Jenguk iklan kat sini

Selasa, April 28, 2015

15 th Anniversary

Alhamdulillah..

Hari ini genap 15 tahun usia perkahwinanku bersama suami.

Ya Allah Ya Tuhanku
Kau berkatilah kehidupan kami..
Kau kuatkanlah ikatan perkahwinan kami..
Kau murahkanlah rezeki kami..

Doaku buat suami tersayang...

Ya ALLAH.. Terima kasih atas keselamatan dan penyertaanMu atas suamiku hingga hari ini.. Berkatilah suamiku, lindungilah dia.. Berikanlah suamiku kesihatan dan kelancaran dalam menjalankan tanggung jawabnya.. Berilah kesabaran dan ketabahan dalam memimpin kami.. Berilah kebijaksanaan dalam menjalankan tugasnya.. Pimpin langkahnya agar mata hatinya sentiasa tertuju dalam kehendakMu.. Sampaikan berjuta sayangku untuknya.. Sampaikan sejuta cintaku padanya.. Sungguh Engkau Maha Mengetahui segala isi hati.. Maka kabulkanlah doaku..Amiinn Ya Rabbal `Alamiin.. 
Ya Allah.. Engkau yang telah mempertemukan kami dalam suatu ikatan yang suci dan indah.. Buat Suamiku.. Terima kasih kepadamu yang mampu dan mahu selalu disisiku.. Memberikan hidupmu untuk melindungiku kerana Allah.. Yang mahu dan mampu berusaha mencintai diriku kerana-NYA... Ya Allah.. Berilah semua balasan dengan cinta-Mu atas kebaikan mahupun amarah suamiku.. Ya Allah..Tak terbatas rasa syukur dan terima kasih padanya yang telah bersedia bersatu denganku.. 
Ya Allah.. Sesungguhnya engkau mengetahui apa yang ada dalam hatiku.. Jika aku rindu, jagalah diriku padanya agar tidak lalai merindukan syurga-Mu... Ya Allah.. Kukuhkan ikatan kami.. Abadikan cintanya untukku kerana-Mu.. Berilah petunjuk setiap langkahnya.. Sinarilah hati kami dengan cahaya-Mu yang abadi.. Bantulah kami untuk melapangkan dada dengan keimanan dan ketaqwaan pada-Mu.. Terimalah dan kabulkanlah doa hamba-Mu ini Ya Allah... Amiinn Ya Rabbal Alamin...

Buat suamiku..
Terima kasih kerana menjadi suami yang amat baik untukku dan babah yang amat penyayang pada anak-anak.. Terima kasih juga kerana sentiasa memaafkan  segala kesalahan dan kesilapanku dan menutup segala kekuranganku.. Terima kasih kerana sentiasa menasihatiku dan memelukku ketika aku berada dalam keadaan emosi dan tekanan dari orang sekeliling yang tak pernah senang melihat kebahagiaan dan keikhlasan kita hidup bersama.. Hanya Allah yang tahu betapa ku amat menyayangimu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan