Hari ni nak citer pasal Timbalan Perdana Menteri datang kt tempat aku.. So pepagi lebih kurang kul 8 kami bawa anak-anak ke padang sekolah menengah untuk tunggu TPM datang ngan helikopter.. My kid dah excited giler nak tunggu heli landing.. So lebih kurang kul 9.30 pagi heli askar berlegar-legar di ruang udara n then landing ler kad padang.. Tapi tak de sesapa turun pun.. dorang duduk jer dalam heli tur.. Anak aku tanya "kenape tak de orang turun pun? Kata TPM nak datang" My Hubby kata "Mungkin TPM terlepas heli ni kot. Pastu naik heli lain" hahaha.. boleh camtu..? sengal punya jawapan.. Lebih kurang 10 minit tetiba ada sebuah lagi heli berlegar-legar. Heli ni kecik sikit. Heli pasukan Maritim Malaysia. Heli ni landing n matikan enjin jer terus berpusu-pusu orang pegi ke arah heli tu.. Owh rupanya TPM naik heli Maritim. Heli askar tadi cuma jadi pengiring jer.. Untuk tujuan keselamatan kot..
Helikopter Maritim Landing..
Aku malas nak amik gambor TPM sebab ramai sangat yang serbu..
Lepas TPM kuar jer kitorang apa lagi terus pegi kat Heli Maritim tu..
Anak aku dah tak sabo dah nie..
Kualiti gambar kurang memuaskan..
Bergambor dulu..
Anak lelaki aku memang minat sangat kat Helikopter..
Makin lama makin dekat pegi kat Heli tu..
Ambik gambor kat bahagian ekor pulak..
Pramugari Helikopter.. hehehe
Si abang memang teruja sangat..
Siap tanya kat abang tu macam mana nak jadi juruterbang heli..
Abang tu cakap matapelajaran Matematik, BI dan Sains kena pandai..
Itu memang subjek kegemaran abang pun khenn..?
Abang belajar pandai-pandai, lepas tu nak jadi arkitek ker juruterbang ker sumer boleh..
Inilah Helikopter saya..
Ada sesiapa nak tumpang..
Wah siap berangan lah pulak korang yer..
Dorang ni memang peminat Helikopter n kapatebang..
Kalau beli mainan tu memang heli n kapatebang menjadi pilihan..
Korang belajar jer pandai-pandai n hidup berjaya dan banyak duit..
Pastu korang beli heli sorang sebijik n landing kat rumah..
Umi n Babah nak p mana-mana tak payah susah-susah.. hahaha
Verangan tak sudah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan