Jenguk iklan kat sini

Isnin, September 28, 2009

Rayaaa 2009..!!!

Yeyy dah raya.. seronok korang yer.. Tiga orang anak aku iaitu yang sulung 8 tahun, yang  kedua 7 tahun dan yang ketiga 5 tahun telah berjaya habiskan puasa 30 hari.. Alhamdulillah.. Syukurrr..!! Hari ni dah raya.. So bolehlah makan puas-puas yer.. Nampaknya babah kena la tunaikan janji nak bagi duit raya RM30 seorang pada anak-anak yang berjaya habiskan puasa ekk.. Tapi my hubby bagi RM30 pada kelima-lima anak aku.. Tak sampai hati pulak bagi pada si abang n kakak jer lebih kan.. Kalau boleh tak nak beza-bezakan.. Ini semua untuk motivasi supaya dorang rajin puasa.. Nanti tahun depan kita latih adik pula puasa ye..


 
Tahun ini Tema Merah..

Wah, wah.. dah mula kira duit raya ye bang..?!
Belum pun separuh hari raya.. korang dah main pasir ekk..?!!
Jangankan anak aku.. Tok wan pun dah boleng tak berbaju.. hehehe..
Dorang tengah sibuk nak buat panjut menggunakan tempurung kelapa..
My dad memang rajin buat benda ni tiap-tiap tahun sejak aku kecik lagi..
Malam nanti kita bakar..
 Malam raya.. Masing-masing mengadap laptop..
Main game ler..

Itulah budak-budak sekarang.. Kalau time aku dulu.. Sejak hari pertama puasa sampai malam raya memang tak lekat di rumah punya.. Main polis sentri lah.. main nyorok2 lah.. selagi tak jam 1 pagi, selagi tu la tak balik rumah.. kekadang tu dah nak subuh baru balik.. Berbeza dengan budak zaman sekarang, dorang lebih seronok ngan laptop memasing.. Ahhh aku rindu zaman kecikkkk.. huaaa...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan