Jenguk iklan kat sini

Sabtu, Januari 31, 2015

MAJLIS APRESIASI PELAJAR 5A

Hari tu Syasya dijemput ke Majlis Anugerah kat sekolah lama, hari ni ada lagi satu majlis yang Syasya kena pegi, wah wah dah macam ahli parlimen pulak asyik dapat jemputan ke majlis jer.. hahaha.. Sebenarnya majlis di adalah untuk semua pelajar yang dapat 5A dalam UPSR tahun lepas. So anak aku dijemput dan kami kena pegi sekali.. Sebab cikgu dah kata kena ada jugak seorang wakil kalau anak tak boleh datang.. Baiikkk... Kami semua datang cikguu..! 

Si Sofea n Syahir pulak ada acara merentas desa kat sekolah dorang, so sekali jalan.. Kami tinggalkan dorang berdua tu kat sekolah dorang, then kami bertiga chow ke tempat majlis tersebut.. Cuma majlis ni bermula lewat 2 jam.. Bayangkan kami sampai 9 pagi tapi majlis mula 11 pagi.. Hangin gak aku, sebab aku risaukan anak2 aku kat sekolah yang tengah acara merentas desa tu.. My hubby call cikgu dorang n cikgu kata budak2 dah habis berlari n tengah bagi hadiah.. So terpaksalah my hubby berkejar jugak ke sana amik Sofea n Syahir bawak ke Majlis nie.. My hubby datang jer majlis dah bermula n dorang dah bagi sijil kat bebudak 5A.. Lepas tu kami terus amik makanan ler.. Dah lapo nak mampos nie.. Nasib baik makanan banyak lagi sebab dorang tumbangkan 2 ekor lembu untuk dibuat sup dalam majlis ni.. Sedap giler dia punya sup, tak jadi aku nak hangin lebih2.. haha..

Lepas kenyang, balik, dalam perjalanan balik, Syahir tunjuk hadiah yang dia dapat kat acara merentas desa sekolah tadi.. Rupanya dia dapat tempat keempat.. terror jugak anak umi berlari yer.. Tahun depan cuba dapatkan tempat pertama pulak yer.. Sofea pulak dapat tempat ke 23, dia kata nombor tarikh lahirnya.. Sajer letew nak bagi tau tarikh besday dia dah dekat.. Eleh besday Sofea bulan 2 kan..? Lambat lagi kan..?? hehehe..


Gambar tak terang sangat, sebab tergesa-gesa nak snap..
Takpelah janji ada untuk dibuat kenangan kann..
Tahniah sekali lagi sayang..


Sabtu, Januari 17, 2015

MAJLIS ANUGERAH UNTUK PELAJAR 5A UPSR TAHUN 2014

Hari ni sekolah lama syasya masa dia Tahun 6 buat Majlis Anugerah untuk para pelajar cemerlang dan Majlis Perpisahan untuk pelajar Tahun 6.. Kami kena keluar rumah awal sebab Sofea terlibat buat persembahan nasyid.. wah muslimah gitew.. Kat bawah nie gambar2 pada hari Majlis Anugerah untuk dilayan.. Sorry yer majlis nie berlangsung pada 17 Januari 2015 tapi tarikh kat gambar 16 Januari 2015.. Kamera bengong..

My hubby kat belakang kena mengiringi tetamu VIP bersama Guru Besar di depan pintu pagar sekolah. Maklumlah orang kuat PIBG.. Wah lepas nie boleh jadi wakil rakyat kan bang.. hahaha.. bluweeekkk!!
Tengah tunggu kompang bunyi baru boleh jalan..
Okeyyy.. kompang dah bunyi n boleh jalan sambil diiringi bunga manggar..
Babah jadi tetamu VIP so kena duduk depan ngan VIP yang lain..

Sofea and the gang nyanyi lagu nasyid...
Sedap suara anak umi.. Serak-serak basah giteww.. hehe

Lepas perform lepak kat tangga..
Budak-budak yang nak terima anugerah kena duduk luar dewan sebelum nama sorang-sorang dipanggil untuk menerima anugerah memasing.. Eh kakak kerling saper tu..
Kakak duduk ngan geng sekolah rendah dia dulu..
Semua pakai baju sekolah menengah sebab semua dah naik sekolah menengah..
Cepat betul anak umi besar kan..?

Ni semua satu kelas dan bff Syasya..
Sekarang dah berpecah untuk kejar cita-cita masing-masing..
Insyaallah nanti pasti akan jumpa lagi..

Best friend forever and ever..
Untuk pelajar yang dapat 5A pihak sekolah beri duit sebanyak RM250.. Wah banyak tu.. My hubby diberi mandat untuk menyampaikan sumbangan tersebut kepada setiap pelajar yang dapat 5A.. So syasya dapat 5A dan sumbangan tersebut diberi oleh babahnya sendiri.. Indah dan manisnya memori ini..
Guru Besar menyampaikan sijil Anugerah Cemerlang pada pelajar yang memperoleh 5A..
Tahniah kakak! Umi n babah bangga sangat ngan kakak dan sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak..

Bergambar kenangan..
Sampul surat untuk pelajar yang terima duit..
Mokcik kayoo..



Isnin, Januari 12, 2015

KAKAK FORM 1

Salam.

Hari ni Syasya pergi lapor diri kat sekolah baru. Dah form 1. Si abang dah form 2. Sekejap jer anak aku dah sekolah menengah. Rasa macam baru jer terkedek-kedek Orientasi darjah 1, sekarang dah form 1.. Aku rasa nak nangis (org brutal mana boleh nangis, tapi dalam hati tetap ada taman)..

Syasya pun tak nak duduk asrama macam abangnya, nak duduk bawah ketiak umi ngan babah lagi (padahal umi ngan babah yg tak sanggup berpisah ngan anak-anak, kang anak aku kena buli kat asrama saper nak tolong..?), so maknanya my hubby kena hantar dia ngan abgnya ke sekolah tiap2 hari, sebab my hubby takkan sesekali benarkan anak-anaknya naik bas sendiri pergi sekolah.. Kalau boleh dia nak anaknya dok depan matanya setiap kali pegi dan balik sekolah.. Biar dia letih dan terkejar-kejar tak pe janji anak-anak selamat dan selesa katanyer.. sob sob.. terharu.. huhuhu..

Syasya dapat surat tawaran ke SMK Convent dan abangnya masih di sekolah lama SMK King Edward VII.. Tahun ni abang dapat lompat kelas pertama sebab result akhir tahun lepas bagus.. Tahniah ye bang sbb buat umi ngan babah bangga sampai kembang idong.. hahaha kalau abang baca ni mesti bengang..

My hubby bagi tau aku tadi, time dia nak hantar syasya lapor diri kat SMK Convent, syasya mengigil masa salam ngan dia.. mungkin dia nervous sbb hari pertama macam2 dia fikir kot.. Tapi tadi balik sekolah aku n my hubby pegi jemput dia.. Masuk jer dalam keta terus dia pot pet pot pet cerita macam2 dengan muka yang happy.. Sampai aku pun tak tau nak dengar mana satu, sbb cara dia cerita tu excited bebenor.. Rupanya cikgu buat game time orientasi tadi.. buat game macam running man lah.. cikgu sebut pasal korea lah.. Dia kan minat k-pop.. Then dia dah dapat kawan baru macam-macam bangsa.. kiranya 1 malaysia lah.. Bagusss.. itu yang umi nak dengar.. kakak happy kat sekolah baru dan dapar kawan baru.. Sbb sebelum nie dia macam sedih gak nak berpisah ngan kengkawan kat sekolah lama.. Maklumlah dah bertahun berkawan dan belajar sampai darjah 6, bila form 1 semua bawa haluan lain dan kejar cita-cita memasing kat sekolah pilihan dorang.. Tak per kak nanti bila cuti pengal sekolah, korang set date untuk jumpa n lepak ngan kengkawan yek.. Umi izinkan, tapi kena minta kebenaran dari babah dulu ye.. Babah kan bodyguard korang.. pepandailah beri reason yang munasabah dan konkrit untuk dapatkan kelulusan dari babah yer.. Umi bukannya aper.. Takut nanti babah pakai kostum BERUANG macam cerita PAPADOM pulak untuk tinjau apa anak-anaknya buat ngan kengkawan... hahahaha


Inilah sekolah baru Syasya
Peraturan sekolah ni agak ketat sikit. Tapi tak de hal lah.
Setakat denda kalau buat salah tu memang patutlah kan?
Aku n my hubby tak pernah masuk campur kalau cikgu nak denda or rotan pun.
Itu semua akan menjadi kenangan manis bila dorang dah besar nanti.