Jenguk iklan kat sini

Jumaat, Februari 25, 2011

BERCUTI KE CAMERON HIGHLANDS

   Fikir punya fikir..Akhirnya kami buat keputusan pergi ke Cameron Highlands.. Tempat berbulan madu lagipun dah lama tak pegi.. Dah 10 tahun jugak laa.. Kalau dulu pergi berdua, tapi sekarang bertujuh la pulak..!! Seronok sangat.. Dapat imbas kembali memory masa mula-mula kahwin dulu.. hehe..
 
 Ini 1st day kat Cameron.. sebelum berjalan kena isi perut dulu kan..? kalau tidak anak-anak aku akan meragam.. Kang tak pasal-pasal tension..
 My kids makan nugget dan sosej je.. Diaorang ni bukannya suka makan nasi sangat..
Aku ngan my hubby makan nasi goreng cili kering.. makcik tu goreng simple je tapi sedap pulak 
nasi goreng dia.. maklumlah kan.. sejuk-sejuk ni perut kan cepat lapar..so semuanya sedap..
 
 Dah kenyang korek gigi ye bang..?!
 Dorang sibuk memujuk si babahnya nak beli sarung tangan.. Tak beli karang monyok pulak muka..
So babahnya pun terpaksalah beli... Tapi memang sejuk pun.. 
Macam nak beku tangan.. Time ni jam 8.00am
 Masing-masing dah puas hati dapat sarung tangan..
Angkat tangan semuaaa..!!
 Singgah kedai souvenier kejap.. Nak tengok apa yang ada..
 Haa.. pilih kak cenderahati tu.. Ko tak tau babah n umi cedera hati nak membayarnya..
Muka umi pun dah berkerut tu.. Asal singgah kedai je nak beli..
Tau ambik je.. tapi tak pe tukang bayarnya babah.. hehehe
 Abang nak beli apa tu.. dah rambang mata ye..
Kalau boleh semua nak borong kan..?
 Ambil cepat, sebelum babah tukar fikiran..
 Dah puas shopping.. pergi melawat ladang strawberry..
 Tapi kat sini tak boleh petik.. boleh tengok n pegang je..
 
 Dah jom kita ke tempat lain dulu.. kat sini ramai sangat orang.. rimas
Nanti kita pegi ladang yang boleh petik strawberry.. Masa masih panjang lagi..
  
 Kita melawat ladang rose dulu.. Ini tempat favourite umi..
Rambang mata masuk dalam ni.. rasa macam tak nak balik je..
Kalau lah kat rumah ada taman macam ni kan best..
 Macam kembar kan..? kembar tak seiras..
Maklumlah beza umur setahun jer...
 
 Rasa macam nak petik je rose putih ni.. geramm..
 Kat rumah kalau gantung buaian macam ni pun ok jugak..
 Posing dengan kasut baruku.. Jenama Nike..
Brand kegemaranku n my laki.. hehehe
 
 Bergambar dengan patung ikan duyung..
Tapi gambar duyung tu tak boleh ambik penuh sebab tak pakai baju..
 Gambar di sebalik rose..
 2 puteri dalam taman..
 Wangi ye kak..?
 Jaga-jaga nanti ada lebah, bengkak hidung..
 Puteri kolam..
 Puteri kolam kedua..
 
 Di belakang my hubby yang tergantung-gantung tu adalah sejenis labu yang dah kering..
 Putera katak dijaga oleh 2 orang puteri kodok..
 Yo..Yo.. wassap..wassapp..!!
 
 Ok.. jom kita keluar.. Nak pegi tempat lain pula..
Kalau ikutkan hati, aku nak lepak lama lagi kat sini..
Tapi disebabkan nak melawat ke tempat lain pulak terpaksalah tinggalkan jugak tempat nie
dengan perasaan yang sedih.. hehehe.. Tak pe nanti kita datang lagi ye.. 
Lepas ni nak pegi ladang lebah..
 Dah sampai ke ladang lebah..
 Ini masuk ke dalam rumah sesat..Mula-mula berpusing jugak nak cari jalan keluar..
Sampai aku dah rasa pening kepala.. Akhirnya my hubby baca selawat, terus jumpa jalan keluar..
Lebih kurang 20 minit jugak kami berjalan dalam ni nak cari jalan keluar..
Siapa yang berjaya keluar akan dapat cenderahati keychain atau pen..
Anak-anak aku seronok sangat dapat masuk sini..
 Inilah dia ladang lebah.. kat sinilah aku kena sengat lebah kat jari telunjuk..
Punyalah sakit.. Itupun nasib baik aku sempat cabut bisanya yang melekat
kat jari aku.. kalau tak maunya lagi banyak bisa sengat lebah masuk dlm jari aku..
Lepas tu jari aku bengkak 3, 4 hari jugak laa.. Nasib baik tak kena kat anak aku.. 
Rupa-rupanya pekerja kat situ kata, lebah memang garang n aktif time tengah hari..
Lepas ni tobat aku tak nak masuk kat sini lagi..
 Dah penat berjalan.. lepak kejap makan aiskrim..
Nak makan makanan lain tak boleh sebab kedai cina.. non halal..
So beli aiskrim je sorang satu..
 Muka dah letih dicampur lagi dengan tangan yang sakit kena sengat..
Best rupanya kalau bercuti kat Cameron ni kan umi..?
Memang la best.. Kalau ada rezeki kita datang lagi..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan