Jenguk iklan kat sini

Rabu, November 02, 2016

DANDELION

Kat depan rumah aku tumbuh pokok bunga rumput yang cantik. Syasya kata nama bunga ni Dandelion dan dia memang minat dengan bunga Dandelion ni dan dah lama teringin nak tengok depan mata. Rupa-rupanya tumbuh kat depan rumah jer.. Tapi kalau Dandelion original bunganya warna kuning dan besar. Ini spesies yang bau-bau bacang jer ni, walaupun sama tapi tak serupa.. Yang original kat luar negara ada ler.. Takpe lah, dapat tengok yang ni pun jadilah ye daripada takde..

Cantik kan..?
Bunganya bila dah matang akan keluarkan bulu-bulu..
Ini bercabang tiga.. Abaikan pasu aku yang dah pecah tu yer..
Inilah Dandelion original.. Pokok ni adalah sejenis herba..
Daun, akar dan bunganya boleh dimakan..
Tapi jangan pulak makan bunga yang dah jadi bulu putih tu yer.. Nak mamposs..
Bunga kuningnya boleh di rendam dalam air teh.. Daunnya boleh dimakan mentah atau dimasak..
Kalau ada dijual benih kat sini dah lama aku beli ni..
Dandelion ini adalah bunga liar yang senang tumbuh di padang rumput yang luas. Nama dandelion ni diambil dari bahasa Perancis iaitu "Dant De Lion" yang merujuk kepada helaian daunnya yang bergerigi seperti gigi singa.

Inilah daun dandelion yang dikatakan seperti gigi singa.

Bunga dandelion, dilihat sangat rapuh tapi kuat dan indah. Kuat menentang angin, boleh terbang tinggi dan menjelajah udara sehingga akhirnya ia singgah di tempat baru dan tumbuh pula menjadi kehidupan baru.

Fakta Menarik tentang Dandelion:
1. Dandelion adalah tumbuhan herba yang boleh mencapai 17 inci tinggi. Batangnya adalah berongga.
2. Dandelion mempunyai 2 hingga 10 inci daun hijau panjang yang membentuk roset pada pangkal batang. Daun bergigi di tepi.
3. Dandelion mempunyai bunga kuning-oren, bunga kecil dikenali sebagai florets ray. Bunga akan kembang pada waktu subuh dan ditutup pada waktu malam.
4. Bunga kuning bertukar menjadi bola puff yang terdiri daripada sejumlah besar buah-buahan  (benih) dipanggil achenes. Benih dandelion mempunyai sambungan cakera di atas yang bertindak seperti payung terjun dan memudahkan penyebaran oleh angin.
5. Seed (benih) boleh melakukan perjalanan 5 batu sebelum ia akhirnya mencapai permukaan tanah.
6. Dandelion menyerupai matahari, bulan dan bintang pada bahagian-bahagian tertentu dalam kitaran hayatnya. bunga kuning kelihatan seperti matahari, kepala bulat dengan benih kelihatan seperti bulan manakala bersurai benih kelihatan seperti bintang.
7. Nama dandelion berasal dari perkataan Perancis "dent de lion" yang bermakna gigi singa. Nama ini diberi kerana daunnya bergigi seperti gigi singa.
8. Dandelion adalah sumber yang kaya dengan vitamin A, C dan K. Ia juga mengandungi tahap yang tinggi zat besi, kalsium dan kalium. Dandelion digunakan terutamanya dalam masakan Asia, sering dijadikan sebagai bahan salad dan sandwic.
9. Akar dandelion boleh digunakan dalam pengeluaran wain dan bir. Akarnya juga boleh digunakan sebagai pengganti kopi.
10. Dandelion digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat jangkitan dan gangguan hati. Teh yang dibuat daripada dandelion bertindak sebagai diuretik (memudahkan perkumuhan air kencing).
11. Haiwan seperti burung, serangga dan rama-rama makan madu atau benih dandelion.
12. Getah cecair yang dihasilkan dalam batang mengandungi lateks (bahan yang serupa dengan getah). Ahli-ahli sains mencipta spesies baru dandelion yang menghasilkan susu getah yang berkualiti tinggi dalam jumlah yang lebih besar. jenis getah ini mempunyai potensi untuk menggantikan getah dalam pengeluaran tayar dalam masa terdekat.
13. Sesetengah orang mungkin mengalami tindak balas alahan (dermatitis) selepas menyentuh atau memakan dandelion.
14. Dandelion berguna dalam taman-taman kerana ia meningkatkan kualiti tanah dengan meningkatkan kandungan nitrogen dan mineral lain.
15. Beberapa spesies dandelion boleh hidup selama dua tahun, manakala yang lain boleh hidup lebih lama lagi.
16. Sesetengah masyarakat percaya jika meniup Dandelion ke udara segala hajatnya yang terpendam akan dibawa oleh Dandelion tersebut.
Okey sekarang sesi meniup bunga Dandelion..
Si kecik ni pun nak meniup jugak.. Dahlah togel tak pakai baju..




1 ulasan:

  1. Nak jumpa dandelion sebenar pergi ke Cameron Highland.. cari area Berichang..

    BalasPadam