Jenguk iklan kat sini

Khamis, Disember 15, 2016

BERKHATAN

Setelah hangat hati dengan perangai staff pihak hospital yang tak profesional, Alhamdulillah akhirnya Syahir dah selamat berkhatan pada 13.12.2016 di klinik swasta. Kalau tahu nak jadi camni, baik dari awal kami booking klinik swasta jer. Tak pasal-pasal menyusahkan orang. Korang tau tak pihak hospital yang bagi tarikh appointment berkhatan pada 8.12.2016 jam 9.00 pagi, aku pun lega sebab dapat tarikh dah cantik kan. So kami tak payah nak cari klinik lain lagi dah, so aku pun start amik cuti dari 8hb hingga 14hb. Korang bayangkan jam 8.30 pagi kami dah terpacak kat hospital, tapi pihak kaunter suh amik nombor giliran dan kami adalah orang yang ke 60. Tapi aku sabar dan tak kata apa-apa lagi, walaupun dalam hati aku pelik, sebab kenapa nak kena ambil nombor giliran lagi sedangkan dah ada waktu appointment jam 9.00 pagi kan? Tapi takpelah janji anak aku dapat bersunat kan, Bayangkan jam 11.30 pagi yakni 3 jam baru sampai giliran anak aku, then suami aku pun masuk. Aku dah lega sebab akhirnya sampai jugak giliran anak aku nak sunat kan. Tapi tak sampai 10 minit aku tengok my hubby keluar ngan anak aku, aku tanya kenapa? Sunat kat bilik lain ke? My hubby ngan muka bengkek bagitau aku doktor kata dorang tak sempat prepare kelengkapan dan tunda tarikh pada 19 Dis 2016 pulak, sedangkan tarikh tu kami kena pergi sekolah anak sulung aku sebab result PT3 keluar. So suami aku mintak kalau boleh diawalkan sikit. Doktor tu kata boleh amik tarikh pada 14hb tapi kena bius satu badan. What the F**K..!! Anak aku nak sunat jer pun bukannya nak operation bersalin sampai nak kena bius satu badan.. Biol ke aper.. Aku dah rasa menyirap dan start nak bising tapi suami aku suh sabar dan dia akan complain ngan pengarah hospital terus. Kalau dah tak prepare kelengkapan kenapa dari awal pihak kaunter tak maklumkan kat kami, sedangkan dorang tahu kami memang datang untuk appointment berkhatan. Tak payah la kitorang nak kena tunggu sampai 3 jam hanya semata-mata nak bagi tarikh appointment yang lain kan? Memang lepasni aku takkan bawak anak aku yang lain sunat kat hospital ni lagi dah, kalau kita bising dorang kata kita tak hormat profesion dorang laa apa laa.. Tapi memang ada segelintir staff hospital ni tak profesional dan suka menyusahkan orang. Dorang tak fikir ke kita dah buat plan dan nak ambik cuti pun bukannya senang. Tapi Alhamdulillah setelah kelam kabut call sana sini akhirnya Allah permudahkan kami dan dapat tarikh 13hb kat klinik swasta dan Syahir dah pun selamat dikhatankan. Legaaaa sangat.

Dalam perjalanan ke klinik. Aril tak nak sunat lagi.
Darjah 5 baru nak sunat katanya.
Sengih macam kerang busuk. Dah tak sabar leteww..
Cuaca cantik dan tenang jer sepanjang perjalanan ke klinik.
Singgah kedai jap belikan dorang air minuman.
Budak ni pantang nampak ikan.
Tengah tunggu giliran. Syahir orang yang terakhir no. lapan
Masa ni jam 2.00 petang.
Sementara tunggu si kecik ni main bola kat dalam klinik ni jap.
Jam 2.30 petang tibalah giliran Syahir.
Aril dok mengendap dan curi-curi dengar dari celah pintu, sebab pintu tak tutup rapat pun.
Jam 3.00 pm dah selesai dan boleh balik. Ambik masa 1 jam jer.
Kami buat kat Klinik Penawar.
Doktor pun mesra dan layanan staff baik sangat.
Terima kasih pada doktor dan semua staff Klinik Penawar.
Aril pun my hubby kata khatan kat sini jer nanti.
Sampai rumah bentang tilam kat bawah jer.
My hubby buat sendiri tempat gantung kain. hahaha
Guna besi dan kayu. DIY
Nak gantung kat siling susah, ada kipas.
Budak kat belakang tu dah kenapa? Tok bomoh tengah menurun ker?
 Lega dah kan? Hari pertama tu nampak jugak air mata meleleh bila dia tahan sakit.
Maklumlah ubat bius dah habis. So bagi dia main game kat h/phone supaya dia lupa kesakitan sekejap. Tapi ok lah tak banyak ragam pun nak jaga dia.
 Ko jangan lasak sangat ye nak..
Rehat yer..
Adik-adiknya dok sibuk main h/phone jer..
 Ini hari kedua. Dah boleh naik dan turun tangga.
Ini baru lepas lepak dalam bilik aku, nak turun bawah semula. Boring duduk kat bawah katanya.
Lepas ni dah bebas, boleh melasak balik yer..
 Dah puas main handphone, main tab pulak.
Takpelah nak asalkan ko tak melilau sana sini dah. Kang bentan pulak




Tiada ulasan:

Catat Ulasan