar malam’.
4.      Mudah rezeki – duit, bijaksana, pemimpin, utamakan keluarga.
5.      Sendiri – tidak bergantung pada orang lain (independent), menarik pendengki & cemburu.

ADA 9 JENIS TENAGA YANG MEMBENTUK/MEMPENGARUHI KELAKUAN (PERILAKU DAN TINGKAHLAKU) ANDA ADALAH :

1.      Menarik pengikut@penyokong/personality moden & stylish, TAPI : Kerja sendirian demi mengejar kewangan/kejayaan.
2.      Punya prinsip hidup/suka & selalu berjalan/rezeki juga di luar zon tempat tinggal (bisnes/kerja) TAPI : ada cabaran, syarat perlu konsisten untuk Berjaya.
3.      Ada orang sudi bantu duit/rezeki/modal & orang akan datang minta bantuan duit (pinjam).
4.      Sibuk merancang/banyak idea tapi kurang dilaksana/sentiasa mencari peluang (ilmu ekonomi)/perancangan kerap berubah & mungkin gagal memuaskan banyak pihak/cabaran dalam keluarga/rumahtangga/tidak suka orang ramai/suka menyendiri.
5.      Bersikap ‘friendly’ / terima nasihat dari orang lain/menarik penyokong.
6.      Karier@kerja bergantung pada mulut : menyanyi, berucap, mengajar, debat, jualan, pemasaran dll/ fikiran sistematik/tersusun, TAPI : banyak cakap/tarik pendengki/cakap lepas/kadangkala mulut laser.
7.      Cabaran dalam kewangan/wang perlu dirancang/berhati-hati dalam berbelanja.
8.      Tenaga perancang kewangan/duit dibelanja dengan perancangan/hati-hati/fikir sebelum berbelanja/belanja atas ilmu@untuk belajar.
9.      Boleh merencana/merancang sendiri/belajar sendiri/ilmu mudah dapat. TAPI : perancangan kerap terganggu/perancangan dirahsia/cabaran dari perancangan.

Ahad, Mei 20, 2012

KEK YANG TAK SANGGUP NAK MAKAN..

Korang suka kek..? Mesti suka kan..? Aku pun suka gak.. Tapi kalaulah time hari jadi aku dapat kek macam kat bawah ni.. memang comfirm aku tak tergamak nak makan.. Korang lak sanggup ker nak makan.. memanglah kek ni boleh dimakan tapi yang menjadi masalahnya tekak aku rasanya tak leh nak terima bila tengah nak suap tu dok terbayang yang bukan-bukan jer kan..?!

 Kek hantu casper..
 Kek hantu kubur.. Siap ada ulat lagi kat belang turr.. eeee..
 Kek bijik mata..
 Kek potong kepala..
 Kek kala jengking..
 Kek labah-labah..
 Ini kek perempuan gila kot.. hehehe..
 Warrgghh..!! Makan budakk..!!
 Kek kepala tak betul kot (Kepala senget)..
 Bijik mata jugak..
 Kek jejari hantu.. kira ok ler sikit kan..?!
 Kek keranda..
 Kek zombie.. Goli den..
 Kek kepala potong..
Kek isi perut.. Yuckhh..!! Muntah hijau..



Selasa, Mei 01, 2012

KUCING KATAK

Duduk macam katak..
 Suke benor duduk macam patah kaki..
Mungkin nak sejukkan bawah badan kot..