Jenguk iklan kat sini

Jumaat, Disember 05, 2014

MASAK AWAL PAGI



Salam..
Hari ni aku bangun awal sikit sebab nak masak untuk anak-anak sebelum pegi kerja.. Dorang nak makan Sambal tumis ikan dan sup kentang bersama suun dan fucuk. Selalunya aku jarang masak awal-awal ni sebab my hubby akan belikan dorang makanan, tapi disebabkan anak-anak nak makan, aku sebagai umi yang prihatin sanggup bangun awal dan keletung kelentang kat dapur memasak. Sofea dah cakap awal-awal semalam sebelum tido supaya kejutkan dia, nak tolong aku masak katanyer.. Good girl.. Dia memang rajin bantu aku masak dan dia memang minat masak. Kalau boleh nak jadi Chef pastry katanyer..  So bangunlah kami berdua. Aku goreng ikan, Sofea tolong rebus kentang dan masak nasi. Lepas habis masak mandi dan bersiap nak pegi kerja.. Sofea nak ikut pulak my hubby hantar aku pegi kerja.. Cuti sekolah ni, relax sikit tak de lah kelam kabut sangat.. Kalau tidak pepagi dah kena kejutkan sorang-sorang suh mandi dan siap nak ke sekolah..
Biasanya aku n my hubby akan bekpes dulu sebelum pegi kerja.. So hari ni seronok la sofea dapat bekpes ngan umi n babah yer..
Aku tengah pikirkan ke mana nak bawa anak-anak berjalan cuti sekolah nie.. Nak bercuti di tepi laut or pantai takut pulak sebab sekarang nie musim hujan dan banjir.. Tak pe nanti umi tanya encik google, kat mana tempat menarik yang boleh kami sekeluarga bercuti.. Aku pun dah tak sabar nak bercuti nie.. dah letih sangat..



Isnin, Disember 01, 2014

TEPUNG TORAK..

Pernah tengok kuih tradisonal ini..?
Ini namanya kuih Tepung Torak.. Bukan tengkorak ye..
Aku pun tak tau kenapa namanya Tepung Torak..
Yang aku tau makan jer..
Kuih ini dibuat dengan tepung beras..
Lain-lain bahan aku tak tau..
Lepas tu dibungkus macam pocong dengan daun pisang dan dikukus kot..
Entah aku pun tak tahu..
Kuih ini memang sedap dan aku memang suka sangat..
Ada dua perisa.. Putih dan Hijau ..
Ini hijau perisa pandan.. Putih perisa biasa kot.. hehehe
Aku suka perisa pandan..
Emmmm.. Sedappp..I likeeee....!!!
Sekarang dah susah nak jumpa kuih muih tradisonal macam ni..
Tak semua orang yang pandai membuatnya..
Kuih ni kalau tak pandai bancuh dengan sukatan yang betul,
comfirm tak menjadi..
Sebab bila masak dengan daun pisang ia akan meleleh keluar..



Rabu, November 26, 2014

RESULT UPSR 2014


Alhamdulillah akhirnya result UPSR 2014 dah keluar..!

Setelah mengharungi dugaan soalan bocor untuk matapelajaran BI,Sains dan Matematik.. Akhirnya keputusan UPSR 2014 keluar hari ni..!

Pagi ni kejut Syasya awal sebab nak kena ada di sekolah jam 10 pagi. Si adiknya Sofea pun nak ikut gak. Kalau tak Aril pun nak ikut, tapi semalam sebelum tidur dia kata tak nak ikut pulak. Takut penat katanyer.. Kuar rumah lebih kurang jam 7.15 pagi. Breakfast kat Mc Donald dulu. Tapi Syasya tak nak makan. Sakit perut katanyer.. Mungkin nervous kot.. hehe.. Dia makan aiskrim jer.. Tapi my hubby bungkuskan bubur nasi MC Donald, takut anaknya lapar pulak kang. Sepanjang perjalanan ke sekolah aku yang berdebar2.. Macam la aku pulak nak amik result khenn.. Tapi aku n my hubby dah pesan kat Syasya jangan stress sangat yer sayang.. Apa keputusan pun umi n babah tetap akan bangga, sebab Syasya dah buat sehabis baik kan..

Jam 9.30 pagi dah ada kat sekolah. My hubby kuar balik sebab nak amik bunga yang ditempah semalam. Aku tak ikut pun. Sofea jer ikut. Kami dah stanby bunga ros merah untuknya bila dia ambik result nanti. Tak kisah la dia dapat result ok ker tak.. Nak buat surprise n nak bagi dia happy n ingat memori indah ini.. cewahh.. Ini semua my hubby punya idea la ni.. dia kan pandai kalau bab bab kejutan nie.. hehehe.. My hubby nak try semak SMS UPSR, tapi kul 10 pagi baru boleh check.. tak sabo dah nie.. Tepat jam 10 pagi jer terus my hubby hantar SMS, tapi tak de jawapan pon.. Line busy letew.. Then lepas amik bunga my hubby patah balik ke sekolah.. Sampai jerk kat sekolah SMS hp my hubby bunyi.. My hubby check SMS.. My hubby suh Sofea panggil aku, aku pon pegi kat dia.. tetiba aku nengok my hubby nangis.. Naper pulak dah nie.. Si Sofea muka poyo jerk.. Aku Tanya kenapa, then my hubby tunjuk handphenya.. Apsal..? Tanya aku ngan bodohnyer.. My Hubby cakap Syasya dapat 5A.. Aku cam tak caya jer.. Then terus tarik tangan my hubby nak nengok handphonenya.. Tak dapat nak kata apa-apa. Aku pulak yang nangis.. huhu.. Rasa nak lompat tapi malu pulak kat Sofea n takut cikgu nampak pulak.. Terima kasih Ya ALLAH.. Terima kasih Ya ALLAH.. Tapi slip result tak amik lagi sbb Guru Besar masih belum sampai.. Selagi tak tengok slip selagi tu la perasaan ni tak tenteram… Jam 11 pagi Guru Besar sampai, tapi kena tunggu lagi, jam 11.30 baru kami dipanggil ke dewan sekolah. Syasya dah sibuk tanya aku.. “Umi dah tau result ker..?” tapi aku cakap aku tak tau lagi.. hehe

Sebelum bagi result, GB bagi taklimat pada Ibubapa dan murid dulu. Then masa yang dinanti-nantikan pun tiba. Cikgu sebut sorang sorang nama murid yang dapat 5A.. Nama yang kedua adalah anak aku.. Lepas dapat jer slip tu kat Syasya aku terus pegi kat Syasya n hulurkan bunga n peluk dia.. Memula aku cool jer.. Tapi tetiba Syasya nangis n aku pun ternangis sama.. hahaha

Yang buat aku n my hubby nangis tu sbb kami nampak semangat dan kesungguhan dia nak dapatkan 5A dari awal tahun lagi. Anak aku bukan dalam kategori terlalu cemerlang, tapi dia tak pernah putus asa walau dapat result teruk dan sentiasa turun naik keputusan exam dalam peperiksaan penggal sekolah. Dia jugak sentiasa positif n kalau ada benda dia tak faham dia akan sentiasa tanya my hubby walaupun benda tu kadang2 dah banyak kali dia Tanya. My hubby pun rajin melayan. Kami pun tak pernah push dia suh belajar jer 24 jam. Tak hantar tuisyen pun.. Seratus peratus belajar di sekolah dan di rumah dengan pemantauan my hubby. My hubby belikan buku nota kecil untuk dia supaya mudah dia bawa kemana2 n anak aku pun mengaku dengan buku nota itulah dia mudah ingat segala yang dia dah belajar. Thanks so much to my hubby yang sentiasa beri semangat dan dorongan pada anak2 untuk belajar dan buat yang terbaik. Aku pun tak serajin Syasya masa sekolah dulu. Pemalas tahap gaban..


To SYASYA a.k.a KAKAK :
Congratulation Sayang.. Babah, Umi, Abang dan Adik-Adik sangat bangga dengan Syasya. Babah n Umi sentiasa doakan Syasya akan sentiasa berjaya dan happy selalu. Tak mo merajuk-merajuk yer..
 



Isnin, September 22, 2014

KERTAS UPSR MATEMATIK PULAK BOCOR..??!!!!!


Apa dah jadi.. apa dah jadi.. sampai sekarang tak habis bocor lagi.. (Lagu SM Salim tukar lirik)

Hari tu kertas B. Inggeris & Sains bocor, sekarang Matematik pulak..?? Why.. Why.. Why..????!!! Aku and my hubby dapat tau berita ni masa on the way balik bercuti dari rumah adik aku di Kangar Perlis. Masa tu dengar radio dalam kereta. Aku dah mula rasa what the f**k…!! Anak aku si Syasya baru nak terlelap terus cerah bijik mata, tanya babahnya betul ker apa yang dia dengar or dia termimpi ker.. My hubby cakap yes.. betul.!! Terus anak aku komen.. “Apehal laa dorang ni, dah tak de kerja lain ke selain dari nak menyusahkan orang.. ingat senang ke nak perah otak jawap soalan balik..”
Tapi my hubby pujuk balik n katanya “Mungkin ada hikmah, cuma kita jer tak tau.. Lagipun babah percaya anak babah pasti akan dapat jawab soalan dengan mudah punye, sebab anak babah kan pandai dan sentiasa bersedia”
Wah.. kalau bab memujuk memang power suami aku ni. Tapi aku pelik sungguh, yang dorang beria sangat nak bocorkan soalan tu dah kenapa. UPSR jer pon.. kalau SPM berbaloi la jugak khenn.. Badigol betol laa.. Disebabkan soalan darjah 6, ko nak meringkuk dalam penjara..? Bodo bertingkek tingkek.. Takpe lah nak bocor pun bocor lah.. Umi harap Syasya akan buat lebih baik dari sebelum ni ye.. Umi sentiasa doakan anak umi tenang menjawap soalan.. Aminnn..



Khamis, September 11, 2014

UPSR BAHASA INGGERIS & SAINS BOCOR


Aduuuhhhh.. Kesian kat calon-calon UPSR tahun nie termasuk anak aku.. Tak pasal-pasal kena jawab soalan Bahasa Inggeris balik.. Padahal baru jer tadi selesai jawab soalan. Lepas habis jer exam, kerajaan umumkan soalan BI & Sains bocor.. Tapi tak pe umi percaya anak umi boleh hadapi situasi ni kan sebab anak umi memang dah bersedia dari awal.. Tapi tu laa nak kena motivate and cooldown perasaan dorang nie.. Anak aku pun mula-mula frust gila n macam hilang semangat sekejap. Kita sebagai ibubapa kena pandai kawal emosi dorang walaupun kita pun rasa macam sentap n down jer.. Tapi di depan dorang kena senyum n bagi semangat balik walaupun dalam hati kita menyumpah bagai nak gile kat orang yang bocorkan soalan nie khenn.. Insyaallah anak umi BOLEH..!!

Rabu, Mac 05, 2014

FIRST STEP

Fikrie first step.. Nampaknya dia mengikut abang sulungya.. Anak aku yang sulung dulu pun lambat berjalan.. Umo dah setahun 2 bulan baru terhegeh-hegeh berjalan.. Fikrie ni pun sama gak.. Ni umo dah setahun 3 bulan dah nie.. Takpe lah dik janji leh berjalan khenn..



Sambil berjalan sambil mulut tu bising jer..




Ahad, Februari 23, 2014

Sofea Treasure Hunt

Hari ni Birthday Sofea.. Kebetulan semalam pegi makan kat Mc D then ade advertise pada 23.2.2014 ada buat Treasure Hunt..  So my hubby terus daftar nama sebab nak buat birthday kat sini jer.. Nakkan kelainan sikit.. Asyik sambut kat rumah jerk.. Kali ni kita buat kt Mc D pulak.. Pepagi dah bangun.. Semangat jer sumer kalau pasal makan khenn..

Muke sememeh jerk..
Birthday Girl
Adik with sisters

Babah tengah susun strategi untuk menang..
Si kecik dah lapo..

Nyum.. Nyumm..
"Korang dengor tak.. Fikrie nak baca buku nie..!!"
"Pada suatu hariii..."
"Ahh.. Malaslah.."
"Korang bukannya paham pun sebab Fikrie baca dalam bahasa Korea..!!"
Muka macam Artis Korea (K-POP) hahaha...!!
Rasa nak lempang pipi tembam tu..!!
"Wah sampai kembung pipi aril makan burger ekk.."
"Aril nak tercekik la umi..."
" Ye ker.. ? Minum air tu cepat.."
Time ni matahari baru keluar..


Ntah apa yang dipandang si kecik nie..
Ada cicak ke dikk..?
Khusyuk benor..
Dah ready ker..
We are ready....!!
Melanguk.. dah kenyang ker belum kenyang nie..?

Gerammm aku ngan si kecik nie.. Rasa nak gigit jerk..
Staff Mc D tengah beri penerangan..

Dengar dengan khusyuk yer..

Okeyyyyy..!! Boleh mula sekaranggg...!!!!
Tangan kena ikat ngan tisu..
Kena make sure ikatan tu tak putus sampai habis game..
Kalau putus dikira kalah..
Dorang bagi klu kena cari barang kat dalam n kat luar Mc D nie..
Aper yang seronok sangat tu..?


Actually ramai family lain yang join treasure hunt nie..
Tapi aku tak snap gambor lah pulak..
Yang kat belakang tu adalah salah satu family yang join..
Tengah cari jawapan..
Yang lain tak leh bagi jawapan yer..
Jangan sampai ikatan tu putus ekk..
Yang lain boleh tengok jer..

Cepat jawab..



Yeyyy.. dah dapat jawapan..
Lepas jawab kena tunggu dalam nih..
Wah babah eksyen macam konfiden jer jawapan sumer betul.. haha

Memasing tunggu peserta lain habis jawab..
Peace yoo..
Memasing pakai baju sama..
Eksited lah katakan..


Semua dah habis menjawap soalan..
So berkumpul di sini untuk next game..

Kali ni game tiup belon..
Memasing diberikan belon.. Then jangan tiup terlalu besar..
Sebab pas tiup belon tu nak kena cucuk ngan lidi..
Tapi time cucuk tu make sure belon tu tak meletup pecah..
"Okey sofea dah tiup, skang giliran babah cucuk belon.."
"Cucuk elok-elok tau babah, Nanti meletup.."
"Babah tahulahhh.."
"Cepat babah nanti kita kalah.."
"Alamakk.. orang sebelah dah nak menang ker..?"
"Yezzaaa.. dah berjaya.."
"Nanti babah test dulu keluar angin ke tak.."
Cayalah group sofea menang untuk game nie..
"Terror tak kitorang..?"

Bergambor reramai dulu..
Tengok si kecik tu tak nak bergambor..
Bukan main laju dia merangkak melarikan diri nak main belon..
Puas hati dah dapat belon kan..?


 Bukan main eksited lagi khenn.. Tampo nak..!!?
Meh babah tiup belon kat korang sorang satu..
Hadiah yang akan diberi kepada pemenang..
Antara family yang join game ni..
Staf Mc D tengah umumkan nama pemenang..
Dia umumkan pemenang saguhati dulu..
Akhirnya pemenang pun diumumkan..
Rupanya sofea n babah dapat tempat pertama..
Tak sangka.. hahaha
Bergambar ngan kakak Mc D..
Birthday Girl ngan hadiahnya..
Seronok leteww..
Puas hati my hubby dapat happy kan anaknya..
Sebenarnya saje jer masuk Treasure Hunt nie nak bagi anak-anak seronok..
Bukan nak hadiah pun (Tipu)..
Tak sangka pulak boleh menang.. Sofea memang seronok giler sebab ini dah dikira macam hadiah besdaynya..
Bergambar kenangan with family yang join Treasure Hunt..
Semuanya best n sporting..
With kakak Mc Donalds..
My Family..
Naper aku nampak cam kemetot jer kat dalam gambo nie..?
Owh anak-anak aku dah besor rupanyerr..
Cepatnya anak-anak umi nie besor.. Sobs.. Sobs..