Jenguk iklan kat sini

Isnin, Oktober 10, 2011

Menu Hujung Minggu..

Kekadang time cuti susah betul nak pikir menu tengah hari.. Kebetulan dah pegi kebun abah n ada pulak buah mangga tengah lebat kat atas pokok.. apa lagi tanpa membuang masa terus ambik sebanyak yang boleh.. Dapatlah satu beg plastik..dekat nak 3 kilo jugak laa.. So dapat idea nak buat kerabu mangga..


Mangga muda.. Kecur air liur..
Senang jer buat.. Goreng Kacang, ikan bilis..
kemudian tumbuk tapi jangan sampai lumat sangat.. bagi kasar sikit..
Tumbuk belacan.. hiris mangga, cili padi, cili merah dan serta bunga kantan kecil-kecil..
Then gaul kesemua bahan tersebut.. Perah limau nipis..
Dah siap menu pertama.. Sedappp..
Ini pulak pucuk daun salang..
 
Aku buat sayur air je.. Sedap jugak..
Daun ni boleh juga buat sayur lemak..
Tapi sebab dah malas nak perah santan, buat jer menu yang senang..
Basuh bersih dan potong kecik-kecik..
Rebus air..
Masukkan cili merah, bawang putih dan bawang merah yang dipotong..
Masukkan jugak ikan bilis..
Kalau nak tambah ubi keledek pun boleh jugak..
Bila dah mendidih masukkan pucuk salang..
Biar ia mendidikh lama sikit sbb daun ni lambat masak..
Lepas tu tambah la garam n ajinomoto ikut cita rasa masing-masing..
Dah masak pun menu kedua..

Ini menu ketiga.. Ini resepi simple from My hubby..
Potong ayam kecil-kecil dan gaul dengan garam dan kunyit..
Goreng ayam sampai garing..

Potong cili, bawang putih dan merah
Potong sayur Brocoli..

Bila ayam dah garing.. Buang sikit minyak..
Masukkan bawang putih n merah..
Then masukkan brocoli..
Masukkan kicap tiram.. Bubuh sikit air..
Masukkan cili.. gaul rata..

Dah siappppp..

Apa lagi bolehlah makan yee..!!
Simple tapi menyelerakan..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan