Jenguk iklan kat sini

Sabtu, Julai 22, 2017

MERAWAT ROS

Musim bunga ros dah habis, so kena cantas supaya ia akan mengeluarkan pucuk baru dan seterusnya akan berbunga kembali. 
Ku akui kesilapanku sebab letak ros ni kat tempat yang kurang cahaya matahari yang menyebabkan bunganya bantut.
Bunganya jadi kehitam-hitamanya sebab tak cukup cahaya matahari.
Ini ada pucuk baru tapi pucuk bunganya jadi hitam jugak.
Sedihhhhh.. dannn... Saaakit hatiii..
Kelopak dah macam terbakar.
Nak kena cantas habis ni. Kalau tak penyakit ni akan berjangkit kat ros lain pulak.
Zassss.. Kita kasi cantas sama dia..
Letak dalam baldi dulu supaya tak layu, sebab nak semai semula.
Cantas habis.
Kita kasi gonjeng sama dia.. Then alihkan kat tempat yang dapat cahaya matahari penuh.
Ini tapak semaian.
Ini hasil semaian terdahulu yang dah mula nak membesar. My hubby nak sedekah kat kawannya.







Ahad, Julai 16, 2017

KOLEKSI BARU

Hari ni pegi pasar pagi ingat nak beli barang-barang untuk masak jer, tapi mata dan hati ni tetap tak boleh tahan bila nampak bunga ros. So terjebak lagi beli untuk dibuat koleksi.
Kali ni ambik warna kuning pulak. Tapi jenis yang tak besar sangat. My hubby dah siap pesan dekat tokey bunga tu supaya lain kali bawak warna kuning bunga yang besar pulak.
Cantik kan?
Close up sikittt..
Ini warna pink terang.
Ini jenis bunga besar. Puas hati aku. hahaha
Ini pulak my hubby bawak balik masa dia pegi beli tanah dan pasu kat kedai bunga.
Balik jer tetiba dia suh aku ke depan tengok apa dia bawak balik. Aku ingatkan dia bawak balik kucing lagi. Tengok2 rupanya bunga ros lagi. Aku suke.. Aku sukeeee...
Ini ros batik katanyer..
Aku memang dah lama teringin nak corak ni, tapi sebelum ni aku tengok saiz bunganya kecik, so tak jadi beli. Tapi yang my hubby bawak balik ni saiznya besar.
Alhamdulillah tercapai jugak hajat aku nakkan koleksi ni.




Sabtu, Julai 08, 2017

NAIB JOHAN PERTANDINGAN REKACIPTA INOVASI TEKNOLOGI HIJAU

Hari ni anak sulung aku masuk petandingan rekacipta Inovasi Teknologi Hijau.
Sajer jer aku masukkan dalam entry ni untuk kenangan. Bila dia dah besar nanti dia boleh imbas balik kenangan dia waktu sekolah bila dia baca blog aku ni. Lagi pun aku memang wujudkan blog ni sebagai diari perjalanan hidup aku sekeluarga.
Ini muka sebelum pergi. Sememehnyer anak bujang aku ni.
Wah wah pakek kot pulak.
Si kecik kat sebelah tu nak kena pijak ke aper.??
Ini time balik dan Alhamdulillah dapat Naib Johan.
Tahniah pada abang, kawan-kawan dan cikgu yang begitu komitment dalam pertandingan ni.
Ada lagi si kecik ni.. Meeeemang nak kena pijak..




Sabtu, Julai 01, 2017

BUNGA PUKUL 4

Bunga ni dinamakan bunga pukul 4 sebab ia akan mula kembang pada sebelah petang iaitu pada jam 4 petang. Bunganya wangi dan akan terus kembang sehingga ke pagi. Then bila dah jam 9 pagi bunganya akan mula layu. Jam 4 petang nanti akan kembang bunga baru pulak. Pokok ni unik sikit, sebab dalam sepokok tu bunganya akan keluar 2 atau 3 warna yang berlainan. 

Yang aku tanam ni sepokok jer tapi bunganya warna pink terang dan putih.
Bunga ni berbentuk macam trumpet.
Warnanya bunkan 100% putih tapi ada dot, dot pink. Cute sangat.
Ini warna pink terang.
Pink dan putih dot, dot.
Ini pulak ada jalur pink.
Ini aku ambil gambar time malam.
Cantik sangat.
Sedang lebat berbunga. Warna putih tu bercahaya bila kena flash kamera.






Selasa, Jun 13, 2017

PASANG PELITA

Hari ni dorang exsited nak pasang pelita. Aku n hubby balik jer, terus tanya bila nak pasang pelita?
Jom pasang kata my hubby.

Si Snow yang matanya dah bersih. Sebelum ni masa mula2 my hubby bawak balik kotor dan bertaik mata. Bagi mandi baru nampak putihnya menyerlah sikit.
 Si kecik ni yang seronok lebih. Mula2 dia ingat pelita tu mercun. haha..
Maklumlah dia mana pernah tengok pelita sebab sebelum ni tak pernah pasang pun.
Dia asyik tanya bila daddy nak pasang mercun yang besar tu?
So aku pun kata, itu bukan mercun la dik tapi pelita. Dia tanya aku balik pelita tu aper?
Kesiannya anak aku, pelita pun tak kenal. hahaha
Ini operasi cucuh api kat pelita. Babah nak pi terawih pun tak senang korang ni kan?
 Kesian babah, sebelum pegi terawih terpaksa layan dorang dulu.. haha
 Jangan ko tiup pulak api tu nak oiii..
Okey dah habis cucuh api.
 Sekarang baru dia tau pelita tu aper.. hahaha
Dia dah mula main api pulak
Makhluk asing ada di mana-mana
Si abang pun nak join.

 Wah seronoknya adik main bunga api ekk..
 Main mercun.


Anak dara tak dibenarkan main mercun. So kena main bunga api jer lah..
 Mercun das..
 30 das
 Dah habis..
 Asalkan korang gembira.. Umi n babah dah rasa bahagia.. haha
 Wah Aril pun main mercun das jugak..
Ini pun 30 das
SAYA DAN KELUARGA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DAN KEPADA YANG BALIK KAMPUNG, BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU AGAR SELAMAT MENUJU KE DESTINASI.


p/s : Alamak ada photo bom makhluk asing pulak kat belakang tu...