Jenguk iklan kat sini

Jumaat, Mac 03, 2017

ORANGE ROSE

Sebenarnya aku pun tak sangka yang pokok ros ni mampu hidup, sebab masa kami beli tu memang lebat betul bunganya tapi pokoknya rendah jer dan bunganya seolah-olah hidup di tangkai yang dah dipotong. Aku tak ambik pulak gambarnya masa mula mula beli hari tu. My hubby yang pilih warnanya sebab unik katanya. Bila kami bawak balik kami tak letak di bawah cahaya matahari sebab penjual tu kata dia tak tahan panas. Tapi lama kelamaan selepas bunganya layu pokoknya mati, aku dah malas nak ambik kisah sebab sakit hati. Tapi my hubby berjaya jugak selamatkan satu batang yg masih lagi hijau. Dia masukkan tanah baru dan kami biarkan je. Nak hidup ke nak mati ke dah tak kisah. Tapi lama kelamaan pokok tu keluarkan pucuk baru dan bercambah pulak tangkainya dan mula keluarkan putik bunga. Aku happy sangat. Dan aku letakkan jer kat cahaya matahari, ok pulak dia. Di bawah ni ler gambar ros oren yang kuat semangat nak hidup tu. haha

Pucuk bunga.
Masa ni tak sabar nak tunggu dia besar.

Kelopaknya dah mula terbuka. 
Oren terang.
Akhirnya kembang jugak dia dan di sebelahnya dah naik pucuk bunga baru.

Kembang dan cantik sangat warnanya.
Pucuk satu lagi tu dah mula kembang. Bunga yang dah kembang tu dah bertukar warna pulak.
Seolah-olah satu pokok ada dua warna bunga. Agaknya bila kena cahaya matahari dia bertukar warna jadi pucat kot.
Ini aku ambik time malam.
Close up
Ini bila dah seminggu, warnanya dah tak terang sangat.
Tahan lama jugak bunga ni. 
Dekat empat minggu jugak sebelum kelopaknya luruh dan tumbuh pucuk baru.
Bila dah terlalu kembang, warnanya akan jadi oren cerah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan