Jenguk iklan kat sini

Isnin, Februari 27, 2017

KUCING GELANDANGAN

Hubby aku ni dia suka kat kucing, tapi dalam masa yang sama dia geli pulak kat kucing. Camne aku nak explain ekk.. Contohnya camni, dia pantang tengok kucing, tambah2 kalau kucing tu gebu. Tapi kalau tetiba kucing tu datang dan nak bertenggek kat dia, dia akan terkejut beruk, silap haribulan kucing tu boleh terpelanting.. hahaha So kalau ada kucing dia hanya akan usap2 kepala or badan kucing tu, tapi jangan sesekali kucing tu nk duduk atas riba dia.. dia geli.. dia kata dia tak suka rasa tajam kuku kucing tu bila panjat atas dia.. pelik pulak aku ngan laki aku ni. Aku dan anak anak pulak kalau ada kucing, kami jenis yang suka gomol dan cium kucing tu. Anak aku jenis yang suka tonyoh2 hidung dorang kat hidung kucing tu. Kalau boleh nak dukung jer kucing tu 24 jam sampai kucing tu pulak tension n menyampah.. So ari tu aku, sofea ngan hubby terjumpa kucing ni kat tepi jalan, kesian pulak asyik nak mengekor dan mengiau jer. My hubby belikan makanan dan bagi kat dia, gelojoh giler dia makan. Time nak balik tu my hubby dok bagi hint hint nk bawak balik kucing tu. Sofea apa lagi.. seronok giler la kan. Aku pulak tak sampai hati tengok muka kucing tu, then kami ambik dia bawak balik. Penuh giler kurap kat telinga. Dua hari kemudian kami bawak pegi klinik haiwan cucuk ubat kurap. Selepas seminggu bersih terus telinga dia. So inilah kucing baru kami. Jantinanya betina. Masa bawak balik tu aku dah terperasan perut dia macam mengandung jerk. Tapi doktor kat klinik haiwan tu kata tak pasti dia mengandung atau tak bila dia tekan tekan perut kucing tu. Tapi aku yakin dia mengandung sebab aku dah banyak pengalaman bela kucing ni sejak aku kecik lagi dan aku membesar dengan dikelilingi kucing. hahaha

Inilah kucing gelandangan yang kami bela. Namanya Ciko.
Sedang berehat di depan pintu rumah. Pantang bukak pintu jer laju dia keluar.
Memang tepat tekaan aku dia mengandung..
Boleh jadi doktor haiwan dah aku ni.. Ini dia tengah berehat dengan nyaman.
Sebijik macam ular sawa kenyang baru lepas telan kambing.. hahaha
Hodoh giler perangai ko yer ciko..?! Penat sangat lah ni..
Berapa ekor agaknya lam perut ko yer..
Ko ingat cantik sangat gaya posing gini..??




Tiada ulasan:

Catat Ulasan