Jenguk iklan kat sini

Ahad, Disember 18, 2011

Operasi Melicinkan Buah..

Hujung minggu biasalah kan... Dah tak de keje nak dibuat.. Kami ramai2 buat operasi panjat pokok rambutan dan licinkan buah yang ada kt atas pokok.. hehehe.. Sebelum ni aku ada buat entry pasal musim buah kayu kan..?  Rujuk kat sini
Sekarang ni buah2 kayu dah mula masak.. So apalagi kan.. kita serangggg..

Tukang panjat ialah my hubby..
kami tukang tengok n tukang bagi arahan kt bawah pokok jer..
Ooooooo.. Bapak tarzan panjat pokok..
Aku ngan my sister dok kat bawah pokok jer..
Bagi arahan dahan mana yang patut ditebang..
Gambar kelabu siott..
Lepas panjat.. Dahan harus ditetak lagi..
Supaya senang kami nk tolong amik buah n tolong makan..
Macam nk mengamuk je bang..
 Samurai..!!
Cantas dahan supaya senang nk kumpulkan buah..
 Longgokan buah yang dah ditebang dari dahan..
Buah bersepah-sepah..
Masing2 teruja kutip buah.. hehehe
My kids & my sister kids, masing2 tolong kumpul buah..
Yang sebenornya tolong makan yang lebih..

Lelong.. Lelong.. Murah2..
Buah fresh..baru turun dari pokok..!!
 Ini pokok buah dokong..
Ala-ala anggur malaysia gitu..
Pokok dokong ni kecik..
Tapi buah lebat & rendah2 jer..
 Nak makan buah ni tak payah panjat..
Ambik terus dari pokok n ngapp..
Anak bongsu aku pun boleh petik..
Giler ahh.. rendah betul pokok dokong ni..
Buah lebat pulak tu..
Anak aku buat tempat bergayut jer..
Ceh eksyen betul kan..?!!
 "Aril tak payah panjat pun dah boleh makan buah ni kan umi..?"
Itulah untungnya kalau ada pokok buah kt sekeliling rumah.. tak payah beli..
"Biar sofea tolong petik buah dokong ni.."
"Kami pun nak tolong petik jugak.."
"Korang ni petik ke posing ni..?"
Peladang berjaya..
"Woittt.. keje belum habis lagi.. jangan nk curi tulang main belon yerr..!!"
Seronok korang yer.. Orang suruh kutip buah..
Korang posing yang lebih..
Anak2 tarzan..!!
Ini pokok manggis..
Buah manggis belum masak lagi..
Mungkin seminggu lagi boleh makan manggis pulak..
Ini pulak buah langsat..
Langsat lain sikit dari buah dokong..
Pokok langsat ni tinggi.. My hubby amik masa dia panjat pokok rambutan..
Buah rambutan yang berjaya dilicinkan dari pokok..
Ini hanya sebahagian jer.. 
Yang sebenarnya kami berjaya mendapatkan
sebanyak 3 beg plastik saiz tong sampah besor tu.. hehehehe (gelak penjahat)
Erkk..!! Kenyang giler..
Muntah buah kayu.. huhuhu.. ko aderr..??


5 ulasan:

  1. ha...ha..suka lah korang ya...apa pun best bila bersama keluarga dihujung minggu...dulu di KL pi jalan2..di Kampong main panjat2 pokok.

    BalasPadam
  2. wah! kat kampung memang sedap,mcm2 buah ada.

    BalasPadam
  3. Kalau En. Thomas nak makan buah2an tempatan silalah berkunjung ke kampung saya di Daerah Taiping..

    BalasPadam
  4. Nampak mcm dah licin pokok2 tu,he!he!

    BalasPadam
  5. Dont worry en thomas.. Masih banyak lagi buahnya.. Manggis dh mula masak.. sekeliling rumah sy mmg banyak buah2 kayu ni spt manggis, rambutan, langsat & dokong..

    BalasPadam