Jenguk iklan kat sini

Ahad, Disember 25, 2011

ANAKKU DIDERA..!!

Anak ku didera sampai bengkak mata kiri.. Memang kurang ajar si pendera tu..
 Tapi si pendera tu dah mampos.. puas hati aku.. heh heh heh (gelak penjahat)
Tengoklah mata kiri anakku ini..
Close up sikit..
Ini gambar yang lebih jelas..
Mata bengkak & asyik berair jer.. 
 Ini mata sebelah kanan yang normal..
Ini mata sebelah kiri yang bengkak & kemerah merahan..
Bertambah sepet mata anak aku..
"Jangan tertipu ye.. Sofea sebenarnya bukan didera oleh sesiapa..
Yang sebenarnya mata Sofea ini telah digigit oleh cekenit.."

Ye betul tu.. mata anak aku ni sebenarnya kena gigit cekenit..
Setengah orang panggil tempiras..
Cekenit ni gigit betul2 kt bulu mata bahagian atas..
1st day kena tu aku n my bubby dah cuba nk buang ngan penyepit..
Tapi tk leh sbb anak aku menjerit macam kena histeria..
satu kampung boleh dengar..
Binatang ni kalau dh gigit mmg susah nk buang..
Sebab bhg yg dia gigit tu akan terasa sakit sesangat bila disentuh..
Lepas tu kami cuba tampal mata dia ngan tembakau.. dah macam lanun..
Tapi tk jalan gak.. Binatang ni tk mau jatuh n mampos..
At last my hubby bawak ke klinik.. Kt klinik terpaksa dipegang ramai2 baru boleh buang..
Sebab anak aku meronta2 & menjerit2 macam orang sasau..
Pesakit lain yg nk dapatkan rawatan pun terkejut badak dengar dia mejerit.. 
Gambar kt atas ni adalah gambar selepas dibuang cekenit tu..
Kalau tk lagi bengkak matanya..
Itulah suka sangat main kt dalam hutan belakang rumah tu..!!
Inilah rupa cekenit tu.. Tapi ni bukan cekenit yg gigit anak aku tu..
Yg gigit anak aku tu dh mampos.. Ini gambar yg aku google kt internet..
Memang bisa binatang ni.. Nampak je kecik, tapi bila dh gigit mmg susah nk tanggal..
Cekenit yg gigit mata anak aku tu saiznya lebih kurang yg sebelah kiri..
Kalau macam saiz sebelah kanan tu yg gigit, aku rasa boleh buta mata anak aku.. huhuhu...
So pada sesiapa yg suka masuk hutan tu hati2 lah ye..



Selasa, Disember 20, 2011

Potong..!!

Anak sulung aku dah darjah 4 dan akan berkhatan tahun ni.. Kalau ikutkan my hubby nk khatankan last year lagi.. tapi si abang masih belum bersedia lagi.. So tak pe lah kita buat tahun ni.. Tapi kami tak buat majlis ape pun.. sempoi jer... Keluar rumah pagi.. Breakfast.. pegi klinik.. khatan.. selesai.. balikk.. cewahh.. Macam senang benor kan..?
Berjalan dengan penuh yakin.. 
Aku yang berdebar2 n dok fikir semalaman.. Ok ke anak aku ni..?!
Tak melalak ke dia masa berkhatan nanti..??
Tapi dia selamba jer..
Siap boleh lepak kedai mamak malam sebelum berkhatan,
layan bola ngan babahnya..
Muka sememeh jer.. Dia dah tak sabar2 dah ni..
Tak sabar nak jadi dewasa katanya..
Sebelum pegi klinik.. kena upah breakfast kat Mc Donald dulu..
Demand.. Yang lain tu sibuk nak ikut jer..
Sekarang ni jam 9.00 am.. Appointment jam 10.30 am..
Masih banyak masa lagi..
 Bariss.. Sediaa..!! kiri.. kanan.. kiri.. kanan..
 Order dah sampai..
Makan kenyang2 ye bang.. Lepas ni kena pantang..
 "Abang tk rasa takut ke nak bersunat..?"
"Tak laa..Buat apa nak takut.. bukannya sakit..
Kawan abang cakap macam kena gigit semut jer.."
"Kena gigit semut pun kekadang sakit bang oiii.."
Babah n umi belanja abg MC D... korang yang lebih2 ye..?
Si kecik ni kalau dah dapat mainan, tak hengat nak makan punya..
Terus jadi kenyang..
 Dapat mainan amende tah la..
Burung ada lagu..
Dapat mainan burung jer..
2 bijik kereta buruk macam kerta haji bakhil, tu tiada kena mengena ngan happy meal tu yerr..
Jangan tertipu..
Memasing dah kenyang.. nak berparti pulak la kan..
Ko jangan lasak sangat bang.. 
Jap lagi anu ko nak jadi anu dalam botol..
Masa dah time.. hahaha.. Bahasa tak boleh belah..
Masa ni dah jam 10.15 am..
Cepat2 kang lambat org ramai pulak kat klinik tu..
Sampai tepat 10.30am.. ramai jugak org..
 Kalau ikutkan giliran kami dulu, tapi ntah macam mana.. 
Kami dapat giliran yang terakhir.. Tapi nasib baik doktor mintak maaf awal2..
Kalau tak aku nak hangin satu badan jugak kat budak kaunter klinik ni..
Ini alatan untuk berkhatan.. eiiii.. ngeri jugak kan..? 
Bila tengok gunting tu teringat masa aku operation anak kelima dulu weyh..
Gambar sebelah kiri tu laser untuk berkhatan.. Laserrr..????
Aku ingat penapis air.. har har har..!!
Anu abang sedang dikorbankan..
Aik rilek je nampak.. 
Agaknya tengah pikir nak masuk alam dewasa kot..hehehe
My hubby cakap dia siap boleh bersembang ngan doktor lagi..
Tanya itu ini.. aku tak masuk kat dalam.. tak berani la bro..
Dah selesai..
Lepas siksa kan..
Lepas ni abg dah tak boleh bogel sesuka hati dah ye..
Ikat kain betul2.. kang terlondeh..
Kena perintah berkurung selama seminggu..
Takpe kang babah upah PSP yer..


