Jenguk iklan kat sini

Khamis, April 16, 2015

DUA BUDAK NAKAL

Dua budak nakal yang selalu 'make my blood go upstairs'.. hahaha... Budak berdua ni memang rapat.. Tapi dalam masa yang sama suka bergaduh.. Kalau dorang duduk diam-diam dalam bilik berdua tu ada la benda yang dorang tengah buat yang kengkadang boleh buat aku nak naik angin.. Tapi cepat-cepat istighfar.. Sebab bila dorang tau aku nak marah jer, mesti cepat-cepat dorang kemas macam lipas kudung n laju-laju keluar dari bilik, tak toleh kiri kanan n tak berani pandang pun muka aku.. Terus aku tak jadi nak bebel.. hahaha.. Nakal kan korang ni..?

Muka masing-masing mintak lempang..!!
Bergaduh macam mana pun tetap ke hulu ke hilir berdua..
Tapi senakal-nakal dorang nie, tetap manja..
Kalau tengok tv, dua-dua kalau boleh nak tidur atas peha aku or my hubby..
Kengkadang kalau aku tengah baring pun suka benor nak menghimpit n tonyoh-tonyoh muka kat celah ketiak aku nie (Ketiak umi wangi kan..??)..
Mat bunga..
Gediks..
Nak tunjuk garang leteww...!!
 Tapi bila dua-dua tengah tidur, rasa sayu pulak tengok muka..
Sebab tu aku tak boleh nak marah lama-lama dorang nie..
Apalah yang dorang tahu kan..?
Yang dorang tahu makan, main n tido je kerjanya..
Saaayang sangat ngan dua Budak Nakal nie..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan