Jenguk iklan kat sini

Isnin, September 22, 2014

KERTAS UPSR MATEMATIK PULAK BOCOR..??!!!!!


Apa dah jadi.. apa dah jadi.. sampai sekarang tak habis bocor lagi.. (Lagu SM Salim tukar lirik)

Hari tu kertas B. Inggeris & Sains bocor, sekarang Matematik pulak..?? Why.. Why.. Why..????!!! Aku and my hubby dapat tau berita ni masa on the way balik bercuti dari rumah adik aku di Kangar Perlis. Masa tu dengar radio dalam kereta. Aku dah mula rasa what the f**k…!! Anak aku si Syasya baru nak terlelap terus cerah bijik mata, tanya babahnya betul ker apa yang dia dengar or dia termimpi ker.. My hubby cakap yes.. betul.!! Terus anak aku komen.. “Apehal laa dorang ni, dah tak de kerja lain ke selain dari nak menyusahkan orang.. ingat senang ke nak perah otak jawap soalan balik..”
Tapi my hubby pujuk balik n katanya “Mungkin ada hikmah, cuma kita jer tak tau.. Lagipun babah percaya anak babah pasti akan dapat jawab soalan dengan mudah punye, sebab anak babah kan pandai dan sentiasa bersedia”
Wah.. kalau bab memujuk memang power suami aku ni. Tapi aku pelik sungguh, yang dorang beria sangat nak bocorkan soalan tu dah kenapa. UPSR jer pon.. kalau SPM berbaloi la jugak khenn.. Badigol betol laa.. Disebabkan soalan darjah 6, ko nak meringkuk dalam penjara..? Bodo bertingkek tingkek.. Takpe lah nak bocor pun bocor lah.. Umi harap Syasya akan buat lebih baik dari sebelum ni ye.. Umi sentiasa doakan anak umi tenang menjawap soalan.. Aminnn..



Khamis, September 11, 2014

UPSR BAHASA INGGERIS & SAINS BOCOR


Aduuuhhhh.. Kesian kat calon-calon UPSR tahun nie termasuk anak aku.. Tak pasal-pasal kena jawab soalan Bahasa Inggeris balik.. Padahal baru jer tadi selesai jawab soalan. Lepas habis jer exam, kerajaan umumkan soalan BI & Sains bocor.. Tapi tak pe umi percaya anak umi boleh hadapi situasi ni kan sebab anak umi memang dah bersedia dari awal.. Tapi tu laa nak kena motivate and cooldown perasaan dorang nie.. Anak aku pun mula-mula frust gila n macam hilang semangat sekejap. Kita sebagai ibubapa kena pandai kawal emosi dorang walaupun kita pun rasa macam sentap n down jer.. Tapi di depan dorang kena senyum n bagi semangat balik walaupun dalam hati kita menyumpah bagai nak gile kat orang yang bocorkan soalan nie khenn.. Insyaallah anak umi BOLEH..!!