Jenguk iklan kat sini

Khamis, Disember 15, 2011

MAKAN TIME..........

Bawak dorang makan kat Seri Malaysia.. Layan jer gambo2 nie..
Gambo kelabu sikit sbb snap ngan hp jer..

Three Pink Panther Girls..
 Three Stoogers..
Apa tengok-tengokkk..!!
hehehe... Macan kerang busuk..
Model seluar dalam.. Aauuwww...!!
Perasan macho..
Makan time.. nyam..nyam..nyam...
Slluurrpppp..!!
Emm.. Sedapnya puding nii...
Waa.. banyaknya gelas kat meja abang..
Kembung perut ko bang..
Poya makan popia.. hehehe
Aril mamam ABC..
Banyaknya makanan.. Sila la pilih sampai penuh pinggan ye..
Syedaapppp..
Sedapnya ABC nie.. Aril buat sendiri tau..
Tak habis lagi kaut makanan kat belakang tu..
Babah tengah melayan anak melantak..
Muka sememeh jerk..!! Tak make up.. maleh aku aihhh..
Peaceee....!! Baju biru kat sebelah tu anak buah aku..
Okehh.. dah kenyang jom kita balik..
Nanti jap.. sofea nak posing dulu laa..
Angkat tangan bagi nampak ketiak..
Perut dah kenyang.. Lepak kat lobi Seri Malaysia.. 
Bergosip sambil bergelak ketawa..
Ntah apa yang dikelentong oleh babah sampai syasya ketawa besor gitu...
Amboiihhh..!! Tersandar anak aku.. Perut dah kenyanggg....!!
Lepas tu chaw chin chawww...!!
Nanti kita datang lagi.. Sesekali bawa anak-anak kuar makan kat hotel ni ok jugak..
Bagi dorang ubah selera dan seronok sikit..
Kengkadang dorang pun boring gak makan kat rumah jerk..
Sekali sekala boleh la.. Kalau hari-hari kepala bapak ko jadi botak chin.. haha




Selasa, Disember 13, 2011

KARTUN KEGEMARAN ZAMAN KANAK-KANAK

Korang ada kartun kegemaran zaman kanak-kanak..? Tentu ada kan..? Aku pun tak ketinggalan minat kartun2 nie.. Antara kartun2 kegemaran aku adalah seperti di bawah.. Ini antara kartun tahun 1980an..
masa tu aku di sekolah rendah lagi..

Gabannn...!!
Dia akan bertukar wajah jadi Gaban dalam masa 0.05 saat jer..
Memang minat habis..
Kesatria Baja Hitam...
Ini pun minat giler..
Sanggup ponteng mengaji.. huhuhu..
Mickey mouse klasik..
The Smurfs.. Aku selalu berangan,
kalau jumpa smurfs ni aku nak buat rumah kasut untuk dorang.. hehehe..
Thunder..!! Thunder..!! Thundercats...!! Hoooooo...!!!!
Lepas tu pedang dia jadi panjang..
Time tu mmg teruja giler.. hahahaha...
I am popeye the sailorman.. tut.. tuuutttt..!!
Flinston..Kalau pakai kereta camni best..
Tak payah pening pasal harga minyak naik kan..?!
Button moon... button moon....
Aku tak tau kalau korang masih ingat kartun ni..
Tapi aku memang suka tengok siri kartun ni.. Boleh terleka..

Scooby Do bydo.. where are you..
Kartun ni selalunya pasal hantu..
Tapi at last hantu tu sebenarnya manusia yang menyamar..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Itu antara watak2 kartun yang aku ingat laa.. sebenarnya masih banyak lagi.. Tapi aku tak berapa nak ingat laa.. Maklumlah kan melayu mudah lupa.. hehehe..
Dan cepat je masa berlalu..Dunia dah maju zaman pun dah berubah.. 
Dan kartun pun dah banyak yang baru kan..?
 Di bawah ni antara kartun2 zaman sekarang dan menjadi kegemaran anak2 aku pulak..


Snow white..
Strawberry Short Cake..
Barbie..
Princess..
Princess and Friends..
 Dora & Deigo besama boots dan bag pack..
Di atas ni antara kartun kegemaran kedua-dua puteri aku..

Dan..

Di bawah ni pulak kartun kegemaran ketiga-tiga putera aku..
Ultraman..
Ultraman Tiga.. Ultraman Taro.. Ultraman Cosmos.. Ultraman Mebius..
Ultraman apa lagi ntah laa.. Banyak sangat nama..
Time aku dulu tak banyak sangat ultraman ni..
Sekarang ni Ultraman dah berkeluarga dan ada macam2 nama..
Anak-anak aku pandai la menyebutnya..
 Ben 10
 Detective Conan..
Penyiasat kes pembunuhan..
 Spongebob Squarepants..
Anak bongsu aku minat ni..
Crayon Sinchan nakal yang tak boleh belah..
Doraemon and the gang.. Time aku dulu pun minat jugak..
Kartun ni paling lama bertahan sampai bergenerasi.. Macam Ultraman jugak kan..?
 Tom & Jerry..
Zaman aku dulu pun layan jugak kartun nie..
Dan sekarang aku layan ngan anak2 aku pulak..
Mickey Mouse Club House..
Banyak lagu2..
Upin Ipin..
Sekarang ni Malaysia pun dah boleh hasilkan kartun sendiri..
Boboiboy..

Inilah antara kartun2 zaman dulu dan sekarang..
Korang pulak.. apa kartun kegemaran korang..??!

Jumaat, Disember 09, 2011

SEBAB MENCINTAIKU...

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka....

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
 
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
 
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
 
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
 
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
 
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata berbisik kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu..
 
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….. 
 
Betul.. CINTA tidak memerlukan SEBAB kerana ia lahir semulajadi di dalam jiwa yang ikhlas jika kita mencintai seseorang.. 
 

Khamis, Disember 01, 2011

TIDUR TERAPUNG..!!

Korang pernah tido sambil terapung dalam air..??!! Mesti tak pernah kan..?? Aku pun tak pernah.. Tapi tengoklah gelagat anak aku ni..hehehe.. Orang yang terror berenang pun tak leh buat camni kan..?? Kat rumah tak pernah dia tido waktu siang.. asyik main je sampai letih.. bila dah letih camni la jadinya..Kat mana sempat jer dia akan landing tido... Respek betul laaa...

Macam mangsa tsunami jerk..!! hehehe..
Memang nyenyak betul dia tido..
Mimpi apa la agaknya ekk..??!
"Jom umi bawak Aril berenang n pusing satu kolam ni ye.."
"Umi buat la apa pun.. Aril tak kesahhhh..!!"
"Aril tengah mimpi bidadari ni.."
Tengok dia kat belakang aku tu..
Aku biar dia terapung sorang-sorang..
Sementara kami teruskan dengan aktiviti berenang kami..
Seronok tak hengattt..!!
 Kalau dapat berendam sehari suntuk pun tak de hal..
 
Tukar posisi pulak.. My hubby tukar posisi pun dia dah tak sedar dah..
Memang mengantuk tahap gaban ni..
Tido dalam imannn ..
Aku nk try jugak tido.. tapi tak leh..
Kena beli pelampung kot baru boleh lena.. huhuhu