Ahad, Disember 18, 2011

Operasi Melicinkan Buah..

Hujung minggu biasalah kan... Dah tak de keje nak dibuat.. Kami ramai2 buat operasi panjat pokok rambutan dan licinkan buah yang ada kt atas pokok.. hehehe.. Sebelum ni aku ada buat entry pasal musim buah kayu kan..?  Rujuk kat sini
Sekarang ni buah2 kayu dah mula masak.. So apalagi kan.. kita serangggg..

Tukang panjat ialah my hubby..
kami tukang tengok n tukang bagi arahan kt bawah pokok jer..
Ooooooo.. Bapak tarzan panjat pokok..
Aku ngan my sister dok kat bawah pokok jer..
Bagi arahan dahan mana yang patut ditebang..
Gambar kelabu siott..
Lepas panjat.. Dahan harus ditetak lagi..
Supaya senang kami nk tolong amik buah n tolong makan..
Macam nk mengamuk je bang..
 Samurai..!!
Cantas dahan supaya senang nk kumpulkan buah..
 Longgokan buah yang dah ditebang dari dahan..
Buah bersepah-sepah..
Masing2 teruja kutip buah.. hehehe
My kids & my sister kids, masing2 tolong kumpul buah..
Yang sebenornya tolong makan yang lebih..

Lelong.. Lelong.. Murah2..
Buah fresh..baru turun dari pokok..!!
 Ini pokok buah dokong..
Ala-ala anggur malaysia gitu..
Pokok dokong ni kecik..
Tapi buah lebat & rendah2 jer..
 Nak makan buah ni tak payah panjat..
Ambik terus dari pokok n ngapp..
Anak bongsu aku pun boleh petik..
Giler ahh.. rendah betul pokok dokong ni..
Buah lebat pulak tu..
Anak aku buat tempat bergayut jer..
Ceh eksyen betul kan..?!!
 "Aril tak payah panjat pun dah boleh makan buah ni kan umi..?"
Itulah untungnya kalau ada pokok buah kt sekeliling rumah.. tak payah beli..
"Biar sofea tolong petik buah dokong ni.."
"Kami pun nak tolong petik jugak.."
"Korang ni petik ke posing ni..?"
Peladang berjaya..
"Woittt.. keje belum habis lagi.. jangan nk curi tulang main belon yerr..!!"
Seronok korang yer.. Orang suruh kutip buah..
Korang posing yang lebih..
Anak2 tarzan..!!
Ini pokok manggis..
Buah manggis belum masak lagi..
Mungkin seminggu lagi boleh makan manggis pulak..
Ini pulak buah langsat..
Langsat lain sikit dari buah dokong..
Pokok langsat ni tinggi.. My hubby amik masa dia panjat pokok rambutan..
Buah rambutan yang berjaya dilicinkan dari pokok..
Ini hanya sebahagian jer.. 
Yang sebenarnya kami berjaya mendapatkan
sebanyak 3 beg plastik saiz tong sampah besor tu.. hehehehe (gelak penjahat)
Erkk..!! Kenyang giler..
Muntah buah kayu.. huhuhu.. ko aderr..??