Jenguk iklan kat sini

Khamis, November 17, 2016

RESULT UPSR 2016

Alhamdulillah result UPSR 2016 keluar hari ni. Dari semalam jantung aku berdebar-debar. Sofea pun agak stress malam semalam tapi my Hubby dah pesan jangan terlalu fikirkan sangat lagipun ini hanya peperiksaan kecil jer. Peperiksaan yang sebenar-benar adalah SPM sebab itu adalah hala tuju masa depan, so dia cool balik. hehe.. UPSR 2016 ni agak mencabar sebab 6 subjek dan format peperiksaan juga berbeza dari tahun sebelum ini. Banyak yang kantoi subjek BI Penulisan dan subjek Sains.

Sofea mula-mula macam tak konfident sangat dengan keputusan, sebab dia takut akan dapat C untuk subjek Sains tapi Alhamdulillah sebab dapat 4A 2B. Budak kelas Sofea yang konsisten 6A dari awal tahun pun dapat B untuk subjek BI Penulisan. Memang nampak Frust muka budak tu. Aku ngan my Hubby dah tahu keputusan Sofea lebih awal sebelum cikgu bagi lagi sebab kami semak SMS online. Lega sangat bila dia dapat 4A 2B sebab kami tahu dia dah berusaha untuk mantain dengan subjek yang dia agak lemah. Bukan senang nak mantain subjek killer ni.
Tahniah sayang.
We are proud of you.
Mata merah sebab menangis dan lega dengan keputusan.
Bunga tu my Hubby dah order dari semalam lagi. Buat surprise macam Syasya dapat result UPSR 2014 dulu. Maklumlah anak perempuan 2 orang jer. Kena adil kan? Syasya diraikan dengan bunga, Sofea pun kena diraikan dengan bunga jugak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan