Ya Allah...
Aku tak tahu nak mula macam mana.. Air mata aku dah mula menitik masa tulis entry ini.. Rasa amat2 sebak dan simpati yang amat mendalam dengan dua anak kecil ini yang telah kehilangan kedua ibu bapa dan adiknya berusia 7 bulan.. Ini semua gara-gara sekumpulan pemandu 'MYVI BODOH' yang berlumba haram di jalanraya dan telah melanggar pajero yang dinaiki suami isteri ini.. Kalau dorang yang berlumba mati takpe gak, tapi orang lain yang menjadi mangsa KEBODOHAN dorang ni..
Sebagai seorang ibu, naluri aku amat-amat tersentuh melihat wajah kanak-kanak ini.. Tak sepatutnya dorang tanggung dugaan seberat ini dikala usia yang masih kecil.. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Kita mungkin lihat kanak-kanak ini tersenyum, tapi kita tak tahu apa yang tersirat di sebalik senyuman comel kanak-kanak ini kan..??
Masa menulis entry ini aku terbayang wajah anak-anak aku.. Aku memang selalu berkata pada my hubby.. "Kalaulah apa-apa jadi pada kita berdua, biarlah anak-anak dah besar dan boleh berdikari" Sebab aku tak sanggup anak-anak aku dijaga oleh orang lain.. Bagi aku orang jaga anak kita tak akan sama macam kita jaga anak-anak kita.. Kalau dengan kita, walau senakal mana sekalipun kita pasti akan marah and then kita akan sejuk semula bila lihat wajah anak-anak ketika tidur.. Berlainan jika dibawah jagaan orang lain.. Jika mereka nakal pasti akan dimarah tanpa ada perasaan dan diungkit segalanya semula.. Jadi aku lebih suka jika anak-anakku dihantar ke rumah anak yatim, kerana di situ sudah tentu mereka akan diasuh dengan sempurna, dan pelajaran di dunia dan akhirat juga akan lebih dititik beratkan.. Entahlah mungkin lain orang, lain pendapatnya.. Tapi bagi aku memang tak sanggup rasanya bila memikirkan jika perkara seperti ini terjadi.. Kalau boleh aku tak nak fikir langsung.. Tapi itulah kan.. segala ketentuan ajal dan maut di dunia ini adalah rahsia Allah.. Kalau dah tersurat benda nak jadi, tetap akan terjadi kan..?
Kadang-kadang masa berbual kosong dengan anak sulung dan anak kedua, Syahmi dan Syasya aku selalu jugak berpesan.. "Kalaulah apa-apa jadi pada umi n babah, korang tinggal di rumah anak yatim dan korang jangan sesekali berpisah enam beradik" dan biasanya anak kedua aku si Syasya akan menangis dan minta supaya aku jangan sebut perkataan tu.. Dan aku akan nasihatkannya supaya kena terima apa juga yang Allah dah tentukan pada kita dan sekurang-kurangnya korang dah alert dengan wasiat umi nie..
Ya Allah Ya Rahman..
Kau peliharalah dan lindungilah keluargaku..
Hanya kepadaMU kami bermohon dan berlindung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan