Jenguk iklan kat sini

Sabtu, April 28, 2012

MY 12 ANNIVERSARY

28 APRIL DUA BELAS TAHUN YANG LALU, AKU TELAH SAH MENJADI MILIKMU..
28 APRIL 2012, AKU TELAH PUN MELAHIRKAN 5 ANAKMU YANG MENCERIA DAN MELENGKAPKAN HIDUPKU..
KU MENGHARAPKAN AGAR MAHLIGAI YANG DIBINA AKAN TERUS MEKAR HINGGA KE AHKIR HAYAT..
 
MY LOVE
PERTAMA - FARHAN SYAHMI
KEDUA - FADZLYNN SYASYA

KETIGA - FADHLINA SOFEA
KEEMPAT - FAHRIN SYAHIR

KELIMA - FARISH SYAHRIL
 LIMA PERMATA HATI  KU YANG PALING BERHARGA...


MY HEROES N MY BODYGUARD..
MY PRINCESS..
AYANG DOAKAN AGAR ABANG SENTIASA SIHAT DAN CERIA SELALU..
I LOVE U SO MUCH..!!
"SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN
KITA YANG KE 12"

Rabu, April 25, 2012

KUCING TAK DE KEPALA..!!!

Kucing tak de kepala..?? Cuba tengok gambar kat bawah ni.. Kucing ni memang tak de kepala..

Kesian kan..?
He he he jangan tertipu..
Ini sebenarnya senaman untuk hilangkan sakit leher dan tulang belakang..
Lepas buat senaman, berjemur di bawah penyapu..
Nak berjemur kat tepi pantai kan jauh.. Bawah penyapu pun bolehlah..
Ko ni memang nakal kan Alvin..??




Ahad, April 22, 2012

Diapit Bontot..

Kalau dah mengantuk tu.. tak kira di mana.. asal boleh jer nak lelapkan mata ye..

Tido tengah-tengah bontot pun tak pe asalkan selesa.. Siap ada bantal angry bird lagi..
Tido berhimpit gini lagi best agaknye ekk..!!?
Nyenyak betul dorang ni tido..


Jumaat, April 20, 2012

Sama takk..??!!

Inilah dia makanan kucing-kucingku.. Aku pun tak perasan gambar kucing kat bungkus ni macam kucing aku.. sebab aku bagi kucing-kucing ni makan makanan ni sejak dari kecik lagi.. so bila kucing ku dah mula membesar.. Kucing ku yg bernama Alvin dan Lion jadi muka agak iras seperti kucing kat dalam bungkusan makanan ni pulak..

Kucing kami memang berselera makan makanan ini..
Punyalah siksa nak amik gambo..
Asyik tak nak pandang kamera jer.. 
 Hah ko... Terpaksa pegang leher..
Macamlah muka ko tu ensem sangat ekk..
Ini baru boleh snap gambor elok sikit..
Sama tak..? Kucing dalam gambor tu gemuk sikit kan..??
Kucing aku ni mukanya panjang sikit..
Maklumlah ibunya pun spesis muka panjang..
Muka pink panther.. hehehe
 Aikk..!! Ko pun nak enterprame jugak ke tiger..
Muka ko tak iras langsung daa.. Sebab bulu ko tu tak kembang..
Kalau makanan kucing jenama friskies tu ade la iras muka ko..
Syoh..! syoh..! pi main jauh-jauh..




Rabu, April 18, 2012

Gediks..!!

Menyampahnya.. Kalau dilayan lebih-lebih, beginilah jadinya si Alvin ni.. tak tentu arah ko ekk.. Dia ni suka kalau kita usap-usap badannya.. Kalau diusap, mulalah buat perangai gedik dia tu.. kejap baring, kejap duduk, kejap berdiri.. pastu mengeliat-ngeliat badan laa..

Ikut suka dia jer nak baring tengah-tengah jalan..
Anak aku pun rajin melayan..

Menyampahnyerrr...!!
Ni tengah mengeletis ke kiri dan ke kanan..
konon-konon manja la turr..
Ko nak kena lepuk ke Alvin..??!!


 

Isnin, April 16, 2012

KELUARKAN PELUH...

Biasanya kalau hujung minggu aku n my hubby rajin berkebun.. Tapi biasanya my hubby yang akan habiskan semua kerja-kerja berkebun ni sebab aku ni tolong benda-benda yang mudah jer.. kalau bab korek tanah tu biasanya aku tak buat, maklumlahkan takut tengah syok-syok mencangkul tu.. terjulur pulak cacing ker, ulat tanah ker.. maunya aku jerit sampai dengar satu kampung.. hehehe

Hari ni kami nak tanam pokok bunga tauge..
Aku pun tak tau nama pokok ni sebenarnya..
Aku panggil pokok bunga tauge sebab bunganya seakan-akan tauge..
Tengah tekun gemburkan tanah..
Rajinnya anak umi tolong babah.. Tolong ada makna ni..
Sebenarnya dia nak cari cacing.. Taksub sangat dengan cacing..
Ini pun tolong jugak.. Tolong menyibuk..
Tanah yang telah digemburkan..
 Sebelum tanam.. pokok ni kena dipotong-potong dulu..
 Tanam jarak-jarak sikit, sebab pokok ni jenis menjalar..
My hubby saja tanam bunga ros sekali..
Nak bagi nampak warna warni sikit..
 Dah habis tanam, susun semula pokok-pokok asal..
Selesai sudah..
Tunggu pokok ni mula membiak..



Sabtu, April 14, 2012

Makanan keliling rumah

Inilah untungnya kalau duduk rumah kampung.. Tak payah susah-susah beli sayur kat pasar.. semuanya ada di sekeliling rumah.. Nak masak petik jer.. Semuanya segar-segar.. Sebab tu la orang zaman dulu umur panjang dan awet muda.. Contohnya my mother n my father.. Umur my father dah 80 tahun n my mother 72 tahun.. Lagipun my mother rajin tanam sayur n ulam-ulaman di sekeliling rumah.. Ini antara ulam-ulaman dan sayur yang ada di sekeliling rumah kami..

Pucuk ubi..
Pucuk ubi kerinting..
Sedap kalau rebus n makan ngan sambal belacan
Pokok cili padi..
Pokok keladi..
Daun kesom..
Daun kunyit..
Pokok limau nipis..
Pokok tebu hitam
Ulam raja..
Ini pokok tujuh duri..pokok ubat..
Elok amalkan makan pucuknya 3 helai sehari..

 Daun kaduk..
Seakan-akan daun sireh.. Sedap kalau rebus dan cicah ngan sambal belacan..
Pokok Terung Belanda..
 Kenapa dipanggil Terung Belanda aku pun tak tau..
Mungkin asal dari negara belanda kot.. Aku agak jer..
Biasanya buah terung ni direbus macam ulaman lain dan dimakan bersama sambal..
Boleh juga dimasak bersama sambal tumis ikan bilis or udang..
Serai.. Paling mudah ditanam dan membiak..
 Bunga betik jantan..
Pokok rendah jer tapi dah mula berbunga..
Daun Pandan..
Banyak kegunaannya.. Aku suka letak dalam nasi.. Harum semerbak jer..

Buah cempedak diluar pagar..
Memang la diluar pagar sebab rumah kami mana ada pagarrrr...
Pokok kelapakk..
Teringin nak air kelapa muda.. kait jer..
Ewahhh.. Macam gaya peladang jaya pulak.. Ker mat bangla..?? Hehehe sory dearr..
Tengah meracun rumput liar sekeliling rumah..