Jenguk iklan kat sini

Khamis, November 10, 2011

ANUGERAH

Syukur Alhamdulillah anak sulung aku dapat Anugerah Matapelajaran Matematik Terbaik 2011. Anugerah ini disampaikan pada Hari Anugerah Akademik Sekolah untuk tahun 2011.

Sijil penghargaan
Bolehlah tambah koleksi..
Tahun lepas dapat juga.. Tapi sijil penghargaan sebab dapat nombor dua dalam kelas
Ini hadiah diorang bagi dengan sijil
Alhamdulillah.. Aku n my hubby memang selalu pesan supaya belajar pandai-pandai..
Aku selalu kata kat my kids.. Tugas umi n babah cari duit dan tugas korang belajar jer..
Biar susah cari duit takpe asalkan anak-anak pandai belajar..
Muka sememeh je..
Cita-cita nak jadi arkitek dan nak ada bangunan nama sendiri..
Sebab tu aku n my hubby suruh dia belajar matematik pandai-pandai..
Nak jadi arkitek kena pandai matematik woo..
Bukak hadiah..
Tak sabar-sabar nak tengok hadiah yang dia dapat..
 Buku Bahasa Malaysia Tahun 5..
Apasal cikgu bagi Buku BM..??
Anak aku dapat anugerah matematik terbaik, tapi dapat buku BM..??!!
Sepatutnya bagi laa buku Maths kan..!
Ntah apa-apa cikgu sekolah ni kan..?




Tiada ulasan:

Catat Ulasan