Jenguk iklan kat sini

Sabtu, April 22, 2017

ANUGERAH CEMERLANG SMK KING EDWARD VII 2017

Hari ni kami dijemput ke Majlis Anugerah Cemerlang Murid SMK King Edward VII. Anak sulung kami Farhan Syahmi akan menerima Anugerah Cemerlang dan Biasiswa kerana dapat 10A dalam PT3. Alhamdulillah.

Ini penerima pertama kerana cemerlang dalam STPM 2016
Skrin kat belankang tu dah terpampang gambar anak aku.
Hensem dow.. hahaha
Standby sebelum nama dipanggil.
Dianugerahkan biasiswa Dato Haji Mohd Razak Akram
Senyum simpul pulak. Yang menyampaikan anugerah adalah YDP PIBG.
Bekas student SMK King Edward dan sangat baik orangnya.

Standby untuk terima anugerah yang kedua pulak.
Anugerah Terbilang kerana cemerlang dalam PT3 tahun 2016.
Yang menyampaikan anugerah adalah Encik Syafik  pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah.


Alhamdulillah semoga anak umi dan babah terus berusaha menjadi manusia yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat.. Aminn..
Bergambar dengan student yang cemerlang dalam olahraga.
Bapa dan anak.
Dah selesai, jom kita balik. Sekarang aku akan terasa semakin kecil bila berdiri sebelah anak sulung aku ni. Sekejap sangat membesar. Rasa macam baru jer aku dok dukung dan kendong dia bawak kehulu kehilir. Dia anak yang sangat baik dan tak banyak ragam masa kecil dulu. Ko bawak lah kemana pun dia takkan buat perangai atau nakal langsung dan sangat berani dengan semua orang yang dia jumpa. Masa kecil dulu dia suka menyanyi dan melukis. Sampai sekarang pun dia memang minat melukis. Kadang2 hati rasa sayu jer bila fikirkan bila dia dah tamat sekolah nanti dah tentu dia tak tinggal dengan kami lagi. Dia akan sambung belajar, kemudian bekerja pulak. Aku dah tak selalu akan nampak dia depan mata. Anak sulung aku ni jenis tak banyak cakap tapi dia suka mengusik aku. Kadang2 ada jer benda dia akan buat dengan tujuan nak bagi aku pot pet kat dia. Bila aku jeling dan bising jer dia akan buat senyum2 kambing. Kadang2 dia buat-buat menari sambil senyum2 nak bagi aku sakit hati. Kadang2 aku tengah tengok tv sambil baring, tiba2 dia datang baring sebelah aku. Perangai masih macam budak2 lagi dan manja. Tapi kalau kat luar dia tak tunjukkan manja dia pada aku. Agaknya takut nampak tak macho kot.. haha.. Inilah anak harapan aku dan my hubby. Umi dan babah sentiasa berdoa Allah lindungi dan pelihara anak2 umi. Umi juga harap Paan akan menjadi pelindung pada adik2 bila umi dan babah dah takde ye sayang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan