Aku memang minat bunga.. Biasanya aktiviti masa lapang aku ialah berkebun.. Suami aku pun minat gak menanam.. kiranya citarasa kami ni sama.. Bukan pe.. dengan berkebun ni sekurang-kurangnya boleh tenangkan fikiran aku.. Tambahan pula jika bunga yang kita tanam tu dah mula mengeluarkan kuncup then mula berkembangan.. Memang hati pun akan berbunga-bunga..
Ini pokok bunga mawar (rose)
Pokok ni kalau tanam memang senang hidup..
Tapi pokok ni jenis tinggi.. bila dah tinggi baru akan mengeluarkan bunga..
Ini memang masa tengah berbunga lebat..
Memang cantik bunganya.. Wangi..
Ini tanam dalam pasu.. Kecil je bunganya..
Mawar Kuning..
Mawar Oren Kekuningan..
Mawar merah darah.. Baru nak mula kembang..
Bila dah kembang.. cantik sungguh..
Kat salah satu kelopaknya ada jalur putih..
Ini pucuk bunga Zinnia.. Aku memang suka tanam bunga ni..
Bunga ni senang hidup dan tahan lama..
Bunga Zinnia yang mula kembang..
Bunga Zinnia pink..
Bunga Zinnia Merah
Zinnia pelbagai warna..
Ini aku tak pasti pulak bunga apa..
Tapi cantik jugak..
Warna ungu..
Ni pun aku tak tau nama bunga apa..
Tapi bunga ni akan mula kembang jam 9 atau 10 pagi..
Bila tengah hari dia akan mula menguncup..
Kalau tanam banyak memang cantik..
Boleh buat tanaman pagar.. Sebab berbunga banyak.
Ini bunga keembung.. Lagi mudah membiak..
Ini bukan pokok bunga..
Pokok ni korang kenal? Inilah terung belanda..
Biasanya orang buat masak sambal..
Atau rebus buat ulam dan makan dengan sambal belacan..
Inilah antara pokok-pokok yang ada di sekeliling rumah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan