Jenguk iklan kat sini

Isnin, Februari 14, 2011

MASAK NASIK

Syahmi dah pandai masak nasi.. Dua kali jer aku ajar, lepas tu dia dah boleh buat sendiri tanpa pemantauan.. Sebagai anak sulung dan baru berumur 10 tahun aku nak dia belajar uruskan kerja rumah jugak walaupun dia lelaki.. Bukan pe nanti bila dia dah boleh hidup berdikari, senang sikit sebab dia dah ada basic uruskan kerja rumah nie kan.. Sekurang-kurangnya bila dia dah kawin dia bolehlah masak untuk bininya kalau bininya bekerja or dalam pantang khen.. Takde la jadi macam sesetengah lelaki yang asyik belek surat khabar, tengok tv lepas tu main order suh bini masak itu ini.. Ketuk kepala ngan senduk baru tau.. Wah sampai kesitu pulak aku fikir.. haha..  Lepas ni turn Syasya pulak belajar masak nasi dan laup pauk.. hahaha


Sian sampai menyangkung ye bang..?
Adik-adik semua sila belajar dari abang cara2 nak masak nasik yer.. Lepas ni turn korang pulak kena buat kerja2 rumah.. Jangan nak harap umi sorang jer nak buat semua kerja2 rumah ni yek..!! Ini lah untungnya ada anak ramai kan.. Lepas dorang besar dan masing2 dah pandai masak n kemas rumah nanti bolehlah aku berehat macam mem besar.. hahaha.. Aku dah mula berangan, (kang anak2 aku lari dari rumah dan report aku dera dorang macam orang gaji camner..??!!)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan