Jenguk iklan kat sini

Isnin, Disember 31, 2012

SUPERMAN

Little Superman terbang sambil pejam mata.. Bukan main lagi posisi dia tido.. Macam superman nak terbang..




Khamis, Disember 20, 2012

My Little Bibik...

Nasib baik aku bersalin dalam musim cuti sekolah.. Anak-anak aku semua ada kat rumah.. so tak de la letih sangat menjaga si kecik ni.. maklumlah kakak-kakak n abangnya rajin nak menjaga.. Aku boleh rehat n tido bila letih..



 

Semua excited nak jaga baby boy..
Mana nak cari little bibik yang ramai ni kan..??
Aku jer yang  ada.. hehehe..

Isnin, Disember 17, 2012

Tido Dalam Iman...

Hari ni dah 13 hari my baby boy melihat dunia.. Memang tak banyak ragam baby boy nie.. Asyik tido jer kerjanya.. Bila bangun.. Dia pandang kiri kanan.. Then lepas bagi susu.. tido balik.. Nie la posisi tido kegemarannya...




Nyenyak betul dia tido bila dah kenyang..


Selasa, Disember 04, 2012

MY BABY BOY...

Alhamdulillah.. Hari ini Tanggal 04.12.12 pada jam 8.41 pagi my baby boy seberat 3.23kg selamat dilahirkan melalui pembedahan. Aku adalah orang pertama yang disorongkan ke bilik bedah.. Time disorongkan ke bilik bedah tu hanya Tuhan jer yang tahu perasaanku ini.. Namun aku bersyukur kerana Allah permudahkan segalanya.. Inilah wajah sicomel yang amat dinanti-nantikan seluruh keluargaku.. Tak banyak ragam.. Asal kenyang jer tido..

Terima Kasih ALLAH diatas kurniamu..!!

(FIKRIE SYAKIR selepas 8 jam dilahirkan)


Makna nama anakku
Fikrie = Fikiranku
Syakir = Yang Mengenang Budi


 

 

 


Tapak kaki dua jari..
 



Nyenyak tido dalam katil buaian..
 
Buah hati Umi n Babah..
Kesayangan Kakak n Abang..

Semoga besar jadi anak yang cedik dan soleh..

Insyaallah


Ahad, November 18, 2012

KREATIVITI ANAK-ANAKKU


Anak-anakku memang kreatif.. Inilah hasil kreativiti dorang ngan handphone masing-masing..













Hasilnya memang tak boleh belah kann..??



Jumaat, November 16, 2012

Askar kena tembak..!!

Wah wah sejah babahnya belikan baju askar nie bukan main lagi dia.. Asyik nak pakai baju ni je 24 jam.. Sampaikan lepas mandi pun nak pakai lagi.. Hari-hari nak kena basuh sebab hari-hari dia nak pakai.. Minat betul dia ngan baju askar ni..



Bangga habis letewww...

Selasa, November 13, 2012

PEREMPUAN DENGKI..!!

Pada pembaca semua, jangan terkejut ngan entri saya kali ni yer.. Saya cuma nak luahkan perasaan yang dah lama terpendam pada perempuan yang tinggal tak jauh dari saya..

Aku pun tak tau kenapa manusia ni suka Dengki.. Aku tau dia dengki sebab aku bahagia dengan suami dan anak-anak.. Walaupun hidup tak mewah tapi kami masih lagi mampu bawa anak-anak keluar berjalan-jalan. Kekadang dia punya tahap dengki tu sampai tahap korek dan ungkit perkara lama..mungkin dia ingat aku tak tahu kot.. Tapi ada aku kesah.. Selagi ko dengki ngan aku selagi tu lah kasih sayang kami suami isteri akan bertambah kukuh.. Ko pompuan tak payah la nak racun fikiran aku.. ko ingat aku tak tahu yang ko pernah bagi tau kat orang yang ko sakit hati bila dengar suami aku panggil aku sayang..?? Aku dah lama tau benda ni tapi aku buat bodo jer.. sebab aku tau ko memang bodo.. Ikut suka laki aku la nak panggil aku apa pun.. sape suruh ko tak jaga laki ko elok2 kan..? Aku malas nak sebut benda2 lama ni..  tapi jangan sampai kesabaran aku hilang.. aku akan sebut satu persatu hal2 ko tu.. ko tu pun bukannya perangai baik pon kan..?? Banyak rahsia ko aku tau n banyak orang citer kat aku, tapi aku malas nk korek jer lagi.. ko jaga hidup ko yg tak berapa nak sempurna tu.. Aku akan jaga keluarga aku yerr.. Dah la dengan anak sendiri pun suka maki hamun... Aku buat entry ni sebab nak maklumkan dan nak pahamkan ko yang aku ni tak makan Hasutan dengan mulut longkang ko tu yer.. Dah banyak suami aku tolong ko.. tapi memang dasar tak kenang budi.. Kalau tak disebabkan suami aku, dah tentu ko tak dapat bantuan JKM n KWAPM.. ada paham..???!! Sebelum ni dah ada orang yang bagi tau kat aku jangan tolong sangat sebab ko ni memang jenis tak kenang budi bila ditolong.. tapi aku buat tak kisah sangat.. sekarang ni memang dah terbukti ko ni memang  jenis TAK TAHU DIUNTUNG DAN TAK KENANG BUDI PUNYA ORANG. Lagi satu ko ni memang jenis muka tak malu n suka jilat ludah balik kan.. SEDIHHH...!!

Sabtu, November 03, 2012

KAKAK & ALVIN di hujung minggu..

Kakak membelai si Alvin yang manja.. Ini kucing kesayangan my hubby..


Sayangilah kucing anda kerana mereka juga makhluk Allah yang mahu dibelai dan dimanja..
Cewaaahhh..

Isnin, Oktober 29, 2012

Birthday BOY and Birthday Girl

Dalam family aku ada 3 orang sambut birthday pada bulan Oktober.. Iaitu aku, anak kedua dan anak kelima.. So untuk memudahkan, kami sambut birthday tiga orang sekali gus.. Si kecik nak kek Angry Bird.. si kakak pulak nak kek litle mermaid.. Macam-macam karenah dorang nie..


Dua bijik kek.. Makan sampai kenyang ye..
 Kek Angry bird untuk aril
Birthday ke 5 tahun..

Kek Litle Mermaid untuk syasya..
Birthday ke 10 tahun..
 Seronok ye kak, dapat kek nie..
Tak sabo nak makan leteww..
 
 My little princess..
 Emmm.. Sedapnya..!!
 Cute Cake..
Happy Birthday both of you..
 
 

 Bila pasang lilin dah macam bunga api pulak..
 1..2..3.. Tiup lilin kasi padam..
 Cabut lilin untuk potong kek..
 
Umi punya kek tak de ker..? Babah ni nak kena belasah..
Tak pe lah.. Umi kongsi kek ngan kakak jer laa..